Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ka] | مک

Definisi : 1. sl lalu, sudah itu lalu, dan (dipakai utk memulakan ayat): ~ fakir namanya hikayat ini Sulatul-Salatin yakni peraturan segala raja-raja; apabila dilihatnya lanun-lanun sudah pergi semuanya, ~ pemuda itu pun keluarlah dr tempat bersembunyinya; 2. = ~ itu, ~nya = ~ dari itu sebab itu, kerana itu: kerana terlalu susah hidupnya, ~ terpaksa dia pindah ke tempat lain; 3. bahawa: itulah sebabnya ~ dia gagal dlm peperiksaan itu; 4. = ~nya dgn sebab itu: dgn bermain ombak dan membiasakan diri menempuh gelora itulah ~nya penyakit mabuk laut akan hilang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ka] | مک

Definisi : 1 (kata utk memulakan sesuatu ayat yg bermaksud) setelah itu; lalu; dan: ~ pergilah mereka ke rumah orang tua itu. 2 kerana itu; oleh sebab itu: Kerana terlalu letih, ~ pergilah ia berehat di tebing sungai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maka (kata tugas)
1. Bersinonim dengan lalu: sesudah itu, selepas itu, justeru itu, kemudian,

2. Bersinonim dengan bahawa: yang.


Puisi
 

Tukang emas bertukang gelang,
     Maka diukur dirangkainya;
Sedang erat digenggam orang,
     Adat hayat terungkainya.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Berteguran dulu maka berkenalan,
     mendaki dulu maka tahu lelah.

Bermaksud :

Setelah merasa kesusahan hidup barulah bekerja dengan bersungguh-sungguh.

 

Lihat selanjutnya...(90)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
MakaDewan Bahasa dan Pustaka BruneiTiada200499917-0-362-4
Maka bermadahlah masaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada20079789836293626
Maka bermadahlah masaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada20069836293620
Fanzuru maka lihatlahGaleri Ilmu Sdn. Bhd.Tiada2010978-983-097-265-7
Tak Kenal Maka Tak Sajang Tiada1970 
Oleh sibuk, maka kini tetapi Tiada2009 
Pentas Drama : Maka Mengeraklah Si Burung Dara (1973)Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah TimurTiada2008 
Tak kenal maka tak cinta (bimbingan bahasa Malaysia)Pustaka Cipta Sdn. Bhd.Tiada1986967-99962-7-1
Tak kenal maka tak cintaMartevickTiada  
Tak kenal maka tak sajang Tiada1958 
12

Kembali ke atas