Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini.
Tesaurus
 
maka (kata tugas)
1. Bersinonim dengan lalu: sesudah itu, selepas itu, justeru itu, kemudian,

2. Bersinonim dengan bahawa: yang.


Puisi
 

Tukang emas bertukang gelang,
     Maka diukur dirangkainya;
Sedang erat digenggam orang,
     Adat hayat terungkainya.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Berteguran dulu maka berkenalan,
     mendaki dulu maka tahu lelah.

Bermaksud :

Setelah merasa kesusahan hidup barulah bekerja dengan bersungguh-sungguh.

 

Lihat selanjutnya...(90)

509

A rotten apple spoils the barrel

Disebabkan angkara seorang anggota maka yang lain beroleh nama buruk dan dituduh terbabit sama.

Seorang makan cempedak (nangka), semua kena getahnya

Just because this one Muslim group attacked the Western interests, all of the Muslims were being labelled as terrorists - a rotten apple spoils the barrel.

Hanya kerana sebuah kumpulan orang Islam menyerang kepentingan Barat, maka semua umat islam dicap sebagai pengganas. Seorang makan cempedak (nangka), semua kena getahnya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(44)

Pantun

PantunSumberTema
Den jajar maka den kisai, Esok tidak ke ladang lagi; Diajar badan merasai, Esok tidak tergamang lagi.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Tukang emas bertukang gelang, Maka diukur dirangkainya; Sedang erat digenggam orang, Adat hayat terungkainya.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Berempat tegak di tepian, Cukup berlima maka mandi; Usah mengumpat di bahagian, Suratan sudah dimenterai.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Elok menebang kayu resak, Ditebang pepat maka digergaji; Elok orang berlaki pendek, Orang mengumpat disangka memuji.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Beras padi dalam guni, Padi tidak rimbun lagi; Maka dikarang warkah ini, Hati nan tidak bertahan lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tinggilah bukit Sungai Papan, Nampak nan dari jalan gedang; Maka tersebut akan berjalan, Malukan sahabat sama gedang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Orang mengail ikan sepat, Dapat seekor ikan cencaru; Sudahkah habis tenung makrifat, Maka tuan bercakap begitu.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Anak undan terketik-ketik, Dikejar ayam patah kaki; Kami sepantun telur itik, Kasih ayam maka menjadi.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Hai memukatlah orang tatang gosong, Tanai si Jakek mato Aji; Untunglah omak nan menolong, Maka terjejak tanah sepi.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan

Kembali ke atas