Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ka] | مک

Definisi : 1 (kata utk memulakan sesuatu ayat yg bermaksud) setelah itu; lalu; dan: ~ pergilah mereka ke rumah orang tua itu. 2 kerana itu; oleh sebab itu: Kerana terlalu letih, ~ pergilah ia berehat di tebing sungai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ma.ka] | مک

Definisi : 1. sl lalu, sudah itu lalu, dan (dipakai utk memulakan ayat): ~ fakir namanya hikayat ini Sulatul-Salatin yakni peraturan segala raja-raja; apabila dilihatnya lanun-lanun sudah pergi semuanya, ~ pemuda itu pun keluarlah dr tempat bersembunyinya; 2. = ~ itu, ~nya = ~ dari itu sebab itu, kerana itu: kerana terlalu susah hidupnya, ~ terpaksa dia pindah ke tempat lain; 3. bahawa: itulah sebabnya ~ dia gagal dlm peperiksaan itu; 4. = ~nya dgn sebab itu: dgn bermain ombak dan membiasakan diri menempuh gelora itulah ~nya penyakit mabuk laut akan hilang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
maka (kata tugas)
1. Bersinonim dengan lalu: sesudah itu, selepas itu, justeru itu, kemudian,

2. Bersinonim dengan bahawa: yang.


Puisi
 

Tukang emas bertukang gelang,
     Maka diukur dirangkainya;
Sedang erat digenggam orang,
     Adat hayat terungkainya.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Berteguran dulu maka berkenalan,
     mendaki dulu maka tahu lelah.

Bermaksud :

Setelah merasa kesusahan hidup barulah bekerja dengan bersungguh-sungguh.

 

Lihat selanjutnya...(90)

509

A rotten apple spoils the barrel

Disebabkan angkara seorang anggota maka yang lain beroleh nama buruk dan dituduh terbabit sama.

Seorang makan cempedak (nangka), semua kena getahnya

Just because this one Muslim group attacked the Western interests, all of the Muslims were being labelled as terrorists - a rotten apple spoils the barrel.

Hanya kerana sebuah kumpulan orang Islam menyerang kepentingan Barat, maka semua umat islam dicap sebagai pengganas. Seorang makan cempedak (nangka), semua kena getahnya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(44)

Majalah

Dewan Budaya » 2014 » February
sanggup di atas pentas. Sebaliknya, Mazlan Noor menyusun siri bulatan yang berada dalam zon masa yang jangkanya tidak diketahui. Bulatan tersebut bererti ketidaksudahan yang apabila diberikan tajuk-tajuk berunsur agama maka menjadi lebih ketara akan ketidaksudahannya itu. Satu titik permulaan melengkung mencari titik permulaan (Titik dan Garis Mujahadah). Demikian petikan daripada Profesor Dr. Zakaria Ali, dari Universiti Pendidikan Sultan Idris tentang di pejabat, malahan perkongsian seni dilanjutkan bersama-sama teman sealiran yang disemarakkan dengan aspirasi dan inspirasi tokoh-tokoh yang mahu melihat seni dan budaya bangsa terus menunjangi perkembangan peradaban bangsa. Maka lahirlah Kumpulan Anak Alam yang dipelopori oleh golongan sasterawan, budayawan, pelukis, aktivis sastera, dan mereka yang mencintai seni dan budaya. Antaranya termasuklah Sasterawan Negara (SN) Datuk Usman Awang, Latiff Mohidin
Dewan Budaya » Plitvice Taman Dunia
di tepi sungai Osna serta bertiang ke air. Pada pagi hari, sungai lebarnya mengalir menderu. Ada tingkat-tingkat air yang mungkin juga tidak seluruhnya alamiah. Tapi dengan cara membina empangan, maka air melompat dan menuruni sekitar hampir 1 meter ke bawah – dan membina jeram yang panjang dan tinggi. Pada awal pagi pun sudah ada yang berkayak dan mengail. Kata pengkaji, kesan air terhadap manusia ialah, “Air menenangkan.” Mungkin kerana bunyinya yang serata dan sekata – dan imej yang sama tidak menakutkan atau terlalu bervariasi. Bas sudah menunggu, maka kami pun berangkat ke arah utara – ke arah Plitvice – sebuah Taman Negara, yang agak jauh – dua jam perjalanannya ke sana. Sekali lagi alam menyalami kami dan kami menyalami pagi yang
Dewan Budaya » Kembara Seorang Penyair
di tepi sungai Osna serta bertiang ke air. Pada pagi hari, sungai lebarnya mengalir menderu. Ada tingkat-tingkat air yang mungkin juga tidak seluruhnya alamiah. Tapi dengan cara membina empangan, maka air melompat dan menuruni sekitar hampir 1 meter ke bawah – dan membina jeram yang panjang dan tinggi. Pada awal pagi pun sudah ada yang berkayak dan mengail. Kata pengkaji, kesan air terhadap manusia ialah, “Air menenangkan.” Mungkin kerana bunyinya yang serata dan sekata – dan imej yang sama tidak menakutkan atau terlalu bervariasi. Bas sudah menunggu, maka kami pun berangkat ke arah utara – ke arah Plitvice – sebuah Taman Negara, yang agak jauh – dua jam perjalanannya ke sana. Sekali lagi alam menyalami kami dan kami menyalami pagi yang
Dewan Budaya » 2015 » February
Kamar Seni • Kembara Seorang Penyair • Nota Editor • Sekeliling Kita • Tradisi • Umum Home » 2015 » February 0 Comments APABILA SENIMAN RESAH admin on February 1st, 2015 Oleh Ladin Nuawi “Barang siapa berkhianat, maka celakalah seumur hidupnya.” Apabila seniman resah, tentu ada sebabnya. Bukan sahaja-sahaja hendak resah. Ada kepincangan yang diperhatikan. Ada kerisauan yang ditakuti akan terjadi. Ada tindakan yang perlu disegerakan. Bukan
Dewan Budaya » 2013 » November
memperlihatkan keindahannya yang luar biasa kepada pengunjung yang datang ke sini. Nama sebenar Gunung Arxan ialah Gunung Halon Arxan. Dalam bahasa Mongol, Halon bermaksud panas, manakala Arxan bermaksud air suci. Maka Gunung Arxan paling terkenal dengan mata air panas dan bukannya nama sesebuah puncak. Di Gunung Arxan, terdapat 76 buah mata air panas dan keunikan ini jarang-jarang ditemui di tempat lain di dunia. Difahamkan bahawa pada pertengahan Era Senozoik, zon sesar terbentuk di kawasan pergunungan Arxan dan air bawah tanah menyerap ke dalam retakan batu. Melalui pemanasan geoterma dan mineral, maka terbentuklah mata air panas yang mengandungi pelbagai elemen mineral yang berlainan. Terdapat juga cerita legenda mengenai mata air di Gunung Arxan. Kononnya beberapa ratus tahun yang lampau, seorang maharaja telah
Dewan Budaya » Nota Editor
dengan harga tertentu yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Walau bagaimanapun, penonton sanggup berbelanja untuk harga tiket yang mencecah ratusan ringgit semata-mata untuk melihat lakonan dan pementasan yang terbaik. Maka itu, sekiranya sesebuah produksi teater tidak mengambil kira elemen seperti yang dinyatakan, maka harga yang dibayar oleh penonton amatlah tidak berbaloi. Artikel dipetik daripada majalah Dewan Budaya Bil. 2 Posted in: Nota Editor 0 Comments Melaka Berwibawa, Menjulang Inovasi Menjunjung Warisan admin on
?feed=atom
dengan harga tertentu yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Walau bagaimanapun, penonton sanggup berbelanja untuk harga tiket yang mencecah ratusan ringgit semata-mata untuk melihat lakonan dan pementasan yang terbaik. Maka itu, sekiranya sesebuah produksi teater tidak mengambil kira elemen seperti yang dinyatakan, maka harga yang dibayar oleh penonton amatlah tidak berbaloi.</span></p> </div> <div style="text-align: left;"><span style="color: #ff0000;"><strong>Artikel dipetik daripada majalah <em>Dewan Budaya</em> Bil
?feed=rss2
dengan harga tertentu yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Walau bagaimanapun, penonton sanggup berbelanja untuk harga tiket yang mencecah ratusan ringgit semata-mata untuk melihat lakonan dan pementasan yang terbaik. Maka itu, sekiranya sesebuah produksi teater tidak mengambil kira elemen seperti yang dinyatakan, maka harga yang dibayar oleh penonton amatlah tidak berbaloi.</span></p> </div> <div style="text-align: left;"><span style="color: #ff0000;"><strong>Artikel dipetik daripada majalah <em>Dewan Budaya</em> Bil
Dewan Budaya » Penghayatan Rukun Negara dalam Kalangan Masyarakat Malaysia
memelihara keutuhan dan membina kekuatan dalaman dalam kalangan rakyat bagi mengatasi setiap ancaman luar seperti globalisasi. Dalam konteks ini, Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang bangsa dan memiliki kekayaan budaya, maka nasionalisme perlu disemai dalam jiwa mereka agar jurang perbezaan yang wujud antara kaum dapat diatasi. Sebelum ini, semangat “kekitaan” dalam kalangan rakyat tidak begitu menebal dan perkara ini menjadi penghalang parlimen digantung, dan pemerintahan negara diambil alih oleh Majlis Gerakan Negara. Seharusnya, rakyat Malaysia bersatu sekiranya mereka menginginkan negara ini terus membangun dan hidup dalam suasana aman, damai dan makmur. Maka itu, bagi mengekalkan perpaduan negara, pada tahun 1970, Rukun Negara telah dibentuk. Pembentukan ideologi kebangsaan tersebut bertujuan memandu kehidupan rakyat Malaysia. Selain itu, pembentukan Rukun Negara timbul apabila kesedaran terhadap
Dewan Masyarakat | Hiburan
masing sudah tidak kelihatan. Share Cita-cita membebaskan tanah air bukan terhad pada pembebasan dari sudut politik dan ekonomi semata-mata, bahkan turut merangkum aspek bahasa, pemikiran, pendidikan dan kebudayaan. Maka, muncul dalam kosa kata bahasa Melayu frasa “nasionalisme bahasa” atau “nasionalisme linguistik”, dengan pengertian nasionalisme atau semangat kebangsaan yang berteraskan perjuangan memartabatkan bahasa Melayu sebagai salah satu asas kebangsaan dan bukan Melayu. Share Selain krisis ekonomi berpanjangan, selagi golongan korporat dan kaya bersikap tamak haloba, selagi mereka yang berkuasa mengabaikan golongan yang dilupakan, selagi pengangguran tinggi, khususnya dalam kalangan belia, maka selagi itu api revolusi semakin marak. Share Dawama mestilah memastikan majalah DBP tersebar seluas mungkin, hingga ke kedai mamak dan toko kecil seperti di KL Sentral. Semoga tidak terjadi lagi
Dewan Budaya » 2018 » July
dan badak berendam. Keunikan inilah menjadi salah satu faktor yang mengayakan warisan budaya Melayu hingga menjadi tarikan pelancong sama ada dalam negara atau luar negara untuk melawat sesuatu tempat tersebut. Maka, disebabkan oleh faktor itulah juga George Town dan Melaka diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO memandangkan kedua-dua negeri ini merupakan tempat pelancongan yang maju. Selain peninggalan sejarah, kedua agung. Keagungan Kerajaan Melayu Melaka antaranya termasuklah dikenal pasti sebagai pusat perdagangan utama, pusat perkembangan agama Islam, mempunyai tanah jajahan, dan mempunyai hubungan dengan kuasa besar seperti dengan negara China. Maka, untuk memahami kedudukan negara Malaysia pada masa ini, misalnya berkaitan dengan Islam sebagai agama rasmi, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara, dan tradisi politik orang-orang Melayu di Malaysia sebenarnya
Dewan Budaya » 2013 » October
biruan. Terdapat kisah yang menarik tentang pembentukan Hutan Batu yang tersebar dalam kalangan penduduk tempatan. Kononnya seorang wira etnik Yi yang bernama Jinfen Ruoge hendak membina empangan demi mencegah banjir, maka beliau telah mencuri “papan pengerahan gunung” serta “cambuk pemburuan gunung”. Pada waktu malam, beliau mengerahkan batu di Lu Liang di kawasan selatan ke Nanpanjiang, Yi Liang di kawasan utara. Walau Batu boleh dianggap sebagai hikayat geologi dunia. Menurut Yongning, lebih 270 juta tahun yang lampau, kawasan Hutan Batu merupakan kawasan lautan. Melalui gerakan kerak bumi, kawasan itu menjadi semakin tinggi, maka lautan bertukar menjadi daratan dan tanah datar menjadi gunung. *** Rencana ini dipetik dari majalah Dewan Budaya keluaran Oktober 2013. Posted in: Uncategorized 0 Comments ETNIK DAN SENI KONTEMPORARI admin on
Dewan Masyarakat | Pemansuhan PPSMI Apa Lagi yang Mahu Dipertikaikan?
Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan digunakan dalam semua urusan rasmi. Oleh itu, dalam sistem pelajaran kebangsaan yang jelas merupakan salah satu urusan rasmi kerajaan, maka bahasa pengantar utama ialah bahasa Melayu. Yang paling menarik perhatian adalah tentang kedudukan bahasa lain, selain bahasa Melayu dalam Perlembagaan tersebut. Perkara 152 menyatakan, “selain maksud rasmi, tiada seseorang boleh untuk saya memahami dan mengikuti pembelajaran dengan mudah. Saya adalah bekas pelajar yang tidak belajar sains dan matematik di dalam bahasa inggeris. Pokok pangkal, jika BI kita di tahap teruk, maka tingkatkanlah pengajaran bahasa inggeris sebagaimana zaman saya belajar dahulu, guru-guru BI (termasuk ayah saya) sering melatih saya untuk bercakap dalam BI, membuat aktiviti seperti lakonan, seni, permainan bahasa dalam
Dewan Budaya » 2014 » January
Jumlahnya melebihi 3000 buah. Kompleks bangunan kediaman ini mendapat nama yang sedemikian kerana dibina menggunakan tanah liat mentah sebagai bahan binaan utama. Oleh sebab kebanyakan Tulou dibina oleh orang Hakka, maka Tulou juga dipanggil “Tulou Hakka”. Tulou mempunyai banyak bentuk. Selain bentuk bulat yang menyerupai kubus, ada juga yang berbentuk empat segi, lapan segi, segi empat tepat, dan bujur. Setiap bangunan dan dikelilingi oleh rumah-rumah bertingkat empat atau lima, yang dapat menampung sehingga beratus-ratus orang penghuni. Kebanyakan keluarga yang tinggal di dalam satu bangunan berasal daripada keturunan yang sama. Maka apabila kita bertamu salah sebuah keluarga di dalam satu bangunan Tulou, semua penghuni di dalamnya akan menganggap kita sebagai tetamu kehormat mereka juga. *** Rencana ini dipetik dari Majalah Dewan Budaya
Dewan Masyarakat | Fail Jenayah
Perspektif • Ulasan Buku Selain krisis ekonomi berpanjangan, selagi golongan korporat dan kaya bersikap tamak haloba, selagi mereka yang berkuasa mengabaikan golongan yang dilupakan, selagi pengangguran tinggi, khususnya dalam kalangan belia, maka selagi itu api revolusi semakin marak. Share Hakikatnya, Malaysia hanya memperuntukkan 0.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk tujuan penyelidikan dan kadar ini jauh lebih kecil berbanding
Dewan Budaya » 2013 » February
Pak Ungku semasa zamannya melihat bahawa seni mampu melonjakkan identiti dan imej University Malaya sebagai gedung ilmu terulung, bukan sahaja di rantau Asia Tenggara, malahan menjadi terkenal di seluruh dunia. Maka pada zaman Pak Ungku lahirlah institusi seni dan budaya di UM, seperti Muzium Seni Asia yang ketika itu diterajui tokoh budayawan, Datuk Syed Ahmad Jamal. Sebagai saintis ekonomi, Pak Ungku mendalami disiplin ilmu yang lain seolah-olah memandang sepi bidang seni. Apatah lagi kurikulum pembelajaran seni di sekolah tidak mengangkat mata pelajaran seni seperti mata pelajaran-mata pelajaran yang lain. Maka tidak menghairankan jika anak-anak ini melanjutkan pelajaran pada peringkat lebih tinggi, mereka langsung tidak menghargai nilai seni di institusi pengajian tinggi mereka. *** Rencana ini dipetik dari majalah Dewan Budaya
Dewan Budaya » 2015 » March
ada bacaan doa. Semua mengaminkannya. Terharu juga apabila pelakon sendiri yang membaca doa. Dalam persembahan, ada tarian warisan kita. Mereka menyedari bahawa warisan bangsa perlu diteruskan. Sebagai teater tanpa peruntukan, maka mereka tong-tong untuk membeli keperluan pentas yang patut, seperti polistirena, bunga plastik dan pewarna, selain bahan yang ada di kolej. Tidak hairanlah jika mereka menggunakan alat mekap sendiri, bukan Syahira Kamaruddin, Nur Izzati Ngali, FathilIzaty Hamdan, Siti Safirah Ismail, Wan Nurul Hawa Wan Azehar, Siti Nor Azreen Ahmad Zaini dan Intan Norasheela Idris. Tanpa sokongan bulat semua yang terlibat, maka pementasan akan menjadi bencana. Patutlah penonton hampir memenuhi dewan. *** Artikel ini dipetik dari majalah Dewan Budaya keluaran Mac 2015. Posted in: Uncategorized 0 Comments CHETTI: JANTUNG BUDAYA PUSAKA BANGSA admin
Dewan Budaya » 2015 » December
masjid tersebut untuk menonjolkan kepentingannya. Walau bagaimanapun, Tunku Abdul Rahman berbeza pendapat. Beliau melihat kedudukan masjid di atas bukit itu sebagai penyeksaan kepada penggunanya. Beliau mahu masjid yang mudah dikunjungi. Maka Baharuddin diminta membandingkan tapak yang dipilihnya dengan tapak yang dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman, dengan mengambil kira kedudukan stesen kereta api. Perdana Menteri Malaysia yang pertama itu memilih tapak yang
Dewan Budaya » 2017 » March
dalam Hikayat Pahang yang diselenggarakan oleh Kalthum Jeran: Dua hari dua malam angkatan Datuk Bendahara Seri Maharaja Ali pun sampai(lah) ke Lingga, masuk dengan bebasnya. Sekaliannya memukul gong gendang. Maka kenaikan pun dilabuh sauh. Maka dengan segeranya Datuk Bendahara Seri Maharaja Ali berangkat naik ke darat diiringkan orang besar-besar, Perdana Menteri menghadap Yang Maha Mulia ke balairung; … **** Artikel ini dipetik dari Dewan Budaya Bil
Dewan Budaya » 2018 » September
memelihara keutuhan dan membina kekuatan dalaman dalam kalangan rakyat bagi mengatasi setiap ancaman luar seperti globalisasi. Dalam konteks ini, Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang bangsa dan memiliki kekayaan budaya, maka nasionalisme perlu disemai dalam jiwa mereka agar jurang perbezaan yang wujud antara kaum dapat diatasi. Sebelum ini, semangat “kekitaan” dalam kalangan rakyat tidak begitu menebal dan perkara ini menjadi penghalang parlimen digantung, dan pemerintahan negara diambil alih oleh Majlis Gerakan Negara. Seharusnya, rakyat Malaysia bersatu sekiranya mereka menginginkan negara ini terus membangun dan hidup dalam suasana aman, damai dan makmur. Maka itu, bagi mengekalkan perpaduan negara, pada tahun 1970, Rukun Negara telah dibentuk. Pembentukan ideologi kebangsaan tersebut bertujuan memandu kehidupan rakyat Malaysia. Selain itu, pembentukan Rukun Negara timbul apabila kesedaran terhadap
Dewan Masyarakat | Sosial
fitrah yang menepati dengan keperluan hidup manusia pada setiap masa dan setiap tempat. Share Jika ada IPT yang yakin bahawa akademia mereka hebat dan boleh jadi “hero” dalam bidang tertentu, maka wajar mereka menonjolkan akademia terbabit agar kita boleh memberi peluang seterusnya menjadikannya sebagai pemenang Hadiah Nobel dari Malaysia. Share Dunia bakal tenggelam dengan timbunan sampah sarap yang dihasilkan sendiri oleh
Dewan Budaya » 2012 » March
rasmi antarabangsa. Beliau begitu cinta akan batik, sehingga bersungguh-sungguh menggalakkan kakitangan awam di negara itu memakai batik Indonesia ketika menghadiri majlis rasmi. “Pakailah baju batik Indonesia di Afrika Selatan, maka anda akan mendapat penghormatan yang luar biasa daripada warga Afrika,” kata salah seorang diplomat Indonesia yang bertugas di Kedutaan Besar Indonesia di Afrika Selatan, ketika ditemu bual oleh akhbar harian Borneo, tarikan yang paling unik ialah budaya “Dayak”, tetapi orang Dayak tidak tinggal di tepi sungai, mereka lebih suka daerahpendalaman dan berbukit bukau. Saya kira, tanpa mengalami kehidupan orang Dayak, maka saya masih belum sampai penuh di pulau ini. Jadi pada suatu pagi yang tidak berhujan, kami ke Pampang, suatu penempatan khusus Kenyah, ke utara Samarinda, lewat bukit dan lembah. Kami
Dewan Masyarakat | Kebanjiran Warga Asing Mendatangkan Keburukan?
perindustrian dan perkilangan merupakan sektor yang memerlukan jumlah pekerja yang banyak. Memandangkan rakyat tempatan tidak berminat dalam sektor berkenaan kerana gaji yang ditawarkan sedikit atau pihak berkenaan ingin mengurangkan kos, maka pekerja asing menjadi tumpuan mereka. Tidak dapat dinafikan pekerja asing telah membantu masyarakat Malaysia dalam melengkapkan visi dan misi pembangunan negara. Namun begitu, kebanjiran pekerja asing juga menyebabkan negara ini
Dewan Masyarakat | “Menghormati” Gunung Kinabalu
Kinabalu yang disayangi dan dihormati rakyat Sabah dan Malaysia amnya. aki bermaksud nenek moyang dan nabalu bermaksud gunung. Mereka percaya bahawa Gunung Kinabalu menjadi tempat persemadian roh nenek moyang mereka, maka sesiapa pun perlu menghormatinya. Hal ini bukanlah sesuatu yang pelik kerana dalam konteks agama dan kepercayaan yang lain, sesuatu yang dianggap suci sudah tentulah perlu dihormati dari pelbagai aspek, termasuk
Dewan Masyarakat | Perspektif
dia telah menulis dengan fikiran, dengan perasaan, dengan tangan, dan dengan hati nurani bangsanya seperti seorang pendekar yang arif tentang kesumbangan langkah-langkah musuhnya. Share Jika “inovasi” dianalogikan sebagai habitat, maka kelangsungannya sebagai pemacu ekonomi berpendapatan tinggi bergantung pada “kesejahteraan” ekosistemnya. Kesejahteraan ini terbentuk daripada hubungan entiti yang berkaitan dengan inovasi itu. Share Ketiga-tiga ancaman tersebut bukan baharu tetapi sudah
Dewan Budaya » 2012 » April
jika benar seseorang artis itu boleh menghadapi “godaan” dunia seni dan bersedia meninggalkan kehidupan yang penuh glamor setelah mendapat hidayah Allah sehingga sanggup mengubah gaya hidup mereka ke arah kebaikan, maka bukankah sewajarnya mereka diangkat sebagai idola kepada masyarakat? ___ Rencana ini dipetik daripada Dewan Budaya April 2012. Posted in: Uncategorized 0 Comments Nilai Moral dalam Fahaman Confucius admin on April Kata Ahmad, Inilah hikayat diceterakan perintah negeri Benggala, tatkala masa zaman sinda (s.n.d.a. – Skinner – senda) Ahmad Rijaluddin ibni Hakim Long Fakir Kandu belayar membuang diri ke Benggala. Maka dikarang hikayat ini meninggal akan zaman, diperbuat surat pada sanat 1226 tahun Dalawal pada bulan Ramadhan. (Skinner menyamakan tarikh ini dengan 18 September – 18 0ktober, 1811). Pemerian beliau cukup lengkap
Dewan Budaya » 2012 » December
ini tidak mungkin lagi kita alami di banyak tempat di dunia.Melainkan di tempat terpencil dan di pulau-pulau Polinesia dan kawasan pergunungan Asia Tenggara dan di Kanada atau Siberia.Maka saya menghirup kelangkaan ini dan menyimpannya dalam kantung indah impian.Bangunannya terbuat daripada batu yang dipotong dari bukit, semurupnya ditambah dan disokong dengan tiang yang biasanya daripada kayu yang tidak yang mengikut sejarahnya dipinjam dan disesuaikan daripada orang Rom dan Byzantine (Istanbul tua) yang pernah memerintah negara besar ini.Mandian dan urut ini ditambah baik pada zaman Seljuk serta Uthmaniah.Maka sejarahnya cukup tua, pendek kata, ribuan tahun. Di Capadoccia rumah hamam ini dikeruk dan diukir dari bukit batu, dan di dalamnya ditebuk beberapa bilik yang khusus untuk dimakakan sebuah rumah
Dewan Masyarakat | Ceritalah
selagi itulah bangsa Melayu akan terus dipandang hina oleh orang lain sebagai bangsa yang tidak mempunyai daya untuk maju. Share Mengambil kira beberapa contoh kes pembunuhan kejam terhadap sesama manusia maka timbul persoalan, adakah perbuatan sezalim ini sudah menjadi trend jenayah di Malaysia? Share Penyeragaman undang-undang Islam di negara ini merupakan isu utama yang menjadi teras kepada pembentukan badan perundangan
Dewan Budaya » 2017 » June
membanjiri setiap pelosok dan ruang yang ada di medan letak kereta taman rekreasi itu. Penulis ini masih tetap dengan pendirian untuk meneruskan perancangan awal, iaitu mengeluarkan peluh di taman tersebut. Maka berusahalah penulis ini untuk mendapatkan tempat letak kereta. Penulis ini terus meronda-ronda sekeliling kawasan itu sambil ditemani celoteh penyampai radio. Ketika “khusyuk” mencari tempat letak kereta, penulis ini tertarik
Dewan Budaya » Komitmen dan Disiplin Membuahkan Kejayaan
dengan harga tertentu yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Walau bagaimanapun, penonton sanggup berbelanja untuk harga tiket yang mencecah ratusan ringgit semata-mata untuk melihat lakonan dan pementasan yang terbaik. Maka itu, sekiranya sesebuah produksi teater tidak mengambil kira elemen seperti yang dinyatakan, maka harga yang dibayar oleh penonton amatlah tidak berbaloi. Artikel dipetik daripada majalah Dewan Budaya Bil. 2 Posted in: Nota Editor Hantar Maklum Balas Anda Nama (Wajib) E-mel (tidak akan
Dewan Budaya » Gatra Perdana
memelihara keutuhan dan membina kekuatan dalaman dalam kalangan rakyat bagi mengatasi setiap ancaman luar seperti globalisasi. Dalam konteks ini, Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang bangsa dan memiliki kekayaan budaya, maka nasionalisme perlu disemai dalam jiwa mereka agar jurang perbezaan yang wujud antara kaum dapat diatasi. Sebelum ini, semangat “kekitaan” dalam kalangan rakyat tidak begitu menebal dan perkara ini menjadi penghalang parlimen digantung, dan pemerintahan negara diambil alih oleh Majlis Gerakan Negara. Seharusnya, rakyat Malaysia bersatu sekiranya mereka menginginkan negara ini terus membangun dan hidup dalam suasana aman, damai dan makmur. Maka itu, bagi mengekalkan perpaduan negara, pada tahun 1970, Rukun Negara telah dibentuk. Pembentukan ideologi kebangsaan tersebut bertujuan memandu kehidupan rakyat Malaysia. Selain itu, pembentukan Rukun Negara timbul apabila kesedaran terhadap
Dewan Budaya » 2012 » January
Kegiatan penjajahan oleh beberapa kuasa kolonial menyebabkan Malaysia dan Indonesia, dua buah negara di Asia Tenggara, tidak terlepas daripada menerima nasib dijajah. Oleh sebab kesusasteraan merupakan salah satu cabang kebudayaan, maka pihak kolonial telah mendominasi bidang ini sebagai satu daripada cara untuk mengukuhkan penguasaan, pentadbiran, dan mendukung matlamat mereka di negara tanah jajahan. Hal ini menunjukkan bahawa bidang kesusasteraan pernah memainkan untuk menyaksikan teater yang diadaptasi daripada novel karya penulis terkenal, Khadijah Hashim. Pujian demi pujian diberikan khususnya kepada pelakon Badai Semalam yang berjaya mengimbau kembali nostalgia penonton terhadap novel tersebut. Maka, tidak hairanlah apabila Badai Semalam berjaya mencatat kutipan tiket melebihi RM800 000 untuk tempoh sembilan hari pementasan. Badai Semalam diarahkan oleh Khairunazwan Rodzi, mengisahkan Mazni (lakonan Erra Fazira) anak pembantu
Dewan Budaya » 2013 » July
zina. Hal ini tidak terhad ditujukan kepada seks berlainan jantina. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi, daripada Abu Musa, yang bermaksud, “Jika seorang lelaki mendatangi lelaki lain (liwat) maka mereka berdua adalah penzina, dan jika seorang wanita mendatangi wanita lain (musahaqah), maka mereka berdua adalah penzina. Justeru firman Allah SWT dalam surah Al-Isra’ seperti yang dinyatakan sebelum ini jelas melarang keras sebarang bentuk seks bebas tidak terhad kepada seks berlainan jantina
Dewan Budaya » 2013 » August
dan asid karbonik, dan elemen ini mempunyai daya pantulan yang kuat terhadap cahaya biru dan hijau, serta jumlah rumpai di dalam tasik di sini amat banyak hingga melebihi 200 jenis, maka tasik ini kelihatan berwarna-warni. Apabila air tasik yang tenang ini terjun dari cenuram, air terjun yang terhasil bagaikan hidupan yang riang gembira hinggalah kolam di bawah. Terdapat 17 kumpulan Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 151, 153, dan 181. Namun begitu, kita perlu ingat bahawa undang-undang tanpa penghayatan nilai kehidupan, tidak ada maknanya. Hari ini dihukum, esok mereka akan mengulanginya. Maka, pengukuhan nilai dalam kalangan generasi muda amat penting. Memetik kata-kata tokoh pendidikan negara, Profesor Dr. Sidek Baba, “Manusia membina sikap dan pendirian berasaskan nilai yang dipegangnya.” Pembudayaan nilai menjadi
Dewan Budaya » 2013 » September
baginda yang ke-80 tahun. Setelah rombongan dari provinsi Anhui membawa Opera Hui ke Beijing, Opera Qin yang paling disukai oleh penduduk Beijing pada waktu itu dikalahkan oleh Opera Hui. Maka banyak seniman Opera Qin menyertai rombongan Opera Hui untuk mempelajari opera yang lebih popular itu.Hal ini turut menghasilkan gabungkan dua ciri opera, iaitu Hui dan Qin. Opera Hui semakin Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 pada 6 September ini turut dipertikaikan. Atas nama kebebasan bersuara golongan ini seumpama menolak prinsip Rukun Negara yang kedua, iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Maka suasana masa kini, iaitu yang satu pihak mendukung aspirasi keharmonian melalui kebudayaan, dan yang satu lagi mencetuskan suasana ketidakharmonian, sebenarnya membawa kepada suasana kesangsian dalam masyarakat yang dapat menjadi barah
Dewan Budaya » 2015 » April
menukul , tajau panding , tajau rusa, tajau singaraja , tajau salang-salang dan tajau kelawah indu benda (tajau legenda). Tajau merupakan satu daripada simbol kekayaan masyarakat Iban. Semakin banyak tajau yang dimiliki, maka semakin kaya si pemiliknya. Hal ini dikatakan demikian kerana tajau berfungsi sebagai tempat penyimpanan beras selepas tamatnya musim menuai. *** Artikel ini dipetik dari majalah Dewan Budaya keluaran April 2015. Posted Barat dan perubahan “iklim” dunia menyebabkan muzik ini turut senasib dengan barangan antik lain yang lokasi terbaiknya di dalam kotak dan dibungkus rapi untuk dimuatkan ke dalam stor? Tak kenal maka tak cinta, itu perumpamaan yang mudah untuk menterjemahkan perihal muzik klasik pada hari ini. Cinta lahir melalui jiwa yang benar-benar suci. Melalui jiwa yang ikhlas itu, tanpa paksaan atau
Dewan Budaya » 2015 » September
dikatakan demikian kerana bagi mencapai taraf negara maju, kerajaan perlu mempunyai sistem percukaian yang mampu menampung perbelanjaan yang lebih besar bagi pelaksanaan pelbagai projek negara, di samping menampung perbelanjaan lain. Maka sistem percukaian baharu ini dikatakan mampu memenuhi keperluan itu. Begitu juga, sama ada rela ataupun tidak, hasil kutipan CBP melebihi beberapa bilion ringgit. Dalam sehari sahaja, kutipan ini dikatakan mencatat yang sejak dahulu cuba dipupuk dan disemai oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menerusi penyebarluasan sensitiviti terhadap hak pengguna. Sedih dan malangnya, usaha ini seolah-olah gagal. Maka tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa walaupun pengguna terpaksa membayar perubahan ini dengan harga yang mahal, sekurang-kurangnya dari satu sisi yang kecil, besar impaknya, iaitu hak pengguna yang berhubung dengan
Dewan Budaya » 2017 » February
Free School ditubuhkan pada tahun 1816. Sekolah ini dikuasai oleh mubaligh Kristian pada peringkat awal penubuhannya, dengan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Oleh sebab sekolah itu terletak di bandar, maka kedudukannya menguntungkan komuniti Cina dan India serta elit Melayu di bandar. Orang Melayu, yang kebanyakannya tinggal di luar bandar, tidak dapat meraih manfaat daripada sekolah berkenaan. Sistem pengangkutan yang mundur sekolah terbabit. Sekolah Inggeris dianggap sebagai elitis dan hanya untuk orang yang berada dan bangsawan Melayu. Kurikulum yang berasaskan Senior Cambridge Certificate Examination menyebabkan lulusan berkenaan mempunyai nilai yang tinggi. Maka lebih mudah untuk mereka mendapatkan pekerjaan, termasuk dalam syarikat swasta. **** Artikel ini dipetik dari Dewan Budaya Bil.2 2017 Posted in: Uncategorized 0 Comments Cendekiawan Awam Membuka Cakerawala admin on
Dewan Budaya » 2019 » February
dengan harga tertentu yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Walau bagaimanapun, penonton sanggup berbelanja untuk harga tiket yang mencecah ratusan ringgit semata-mata untuk melihat lakonan dan pementasan yang terbaik. Maka itu, sekiranya sesebuah produksi teater tidak mengambil kira elemen seperti yang dinyatakan, maka harga yang dibayar oleh penonton amatlah tidak berbaloi. Artikel dipetik daripada majalah Dewan Budaya Bil. 2 Posted in: Nota Editor • Carian • Video Promosi Pelancaran Majalah Dewan Tamadun Islam pada 14
Dewan Masyarakat | Fungsi Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan
Melayu dituturkan oleh semua pedagang dari Arab, China, India dan Eropah. Ketika itu, bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi antarabangsa. Demi memupuk perpaduan kaum di negara ini, maka dalam Laporan Razak 1956 dinyatakan bahawa, tujuan akhir dasar pendidikan negara ini adalah untuk menyatukan murid yang berlainan bangsa di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai
Dewan Budaya » 2012 » November
peleburan” tradisi budaya besar dan menghasilkan “budaya tinggi sekunder” yang dibina berasaskan agama-agama besar, khususnya Islam sehingga berupaya melahirkan kehidupan agama, sastera, dan intelektual yang subur di rantau ini. Maka wujudlah kepelbagaian bangsa yang mendiami negara ini yang disatukan melalui semangat toleransi dan dimanifestasikan menerusi kontrak sosial.Hal inilah legasi yang kita warisi dan terus hormati. Dalam hal sistem pendidikan ini.Transformasi dalam sistem pendidikan bukan sahaja menuntut anjakan paradigma berorientasikan kemajuan sains dan teknologi, malahan membina jati diri dan personaliti unggul dalam kalangan murid-murid melalui pemupukan identiti nasional. Maka jelaslah budaya menegur ini bermula dari yang kecil, iaitu sama ada kecil usianya, kecil tempatnya atau kecil peranannya. Dari yang kecil itu akan membesar, lantas membentuk keunggulan tamadun bangsa. - Abdul
Dewan Budaya » 2013 » January
Bukit Gajah ini.Kononnya maharaja langit mempunyai sekumpulan gajah.Setelah melihat pemandangan Guilin, gajah-gajah itu tertawan dengan pemandangan yang indah di sini dan tidak mahu pulang ke syurga lagi.Maka maharaja langit bertitah supaya gajah-gajah itu balik.Tetapi seekor pun daripada gajah tersebut tidak menurut perintah Maharaja Langit, dan enggan meninggalkan tempat yang indah ini.Maharaja Langit marah lalu diterima, sebaliknya golongan reformis atau tajdid dalam hiburan amat disokong dalam menyediakan wadah hiburan yang baik kepada umat. Dalam konteks ini, Latiff ada mencatatkan: “kita cipta kemajuan kemajuan cipta kita” Maka kita tidak seharusnya cepat berasa puas dengan keselesaan sedangkan banyak lagi aspek lain yang harus diteroka, apatah lagi dalam dunia seni dan budaya. Kita mempunyai wadah untuk memasarkan seni dan
Dewan Budaya » 2013 » March
pemandu kereta sewa berusia awal 70- an di Kota Bharu ketika membawa saya dan dua orang rakan sepejabat, Kak Gee dan Rafiq menuju Kubang Kerian untuk melihat perusahaan madu kelulut. “Maka ‘gelaplah’ kita hendak ke Kubang Kerian,” ujarnya. “Mengapa, pak cik?” tanya saya. “Sebab kita tak tahu tempatnya,” jawab pak cik. “Sekarang ini sudah masuk waktu asar, dan kita akan sampai tambang, dan pak cik itu pun meneruskan perjalanan.Yang pasti, mungkin kamilah satu-satunya pelanggan pak cik pada hari itu. Seperkara yang saya terlupa adalah untuk bertanyakan nama pak cik. Maka saya menggelarnya, “Pak Cik Oh Begitu!” yang berusaha bersungguh-sungguh untuk “kecek luar”. Itulah rentetan sebahagian daripada kisah kehidupan si pemandu teksi yang gigih bekerja untuk mencari sesuap nasi.Walaupun
Dewan Budaya » 2015 » May
kepada Pie (Eman Manan). Mona yang bendul sanggup lari dari rumah untuk mendapatkan kasih sayang dan perlindungan. Pie pula kaki sakat, tetapi daya fikirnya tinggi. Selayaknya mereka hidup di jalanan, maka pertuturan mereka hanya bahasa jalanan. Perkataan Inggeris yang digunakan yang biasa-biasa sahaja dengan bibir kita. Namun begitu, tiada satu ayat pun yang kesat dan kasar. Bahasa mudah juga digunakan kita akan pentingnya seseorang sultan memahami dan mendekati jiwa dan kehidupan rakyat. Hal ini dikatakan demikian kerana kedua-duanya saling memerlukan, seperti kata pepatah bagai isi dengan kuku. Tiada rakyat, maka raja tidak akan berupaya memerintah dan mentadbir urus kerajaan yang dikuasainya. Tanpa raja pula, yakni pemimpin utama sesebuah negara, rakyat pasti hilang arah dalam menentukan hala tuju kerajaan yang didudukinya
Dewan Masyarakat | “Suara Belia Menggerakkan Jentera Perubahan” – Michael Teoh
dasar itu dibuat, kerana hal ini merupakan rahsia kerajaan. Kami berharap agar orang utama yang membuat keputusan dasar akan meletakkan idea kami di minda mereka ketika dasar itu hendak digubal. Maka apabila dasar itu dilaksanakan, hal ini akan membantu kami secara langsung. Khairun sendiri pernah menyatakan, apabila kerajaan membina dasar, kesan pelaksanaannya tertumpu pada golongan muda pada masa akan datang, dan memang pandai menghentam. Tetapi kita perlu melihat semula mengapa mereka suka mengadu. Apabila ditanya mengapa mereka tidak memikirkan idea atau cara penyelesaian yang boleh dicadangkan kepada kerajaan, mereka menjadi kabur. Maka tanggapan orang ramai secara menyeluruh ialah mereka hanya tahu mengadu. Hal ini berkaitan dengan tahap kebebasan yang diberikan kepada mereka. Mereka tidak diberikan hak atau sebuah platform untuk melaksanakan idea
Dewan Budaya » Lagu Patriotik Tradisi Turun-temurun
rasa hormat akan lagu kebangsaan Malaysia, selain turut berasa megah menghayati setiap bait bait lirik lagu tersebut. Walau bagaimanapun, apabila lirik dan melodi diubah suai mengikut selera pihak tertentu sahaja, maka hayat lagu patriotik tersebut tidak akan bertahan lama, malah penerapan nilai patriotik tidak dapat disematkan dalam hati rakyat. Perjuangan bukan untuk seketika sahaja, tetapi harus kekal untuk selama lamanya agar
Dewan Budaya » Bersusila dalam Kehidupan
lima prinsip ini bertujuan membetulkan sikap masyarakat dalam usaha melahirkan generasi yang bersatu padu dan menjadi contoh yang baik kepada orang lain. Tanpa penghayatan dan pembudayaan prinsip Rukun Negara ini, maka akan ada lebih banyak lagi cerita yang kurang baik tular di media sosial. SELAMAT MENYAMBUTHARI MALAYSIA *** Artikel ini dipetik daripada majalah Dewan Budaya Bil. 9 Posted in: Nota Editor Hantar
Dewan Budaya » Melaka Berwibawa, Menjulang Inovasi Menjunjung Warisan
adakah Melaka sudah bersedia ke arah pembinaan budaya dan jati diri anak bangsa untuk berhadapan dengan kebanjiran pelancong? Hal ini dikatakan demikian kerana apabila banyak pelancong mula memasuki sesuatu tempat, maka nilai tradisi negeri Melaka harus dipertontonkan secara lebih jelas. Namun begitu, apabila diperhatikan, penyerapan budaya asing sebenarnya berlaku dalam masyarakat tempatan. Sebagai contohnya, beca roda tiga yang amat sinonim dengan
Dewan Budaya » Sekeliling Kita
masjid tersebut untuk menonjolkan kepentingannya. Walau bagaimanapun, Tunku Abdul Rahman berbeza pendapat. Beliau melihat kedudukan masjid di atas bukit itu sebagai penyeksaan kepada penggunanya. Beliau mahu masjid yang mudah dikunjungi. Maka Baharuddin diminta membandingkan tapak yang dipilihnya dengan tapak yang dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman, dengan mengambil kira kedudukan stesen kereta api. Perdana Menteri Malaysia yang pertama itu memilih tapak yang
Dewan Budaya » 2012 » February
taraf seseorang. Orang Melayu Melaka menggunakan kebijaksanaan mereka untuk mengubah kain untuk dipakai sebagai penutup kepala. Tanjak dahulunya merupakan lambang status seseorang. Hanya golongan yang berada sahaja mampu memakai tanjak. Maka tidak hairanlah, ketika itu tanjak menjadi sebahagian daripada pakaian raja atau sultan. Tanjak raja pada zaman Melaka dibuat daripada kain sutera dari China atau India. Orang kebanyakan menggunakan tanjak daripada dinikmati sebagai sebuah karya. Cuma akhir-akhir ini sahaja apabila daya imaginasi seniman berjaya melahirkan pelbagai idea yang berteraskan prinsip bahawa kreatif ialah suatu proses yang menghasilkan sesuatu yang baharu, maka lahirnya karya seni yang agak tidak terbatas sifatnya yang terhasil dalam pelbagai medium seni yang dipilih oleh mereka sendiri. Melukis misalnya, merupakan satu cabang seni yang melibatkan kegiatan mengolah medium
Dewan Budaya » 2013 » December
jenis herba untuk mencari ubat demi menyelamatkan rakyatnya. Apabila baginda tiba di kawasan hutan di provinsi Hubei (pada masa kini), perjalanan baginda telah terhalang oleh gunung dan cenuram yang terjal. Maka Shen Nong telah membina 36 buah tangga dan berjaya sampai puncak gunung. Oleh yang demikian, hutan ini dinamakan Shennongjia. Monyet berbulu emas merupakan salah satu binatang perlindungan negara. Di hutan
Dewan Budaya » 2014 » August
Interaksi budaya merupakan satu proses yang penting dalam memupuk persefahaman dan perpaduan kaum. Sekiranya etnik-etnik tidak bergaul antara satu dengan yang lain, malah berpisah-pisah, tanpa berinteraksi antara budaya, maka kemungkinan besar akan timbul salah faham dan syak wasangka antara satu sama lain.” Demikian kata Profesor Madya Dr. Ting Chew Peh (sekarangTan Sri). Rukun Negara merupakan elemen penting dan khazanah
Dewan Budaya » 2014 » October
kekayaan negara dan peluang ekonomi perlu diagihkan secara adil dan saksama. Hal ini dikatakan demikian kerana jika sesuatu etnik berasa kecewa dan dipinggirkan, dan wujud jurang besar dari segi ekonomi, maka perkara ini akan menjadi bom jangka yang mampu menjerumuskan negara ke dalam kancah krisis dan pergolakan sosial. Kita perlu menerima hakikat bahawa kita hidup di negara yang dikenali sebagai Malaysia dari majalah Dewan Budaya keluaran Oktober 2014. Posted in: Uncategorized 0 Comments WARNA-WARNI KEHIDUPAN MASYARAKAT MALAYSIA admin on October 1st, 2014 S uasana di luar auditorium mini itu ramai. Maka tidak hairanlah jika keadaan di dalamnya pun begitu juga. Mereka yang berada di situ pun kelihatan ramai, menunggu ketibaan tetamu kehormat dan permulaan majlis, sambil berbual-bual dengan kenalan lama
Dewan Budaya » 2015 » July
resolusi Kongres Kebudayaan Kebangsaan pada bulan Ogos 1971, yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein. Barangkali oleh sebab dasar kebudayaan kebangsaan negara ini bukan peraturan yang bersifat perundangan, maka pelaksanaannya agak terhad, bergantung pada budi bicara agensi yang berkaitan, termasuk kementerian, ibarat hidup segan mati tidak mahu. Barangkali juga kerana dua prinsip yang menjadi teras dasar tersebut membabitkan rakyat
Dewan Budaya » 2015 » November
membuat “tauhu”. Bagi pemilik MIG Pictures Sdn. Bhd. itu, sesebuah filem itu bermutu tinggi jika “pecah panggung”. Oleh itu, tidak hairanlah kalau begitu banyak filem terbitan syarikat itu bertaraf “tauhu”. Maka timbul persoalan tentang bentuk filem untuk disajikan kepada penonton. Yang dapat diandaikan ialah bahawa ada dua golongan penonton, iaitu yang suka berfikir ketika menonton wayang dan mengulasnya, baik membina mahupun
Dewan Budaya » 2017 » May
etnik dan bangsa tidak harus dibiarkan untuk ditelan zaman. Seni persembahan membawa sejarah, nilai, memori kolektif, dan jati diri sesuatu etnik dan bangsa bersama-samanya. Jika seni persembahan itu pupus, maka lenyaplah juga ingatan masyarakat terhadapnya. Dalam keadaan budaya Melayu dan etnik, termasuk seni persembahan, semakin tidak mendapat tempat di hati masyarakat, terutama generasi muda yang terumbang-ambing dilanda gelombang kemodenan
Dewan Budaya » 2018 » August
rasa hormat akan lagu kebangsaan Malaysia, selain turut berasa megah menghayati setiap bait bait lirik lagu tersebut. Walau bagaimanapun, apabila lirik dan melodi diubah suai mengikut selera pihak tertentu sahaja, maka hayat lagu patriotik tersebut tidak akan bertahan lama, malah penerapan nilai patriotik tidak dapat disematkan dalam hati rakyat. Perjuangan bukan untuk seketika sahaja, tetapi harus kekal untuk selama lamanya agar
Dewan Budaya » 2018 » October
adakah Melaka sudah bersedia ke arah pembinaan budaya dan jati diri anak bangsa untuk berhadapan dengan kebanjiran pelancong? Hal ini dikatakan demikian kerana apabila banyak pelancong mula memasuki sesuatu tempat, maka nilai tradisi negeri Melaka harus dipertontonkan secara lebih jelas. Namun begitu, apabila diperhatikan, penyerapan budaya asing sebenarnya berlaku dalam masyarakat tempatan. Sebagai contohnya, beca roda tiga yang amat sinonim dengan
Dewan Masyarakat | “Pemerkasaan” dan “Pemartabatan” Bahasa Melayu
1970-an, taraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa urusan rasmi kerajaan, dan sebagai bahasa ilmu, mengalami nasib yang tidak menentu. Apabila timbul bantahan, kritikan, dan teguran daripada pelbagai pihak, maka pihak yang berkuasa terhadap Dasar Bahasa Kebangsaan melakukan tindakan segera, tetapi tidak menyelesaikan masalah. ___ Datuk Dr. Hassan Ahmad, Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan. Beliau juga bekas wakil tetap Malaysia ke
Dewan Masyarakat | DM, Fatini dan Natrah
syarat untuk dapat mewawancara Natrah. Jika tidak, mereka tidak akan memberikan kerjasama dengannya. “Oleh sebab saya dilatih dalam dunia kewartawanan,untuk bersifat profesional dan tahan lasak dari segi mentaldan jiwa, maka saya mesti mengharungi segala cabaran demi tanggungjawab untuk mendapatkan Natrah dan ceritanya,” katanya. Pada masa itu, walaupun sudah membuat penyelidikan yang mendalam, menempuh perjalanan yang panjang, dengan terbitan siri Natrah
Dewan Masyarakat | Khas
Bahasa Setengah Abad Mendatang Khas Cita-cita membebaskan tanah air bukan terhad pada pembebasan dari sudut politik dan ekonomi semata-mata, bahkan turut merangkum aspek bahasa, pemikiran, pendidikan dan kebudayaan. Maka, muncul dalam kosa kata bahasa Melayu frasa “nasionalisme bahasa” atau “nasionalisme linguistik”, dengan pengertian nasionalisme atau semangat kebangsaan yang berteraskan perjuangan memartabatkan bahasa Melayu sebagai salah satu asas kebangsaan dan
Dewan Masyarakat | Kesihatan
tentang keadaan politik, pemilihan parti politik serta kebarangkaliannya untuk mengundi dalam pilihan raya yang akan datang. Share Awas Perokok Pasif Kesihatan Memandangkan terlalu banyak masalah yang timbul daripada asap rokok, maka larangan merokok diwujudkan di kawasan awam, seperti restoran, hospital dan sekolah. Share Implan Pengganti Gigi Kekal Kesihatan Ternyata kejayaan pakar pergigian tempatan menghasilkan implan gigi yang setanding dengan implan di
Dewan Masyarakat | Serantau
pada awal 1980 apabila terdapat lebih daripada 200 pelajar yang terbunuh ekoran perjuangan mereka menentang kediktatoran Chun Doo-hwan. Share Cabaran Komuniti ASEAN Serantau Justeru, untuk komuniti ASEAN yang berkesan maka beberapa cabaran penting seperti isu keselamatan serantau dan kestabilan politik negara-negara anggota wajar diperhalusi dengan rasional. Share Berkibarnya Bendera Palestin di PBB? Serantau Israel cukup gusar sekiranya Palestin berjaya
Dewan Masyarakat | 2011 | September
dan nabalu bermaksud gunung. Mereka percaya bahawa ... "Baca selanjutnya." Mencari “Hero” Hadiah Nobel Pendidikan Jika ada IPT yang yakin bahawa akademia mereka hebat dan boleh jadi “hero” dalam bidang tertentu, maka wajar mereka menonjolkan akademia terbabit agar kita boleh memberi peluang seterusnya menjadikannya sebagai pemenang Hadiah Nobel dari Malaysia. Share Guru dan Pelajar Saling Melengkapi Pendidikan Seseorang individu terutamanya generasi muda
Dewan Budaya » 2013 » June
satu lagi kreativiti anak muda zaman ini. Di pentas teater, dunia muzik, atau layar perak, sememangnya nilai eksperimental membekas apabila sesuatu persembahan yang terbit daripada rasa “cuba-cuba” berjaya dilakukan. Maka sebab itulah dalam pentas teater, menjelang peralihan generasi sering kali wujud “bentakan peperangan idea” anak muda yang ingin lari daripada idea yang bersifat konvensional dan konservatif. Mereka lahirkan “teater eksperimental
Dewan Budaya » 2014 » May
dirintis secara jelas dalam dinasti Han itu dan diikuti siri hubungan dalam dinasti sesudahnya. Namun begitu, menurut Liang Liji, oleh sebab sesudah dinasti Han kestabilan dalam negara China kurang baik, maka hubungan dengan alam Melayu sering terputus-putus dan tidak bersinambung. Demikian pula pada waktu belum ada kerajaan Melayu yang betul-betul besar sehingga hubungan tidak begitu akrab. Hubungan China dengan
Dewan Budaya » 2014 » June
dibandingkan dengan, sebagai contoh, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Perancis. Oleh hal yang demikian, yang tidak dapat dinafikan ialah bahawa negara ini masih belum mempunyai tradisi budaya keilmuan yang kukuh. Maka di sinilah peranan yang akan dimainkan dan terus dimainkan oleh DBP dalam tahun-tahun mendatang, selagi hayat dikandung badan – membina dan menyebarkan ilmu dalam pelbagai ranah bagi memenuhi keperluan masyarakat
Dewan Budaya » 2014 » July
ini melalui ayat al-Quran dan yang diakhiri ikrar demi masa dalam surah terakhir! Begitu jugalah umumnya keadaan dengan ajaran agama lain; ada yang masih mendewa-dewakan bulan dan matahari. Maka tidak hairanlah jika daripada sejarah dan perspektif Islam, kosmologi bukannya bidang yang asing lagi kerana begitu banyak cendekiawan Muslim mahir sekali dalam bidang tersebut. Mereka menghasilkan berbagai-bagai ciptaan teknologi
Dewan Budaya » 2014 » November
masuk stesen kereta api KTM. Dalam fikiran, tiadakah penguat kuasa yang melarangnya untuk terus bermuzik di sekitar ini? Atau lelaki ini, seperti dalam babak filem tempatan, apabila menemui penguat kuasa, maka ibarat lipas kudung, terus menghilangkan diri? Itulah sebenarnya realiti dunia busker ! Busker , dalam erti kata lain, ialah pemuzik jalanan. Mengapa mereka digelar pemuzik jalanan? Hal ini dikatakan demikian kerana pada
Dewan Budaya » 2015 » June
wujud sejak zaman neolitik, lebih daripada 6000 tahun yang lalu – tempoh yang begitu lama. Tentunya banyak kejayaan maritim Melayu yang tidak tercatat kerana bangsa itu mungkin pencatat yang kurang baik. Maka tidak mustahil jika Lancang Kuning telah meredah segara luas meneroka benua Amerika lebih awal daripada Christopher Columbus. Armin Azhari Saleh *** Artikel ini dipetik dari majalah Dewan Budaya keluaran Jun 2015
Dewan Budaya » 2015 » October
mengambil ubat hydrochloride-25 . Dari masa ke masa, selagi ada peredaran bulan dan bintang, selagi itulah akan ada musibah baharu. Apabila ada penyakit baharu, pasti ada usaha untuk mencari penawarnya. Maka bertungkus-lumuslah pasukan penyelidik mencari penawarnya. Kadang-kadang penawarnya berada tidak jauh daripada kita, berada di sekeliling kita, di rimba kita. Memang tidak mustahil jika penawarnya sudah ditemukan oleh orang
Dewan Masyarakat | Bahasa Kebangsaan Tidak Merendahkan Taraf Akademik
universiti ini memberikan perhatian yang sepenuhnya kepada bahasa kebangsaan. Kalau dahulu tuan-tuan dan puan-puan mengutamakan bahasa Inggeris, baik sebagai alat pengantar mahu pun sebagai alat pentadbiran universiti ini maka sekarang sudahlah tiba masanya tuan-tuan dan puan-puan mengalihkan perhatian itu kepada bahasa kebangsaan kita. Jabatan Pengajian Melayu boleh memainkan peranan yang penting ke arah ini. Mahasiswa dalam jabatan

Kembali ke atas