Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mam.pat] | ممڤت

Definisi : tidak berongga (bkn tanah dll); padat; tumpat. memampatkan membuat supaya mampat; menjadikan mampat: Dia ~ kandungan peti itu. mampatan perihal mampat: ~ gas bertambah 5 kali ganda apabila campuran itu dinyalakan. pemampat alat utk memampatkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[mam.pat] | ممڤت

Definisi : Mn baik sekali, elok sekali, jempol. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mam.pat] | ممڤت

Definisi : 1. tidak beronga-rongga, tidak gem-bur (tanah dll), padat, tumpat; 2. Jk tidak dapat mengalir, tersendat, tersumbat: parit itu ~; memampatkan membuat (menekan, meng­asak, dsb) supaya padat atau tumpat: jangan dimampatkan sangat isi tin itu; termampat dimampatkan: campuran itu terasak atau ~ ke dlm ruang kecil di sebelah atas kebuk; mampatan perihal mampat; kemampatan perihal (keadaan dsb) mampat, kepadatan, ketumpatan; pemampatan perihal (proses, perbuatan) memampatkan sesuatu; pemampat alat utk memampatkan; ~ udara alat utk memasukkan udara ke dlm tangki dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
mampat (adjektif)
Bersinonim dengan padat, padu, tumpat, pejal, kimpal, rapat, ketat, penuh, sarat, sendat;,
Kata Terbitan : memampatkan, kemampatan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mampattidak berongga (bkn tanah dll); padat; tumpat. memampatkan membuat supaya mampat; menjadikan mampat: Dia ~ kandungan peti itu. mampatan perihal mampat: ~ gas bertambah 5 kali ganda apabila campuran itu dinyalakan. pemampat alat utk memampatkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
memampatkanmembuat supaya mampat; menjadikan mampat: Dia ~ kandungan peti itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mampat IIMn baik sekali, elok sekali, jempol.Kamus Dewan Edisi Keempat
tumpat1. penuh berisi (ruang, rongga, dll), penuh sesak, padat, sendat: orang yg menghadap itu hingga bertemu lutut ~, tiada bersila lagi; ~ mampat (tumpul) = penuh ~ penuh betul (mampat, sesak); 2. tidak berongga, mampat, padu: kayu keras lebih ~ drpd kayu lembut; 3. ki tidak dapat berbuat apa-apa lagi (kerana hilang akal dll), terbuntu (fikiran dll), tersuntuk: kerana kematian ibunya itu, fikirannya menjadi ~; menumpat, menumpatkan 1. mengisi (menimbus dll) hingga penuh, memadatkan (lubang dll): ~ perigi buta; 2. ki menutup (mulut), menyumbat; tertumpat tertimbus (tertimbun dll) hingga penuh, tersumbat; ketumpatan 1. perihal (keadaan) tumpat, kepadatan; 2. (Mat) kadar atau nisbah yg didapati apabila berat sesuatu benda dibahagi dgn isi padunya.Kamus Dewan Edisi Keempat
tumpat mampat (tumpul)penuh betul (mampat, sesak);Kamus Dewan Edisi Keempat
mampat I1. tidak beronga-rongga, tidak gem-bur (tanah dll), padat, tumpat; 2. Jk tidak dapat mengalir, tersendat, tersumbat: parit itu ~; memampatkan membuat (menekan, meng­asak, dsb) supaya padat atau tumpat: jangan dimampatkan sangat isi tin itu; termampat dimampatkan: campuran itu terasak atau ~ ke dlm ruang kecil di sebelah atas kebuk; mampatan perihal mampat; kemampatan perihal (keadaan dsb) mampat, kepadatan, ketumpatan; pemampatan perihal (proses, perbuatan) memampatkan sesuatu; pemampat alat utk memampatkan; ~ udara alat utk memasukkan udara ke dlm tangki dll.Kamus Dewan Edisi Keempat
pita mampat(compressed tape)Pita komputer yang fail datanya disusun padat supaya dapat menggunakan ruang ingatan yang minimum.Kamus Komputer
indeks mampat(compressed index)Indeks fail teks komputer yang disusun rapat agar dapat menggunakan ruang ingatan yang minimum.Kamus Komputer
mampatanperihal mampat: ~ gas bertambah 5 kali ganda apabila campuran itu dinyalakan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
padu1. mampat, padat, pejal, tumpat: ~ spt batu dan besi; roti mudah dihancurkan di dlm tubuh kerana ia tidak ~; 2. telah bergaul (bercampur, bergabung) dan menjadi satu benar, sebati: anak sekolah, guru, buruh dan saudagar ~ dlm satu perarakan; bersatu ~ bersatu benar-benar; 3. ki kukuh (teguh, utuh) dan kuat: kesatuan yg ~; sepadu sebati, terserap, berjalin: ada lebih kurang 800 kata Sanskrit yg kekal ~ dgn kata-kata Melayu sekarang; pembangunan material dan spiritual hendaklah ~; bersepadu berkaitan erat (tidak terpisah-­pisah) berjalin, bertahan erat (antara pelbagai unsurnya dsb): pembangunan secara ~ ini diharap dapat mewujudkan kesatuan sosial; mempunyai asas sumber asli yg ~ dgn struktur perindustrian; menyepadukan menjadikan sepadu atau ber­sepadu: kesemuanya telah dicampuradukkan dan disepadukan sehingga wujud satu keseimbangan atau tahap persamaan yg utuh dan berfungsi; tersepadu telah bersepadu: ini bermakna kaum bumiputera akan ~ dlm perkembangan ekonomi negara menjelang tahun 2020; kesepaduan keadaan bersepadu, perihal ber­sepadu menjadi kesatuan yg utuh: malahan ~ komuniti itu diasaskan pd pertalian kekeluargaan; persepaduan perihal bersepadu (bangsa, masyarakat, dsb); penyepaduan proses menyepadukan, penyebatian; penyepadu orang, unsur, pihak dsb yg menyepadukan: syarikat itu merupakan syarikat ~ sistem yg terkemuka di negara ini; berpadu 1. bercampur menjadi satu, menjadi sebati: ketiga-tiga buah kesatuan itu telah ~ menjadi satu; zat besi mudah ~ dgn oksigen; 2. bercampur, bergaul: senyum dan tangis ~ menyambut kepulangannya; 3. menjadi beku dan keras (darah dll); 4. teguh (kukuh, utuh) dan kuat kerana sudah bersatu; ~ padan a) bergaul (bergabung, bercampur) dan menjadi satu benar; b) bermuafakat, ber­mesyuarat, berunding, memadankan (menye­suaikan) fikiran; ~ suara a) berduet; b) ki menjadi satu, berbaur: angin laut dan desir ombak ~ suara; memadu 1. melebur (emas); 2. melebur dan mencampurkan supaya bersatu (berbagai-bagai jenis logam); 3. mengikat (janji dll), menguatkan, mengukuhkan: ~ janji; kata sudah dipadu; negara-negara yg tidak memihak ~ tenaga utk memperkuat pengaruh mereka; 4. membanding­kan, menyesuaikan, mencocokkan, memadan­kan; ~ pendapat mencocokkan pendapat; ~ hati menyatukan hati (kasih dll); ~ satu = menyatu­padukan menjadikan bersatu padu, menyatukan sungguh-sungguh; memadukan menjadikan padu, menggabungkan supaya menjadi satu, mencampur­kan, menyatukan: ~ fahaman semua manusia; memperpadukan menjadikan berpaduan: manusia berjaya ~ bahan-bahan asas ini menjadi satu bahan baru; terpadu sudah dipadu (digabungkan, disatukan, dll), tergabung; paduan 1. yg telah dipadu, sesuatu yg telah disatukan (digabungkan dll): ~ suara; 2. per­sesuaian, kecocokan; kepaduan kesatuan (pendapat, cita-cita, dll), kemuafakatan; perpaduan 1. penggabungan, peleburan; 2. persesuaian, kecocokan; 3. perihal berpadu (bergabung menjadi satu, sepakat, dll), persatuan: bahasa dan sastera adalah alat utk ~ kebangsaan; bahasa Melayu sbg bahasa yg boleh menjadi penggerak ke arah mencapai ~ nasional; pemaduan 1. perbuatan memadu(kan), penggabungan (peleburan dll) menjadi satu: air boleh dibuat melalui ~ hidrogen dan oksigen; 2. persesuaian, kecocokan; pemadu sesuatu yg memadukan: kuasa ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas