Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mam.pat] | ممڤت

Definisi : tidak berongga (bkn tanah dll); padat; tumpat. memampatkan membuat supaya mampat; menjadikan mampat: Dia ~ kandungan peti itu. mampatan perihal mampat: ~ gas bertambah 5 kali ganda apabila campuran itu dinyalakan. pemampat alat utk memampatkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[mam.pat] | ممڤت

Definisi : Mn baik sekali, elok sekali, jempol. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mam.pat] | ممڤت

Definisi : 1. tidak beronga-rongga, tidak gem-bur (tanah dll), padat, tumpat; 2. Jk tidak dapat mengalir, tersendat, tersumbat: parit itu ~; memampatkan membuat (menekan, meng­asak, dsb) supaya padat atau tumpat: jangan dimampatkan sangat isi tin itu; termampat dimampatkan: campuran itu terasak atau ~ ke dlm ruang kecil di sebelah atas kebuk; mampatan perihal mampat; kemampatan perihal (keadaan dsb) mampat, kepadatan, ketumpatan; pemampatan perihal (proses, perbuatan) memampatkan sesuatu; pemampat alat utk memampatkan; ~ udara alat utk memasukkan udara ke dlm tangki dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
mampat (adjektif)
Bersinonim dengan padat, padu, tumpat, pejal, kimpal, rapat, ketat, penuh, sarat, sendat;,
Kata Terbitan : memampatkan, kemampatan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fluid dynamics(ilmu) dinamik bendalirFizikMekanikIlmu pergerakan bendalir Newton(an), termasuk bendalir likat, mampat dan tak mampat dan juga fenomenon yang berkaitan dengan permukaan-permukaan bebas dan daya-daya apungan yang disebabkan oleh medan graviti.
condensedmampat; ringkas; padat; memeluwap; pekatPentadbiran PerniagaanTiada1. Mampat: Sesuatu yang tidak berongga-rongga.,2. Padat: Isi, kandungan, susunan dan lain-lain yang penuh dan rapat sekali.,3. Memeluwap: Menjadi atau mengeluarkan wap.,4. Pekat: Sesuatu yang tidak cair, kental dan likat.
compressed capillarykapilari mampatPerubatanTiadaKeadaan kapilari yang telah mampat dan tidak berisi darah.
ultimate compressive strengthkekuatan mampat muktamadKejuruteraanKejuruteraan BangunanKekuatan mampat yang mampu dipikul oleh konkrit sebelum gagal.
compressive strengthkekuatan mampatKejuruteraanKejuruteraan BangunanKekuatan bahan menerima daya-daya mampat dan dinyatakan dalam bentuk beban seunit luas (N/mm2).
compression testujian mampatanAeroangkasaTiadaUjian yang dibuat ke atas sesuatu bahan untuk mengujinya dalam keadaan mampat.,Ujian yang dibuat ke atas sesuatu bahan untuk mengujinya dalam keadaan mampat.
condensedmampat; ringkas; padat; memeluwapFizikTiadaTiada
compressedmampatKejuruteraanTiadaTiada
condensedmampat; ringkas; padat; memeluwapKejuruteraanTiadaTiada
compressmampat; tekanMatematikTiadaMelakukan penyusutan isi padu atau panjang suatu objek dengan menggunakan daya mampatan.
12345678910...

Kembali ke atas