Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mam.pat] | ممڤت

Definisi : tidak berongga (bkn tanah dll); padat; tumpat. memampatkan membuat supaya mampat; menjadikan mampat: Dia ~ kandungan peti itu. mampatan perihal mampat: ~ gas bertambah 5 kali ganda apabila campuran itu dinyalakan. pemampat alat utk memampatkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[mam.pat] | ممڤت

Definisi : Mn baik sekali, elok sekali, jempol. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mam.pat] | ممڤت

Definisi : 1. tidak beronga-rongga, tidak gem-bur (tanah dll), padat, tumpat; 2. Jk tidak dapat mengalir, tersendat, tersumbat: parit itu ~; memampatkan membuat (menekan, meng­asak, dsb) supaya padat atau tumpat: jangan dimampatkan sangat isi tin itu; termampat dimampatkan: campuran itu terasak atau ~ ke dlm ruang kecil di sebelah atas kebuk; mampatan perihal mampat; kemampatan perihal (keadaan dsb) mampat, kepadatan, ketumpatan; pemampatan perihal (proses, perbuatan) memampatkan sesuatu; pemampat alat utk memampatkan; ~ udara alat utk memasukkan udara ke dlm tangki dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
mampat (adjektif)
Bersinonim dengan padat, padu, tumpat, pejal, kimpal, rapat, ketat, penuh, sarat, sendat;,
Kata Terbitan : memampatkan, kemampatan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fluid dynamics(ilmu) dinamik bendalirFizikMekanikIlmu pergerakan bendalir Newton(an), termasuk bendalir likat, mampat dan tak mampat dan juga fenomenon yang berkaitan dengan permukaan-permukaan bebas dan daya-daya apungan yang disebabkan oleh medan graviti.
condensedmampat; ringkas; padat; memeluwap; pekatPentadbiran PerniagaanTiada1. Mampat: Sesuatu yang tidak berongga-rongga.,2. Padat: Isi, kandungan, susunan dan lain-lain yang penuh dan rapat sekali.,3. Memeluwap: Menjadi atau mengeluarkan wap.,4. Pekat: Sesuatu yang tidak cair, kental dan likat.
ultimate compressive strengthkekuatan mampat muktamadKejuruteraanKejuruteraan BangunanKekuatan mampat yang mampu dipikul oleh konkrit sebelum gagal.
compressive strengthkekuatan mampatKejuruteraanKejuruteraan BangunanKekuatan bahan menerima daya-daya mampat dan dinyatakan dalam bentuk beban seunit luas (N/mm2).
compression testujian mampatanAeroangkasaTiadaUjian yang dibuat ke atas sesuatu bahan untuk mengujinya dalam keadaan mampat.,Ujian yang dibuat ke atas sesuatu bahan untuk mengujinya dalam keadaan mampat.
condensedmampat; ringkas; padat; memeluwapKimiaTiadaTiada
compressmampatKejuruteraanTiadaTiada
cold compressmampat sejukPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
compressibleboleh mampatKejuruteraanTiadaTiada
compressive stresstegasan mampatGeografiTiadaTiada
123456789

Kembali ke atas