Puisi
 

Keledek merah pucuk meranti,
     Masak lemak tengah hari;
Sanak marah saudara benci,
     Biarlah hamba membawa diri.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Terkena pada ikan bersorak,
     terkena pada batang,
masam.

Bermaksud :

Ketika untung bersuka-ria, waktu rugi marah-marah. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersaukkan ikan, suka; tersaukkan batang, masam).

 

Lihat selanjutnya...(33)

26

Great barkers are not biters

Orang yang menengking-nengking marah lazimnya tidaklah sampai mengambil tindakan atau mendatangkan kecederaan. Oleh itu kita tidak perlu takut padanya.

Anjing yang menyalak (menggonggong) tak akan menggigit

"I thought you were seriously beaten up by that burly man. I was really scared when he started shouting and threatening you. The whole block could hear him," I said. "A barking dog never bites, and this was not the first time," replied Ali calmly.

"Aku ingatkan kau teruk dibelasah oleh lelaki sasa itu. Aku takut betul apabila dia menjerit-jerit dan mengancam-ancam kau. Seluruh blok bangunan ini boleh mendengar suaranya," kataku. "Anjing yang menyalak tak akan menggigit," jawab Ali dengan tenang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(27)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
bebai[b«.bAj]kata adjektifcepat marah, panas baran, tidak sabar.Orang tua tu memang bebai, tak buleh silap sikit dia nak marah kat orang.[.ÒAN tu.wA tu mE.mAN b«.bAj tA/ bu.leh si.lAp si.kit di.jA nA/ mA.ÒAh kAt .ÒAN]Orang tua itu memang panas baran, tidak boleh silap sedikit, terus dia marah.
dah I[dAh]kata adjektiflebih awal, lebih dahulu.Tak dan apa-apa lagi dia marah dah.[tA/ dAn A.pA.A.pA lA.gi di.jA mA.ÒAh dAh]Belum sempat berbuat apa-apa lagi, dia sudah marah.
larap II[lA.ÒAp]kata kerjamelampau (bahasa kasar)Laku dia tu larap, awat hang tak marah kat dia?[lA.ku di.jA tu lA.ÒAp A.wAt hAN tA/ mA.ÒAh kAt di.jA]Kelakuannya sudah melampau, mengapa engkau tidak marah akan dia?
capoi II[tSA.poj]kata adjektifsuka mengeluarkan kata-kata yang tidak perlu tetapi berat padahnya, celupar.Orang tu marah kat hang pasal mulot hang capoi sangat.[.ÒAN tu mA.ÒA kAt hAN pA.sAj mu.lot hAN tSA.poj sA.NAt]Orang itu marah kepada kamu kerana mulut kamu celupar sangat.
merengkam[m«.Ò«N.kAm]kata adjektifberkenaan seseorang yang menyimpan perasaan marah, memendam rasa, kemarahan; merekam I.Dah lama dia dok merekam kat budak tu pasai perangai dia tu tak senonoh sangat.[dAh lA.mA di.jA do/ m«.Ò«N.kAm kAt bu.dA/ tu pA.sAj p«.ÒA.NAj di.jA tu tA/ s«.no.noh sA.NAt]Sudah lama dia memendam rasa marah kepada budak itu kerana perangainya yang sangat tidak sopan.
merekam II[m«.Ò«.kAm]kata adjektifberkenaan seseorang yang menyimpan perasaan marah, memendam rasa, kemarahan; merengkam.Dah lama dia dok merekam kat budak tu pasai perangai dia tu tak senonoh sangat.[dAh lA.mA di.jA do/ m«.Ò«.kAm kAt bu.dA/ tu pA.sAj p«.ÒA.NAj di.jA tu tA/ s«.no.noh sA.NAt]Sudah lama dia memendam rasa marah kepada budak itu kerana perangainya yang sangat tidak sopan.
ponen[po.nEn]kata namalelaki yang perawakan serta lagaknya seperti perempuan, pondan, khunsa, darai, bapuk, banci.Dia marah bila orang pangge dia ponen, tapi kelaku dia memang macam pompuan.[di.jA mA.ÒAh bi.lA .ÒAN pAN.gE di.jA po.nEn tA.pi k«.lA.ku di.jA mE.mAN mA.tSAm pom.pu.wAn]Dia marah bila dipanggil pondan, tetapi memang perawakannya seperti perempuan.
menanak[m«.nA.nA/]kata kerjamenyerbu disebabkan oleh rasa marah, ingin tahu dan sebagainya, meluru, menerpa.Bila dia dengaq anak dia kena tumbok, dia mai menanak cari sapa dia buat.[bi.lA di.jA d«.NA)Ö A.nA/ di.jA k«.nA tum.bo/ di.jA mAj m«.nA.nA/ tSA.Òi sA.pA di.jA bu.wAt]Bila dia mendengar anaknya kena tumbuk, dia datang dengan serta-merta untuk mencari orang yang melakukannya.
pokah[p.kAh]kata kerjaterbuka, bongkar, bungkah, kopak, memecahkan.Dia marah sunggoh pasai gelong dia kena pokah, entah sapa buat kianat kat dia.[di.jA mA.ÒAh suN.goh pA.sAj g«.loN di.jA k«.nA p.kAh «n.tAh sA.pA bu.wAt kiA.nAt kAt di.jA]Dia amat meradang kerana gelung sawahnya terbongkar entah siapalah yang cuba mengkhianatinya.
don[dn]kata adjektifberkenaan muka masam seperti berada dalam keadaan yang tegang, marah, merajuk; com.Kami tak berani pi dekat pak, nampak muka dia don saja.[kA.mi tA/ b«.ÒA.ni pi d«.kAt pA/ nAm.pA/ mu.kA di.jA dn sA.dZA]Kami tidak berani mendekati bapa yang sedang bermuka masam itu.
12

Kembali ke atas