Puisi
 

Keledek merah pucuk meranti,
     Masak lemak tengah hari;
Sanak marah saudara benci,
     Biarlah hamba membawa diri.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Terkena pada ikan bersorak,
     terkena pada batang,
masam.

Bermaksud :

Ketika untung bersuka-ria, waktu rugi marah-marah. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersaukkan ikan, suka; tersaukkan batang, masam).

 

Lihat selanjutnya...(33)

26

Great barkers are not biters

Orang yang menengking-nengking marah lazimnya tidaklah sampai mengambil tindakan atau mendatangkan kecederaan. Oleh itu kita tidak perlu takut padanya.

Anjing yang menyalak (menggonggong) tak akan menggigit

"I thought you were seriously beaten up by that burly man. I was really scared when he started shouting and threatening you. The whole block could hear him," I said. "A barking dog never bites, and this was not the first time," replied Ali calmly.

"Aku ingatkan kau teruk dibelasah oleh lelaki sasa itu. Aku takut betul apabila dia menjerit-jerit dan mengancam-ancam kau. Seluruh blok bangunan ini boleh mendengar suaranya," kataku. "Anjing yang menyalak tak akan menggigit," jawab Ali dengan tenang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(27)

Pantun

PantunSumberTema
Tarah bertarah kayu dikupak, Di dalam tarah ada batangnya; Semarah-marah ibu dan bapak, Di dalam marah ada sayangnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Bagaimana orang tidakkan marah, Tengah bersantap tiba pengacau; Bagaimana abang takkan menyanyah, Adinda bercakap sambil meracau.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bagaimana khatib takkan marah, Hari Jumaat pergi berburu; Bagaimana aib takkan terdedah, Laki jahat bini pencemburu.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bagaimana belut tidakkan marah, Anak buaya suka memekak; Bagaimana lutut tidakkan goyah, Awaklah tua suka merangkak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kerana ikan bertambah marah, Banyaklah udang lari ke darat; Kerana hutan punah dirambah, Banyaklah kijang jadi melarat.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Berebut beruk merendam labu, Kancil marah buntal bersorak; Terkentut datuk dalam kelambu, Katil patah bantal berselerak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sejak sirih hendak ditebang, Gagak marah menjerit-jerit; Sejak kekasih minta dipinang, Botak kepala mencarikan duit.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bagaimana ungka tidak memanjat , Kijang marah semut merengus; Bagaimana muka tidakkan merah, Sedang menyembah kentut berlepus.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Yang diperah kelapa, Yang sedap tengguli; Yang marah mentua, Yang mengidap bini.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kerana kayu dilanda badak, Banyaklah kijang mengumpat marah; Kerana penghulu gila bertandak, Banyaklah orang tak dapat nikah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
12345

Kembali ke atas