Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu

[ma.rah] | ماره

Definisi : berasa panas hati kerana ditipu (dihina dll), perasaan panas hati, berang, gusar, murka: ayah dan ibunya ~ kepadanya; per-kataan yg akhir itu ditekannya mengeluarkan suara ~ sedikit; ~ku kpd orang-orang Jepun yg mengebom padang kapal terbang Sungai Petani belum lagi hilang; kena ~ diberangi (digusari); naik (bangkit, timbul) ~ menjadi marah; kemarah-marahan sangat marah; memarahi marah kpd, memberangi, meng­gusari: dia sendiri terasa salah kerana ~ adik-nya; budak-budak yg bergayut itu telah dima-rahi oleh konduktor bas tersebut; memarahkan 1. (naik) marah kerana sesuatu: dia cuba hendak mengambil buku lain, tetapi Kintan segera ~nya; 2. menyebabkan jadi (naik) marah: perbuatan Wak Salleh menge-mis setiap minggu itu ~nya benar; marahan Jk enggan (tidak mahu) bercampur dgn orang lain kerana marah; kemarahan perihal marah, keberangan, ke­gusaran: perkara ini mungkin menimbulkan ~ orang kampung; pd saat itu, hilang ~, lemah segala sendi anggota; pemarah 1. orang yg cepat atau lekas marah: apakah suaminya ~ dan pencemburu? 2. ber­sifat atau lekas marah; amarah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.rah] | ماره

Definisi : (Padang) gelaran utk anak sutan dgn perempuan biasa atau anak puteri dgn laki­laki biasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 
Keledek merah pucuk meranti,
     Masak lemak tengah hari;
Sanak marah saudara benci,
     Biarlah hamba membawa diri.

Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Terkena pada ikan bersorak,
     terkena pada batang,
masam.

Bermaksud :

Ketika untung bersuka-ria, waktu rugi marah-marah. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersaukkan ikan, suka; tersaukkan batang, masam).

Lihat selanjutnya...(33)

26

Great barkers are not biters

Orang yang menengking-nengking marah lazimnya tidaklah sampai mengambil tindakan atau mendatangkan kecederaan. Oleh itu kita tidak perlu takut padanya.

Anjing yang menyalak (menggonggong) tak akan menggigit

"I thought you were seriously beaten up by that burly man. I was really scared when he started shouting and threatening you. The whole block could hear him," I said. "A barking dog never bites, and this was not the first time," replied Ali calmly.

"Aku ingatkan kau teruk dibelasah oleh lelaki sasa itu. Aku takut betul apabila dia menjerit-jerit dan mengancam-ancam kau. Seluruh blok bangunan ini boleh mendengar suaranya," kataku. "Anjing yang menyalak tak akan menggigit," jawab Ali dengan tenang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Lihat selanjutnya...(27)

Majalah

Dewan Budaya » 2014 » March
Gulangyu, masuk ke dalam hotel, mengurung diri pada waktu siang, dan keluar pada waktu malam. Seolah-olah Xiamen ialah Gulangyu, dan Gulangyu memaknakan segala-galanya di Xiamen. Mujurlah Xiamen tidak marah kerana sikap tidak ambil peduli saya. Keterpesonaannya mula-mula umpama teh putih yang tawar, tetapi akhirnya bertukar menjadi wangi, seperti bunga ros, sehingga segera mencengkam nostalgia anda. Saya jatuh cinta
Dewan Masyarakat | “Menghormati” Gunung Kinabalu
berbogel dan membuang air kecil di puncak tersebut. Mengikut sejarah, pada mulanya penduduk awal Kadazandusun tidak membenarkan penerokaan dan aktiviti pendakian Gunung Kinabalu kerana bimbang roh nenek moyang mereka berasa marah dan bertindak mengganggu penduduk setempat dan pendaki. Hingga pada tahun 1851, Gabenor British, Sir Hugh Low, mengambil keputusan memulakan ekspedisi perjalanan ke Gunung Kinabalu dan membuat upacara menenangkan roh suci
Dewan Budaya » 2013 » January
lagi.Maka maharaja langit bertitah supaya gajah-gajah itu balik.Tetapi seekor pun daripada gajah tersebut tidak menurut perintah Maharaja Langit, dan enggan meninggalkan tempat yang indah ini.Maharaja Langit marah lalu membunuh gajah tersebut.Gajah itu pun tinggal di tepi Sungai Li untuk selama-lamanya. Setelah melawat kota Guilin, kebanyakan pelancong meneruskan perjalanan mereka ke Kaunti Yangshuo dengan menaiki kapal
Dewan Budaya » 2013 » September
ini?Bukankah sejak merdeka hingga kini dominasi kuasa terletak pada orang Melayu? Pasca Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, tiba-tiba Melayu baharu terjaga daripada mimpi indah.Bangun dengan nada marah, seperti ada mutiara yang hilang daripada genggaman mereka. Yang peliknya, tidak pula mereka berani mengakui kelemahan diri, sebaliknya tanpa segan silu mencari salah orang lain pula. Lain yang sakit lain
Dewan Masyarakat | Penyakit Mental Jejas Pembangunan Negara
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2010 mendapati masalah kemurungan menjadi antara punca penyakit mental. Di peringkat awal, penyakit mental dikesan melalui tanda awal, seperti perubahan tingkah laku yang ketara, cepat marah, keresahan, sedih berpanjangan, mempunyai idea pelik, berfikir dan bercakap soal bunuh diri, penyalahgunaan dadah serta alkohol, dan tidak berupaya melakukan aktiviti harian. Sekiranya gejala tersebut berpanjangan dan gagal dikendalikan dalam

Dewan Budaya » 2012 » March
Wanita dalam Aku Manusia Berdosa admin on March 9th, 2012 Oleh Maisarah Mansor R oh teater dinyalakan sebaik-baik sahaja cahaya merah tertumpu pada watak Dah. Teknik pencahayaan membangkitkan makna marah dan berani, sifat yang akhirnya mencipta watak Dah sebagai makhluk berdosa. Aku Manusia Berdosa merupakan frasa rintihan seorang hamba yang hina kepada Tuhannya serta jiwa manusia yang menyesali dosa lalu

Kembali ke atas