Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.rah] | ماره

Definisi : berasa panas hati kerana ditipu (dihina dll), perasaan panas hati, berang, gusar, murka: ayah dan ibunya ~ kepadanya; per-kataan yg akhir itu ditekannya mengeluarkan suara ~ sedikit; ~ku kpd orang-orang Jepun yg mengebom padang kapal terbang Sungai Petani belum lagi hilang; kena ~ diberangi (digusari); naik (bangkit, timbul) ~ menjadi marah; kemarah-marahan sangat marah; memarahi marah kpd, memberangi, meng­gusari: dia sendiri terasa salah kerana ~ adik-nya; budak-budak yg bergayut itu telah dima-rahi oleh konduktor bas tersebut; memarahkan 1. (naik) marah kerana sesuatu: dia cuba hendak mengambil buku lain, tetapi Kintan segera ~nya; 2. menyebabkan jadi (naik) marah: perbuatan Wak Salleh menge-mis setiap minggu itu ~nya benar; marahan Jk enggan (tidak mahu) bercampur dgn orang lain kerana marah; kemarahan perihal marah, keberangan, ke­gusaran: perkara ini mungkin menimbulkan ~ orang kampung; pd saat itu, hilang ~, lemah segala sendi anggota; pemarah 1. orang yg cepat atau lekas marah: apakah suaminya ~ dan pencemburu? 2. ber­sifat atau lekas marah; amarah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.rah] | ماره

Definisi : (Padang) gelaran utk anak sutan dgn perempuan biasa atau anak puteri dgn laki­laki biasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Keledek merah pucuk meranti,
     Masak lemak tengah hari;
Sanak marah saudara benci,
     Biarlah hamba membawa diri.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Terkena pada ikan bersorak,
     terkena pada batang,
masam.

Bermaksud :

Ketika untung bersuka-ria, waktu rugi marah-marah. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersaukkan ikan, suka; tersaukkan batang, masam).

 

Lihat selanjutnya...(33)

26

Great barkers are not biters

Orang yang menengking-nengking marah lazimnya tidaklah sampai mengambil tindakan atau mendatangkan kecederaan. Oleh itu kita tidak perlu takut padanya.

Anjing yang menyalak (menggonggong) tak akan menggigit

"I thought you were seriously beaten up by that burly man. I was really scared when he started shouting and threatening you. The whole block could hear him," I said. "A barking dog never bites, and this was not the first time," replied Ali calmly.

"Aku ingatkan kau teruk dibelasah oleh lelaki sasa itu. Aku takut betul apabila dia menjerit-jerit dan mengancam-ancam kau. Seluruh blok bangunan ini boleh mendengar suaranya," kataku. "Anjing yang menyalak tak akan menggigit," jawab Ali dengan tenang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(27)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
non-verbal behaviortingkah laku bukan lisanPsikologiPsikologi UmumSebarang bentuk tingkah laku yang berupa bahasa gerak-geri, sentuhan, ekspresi muka atau gerak isyarat yang dipamerkan sewaktu berkomunikasi. Contohnya, mempamerkan muka marah menunjukkan perasaan individu yang sangat marah.
primary emotionemosi primerPsikologiPsikologi UmumEmosi yang paling asas yang dibahagikan kepada lapan jenis, iaitu takut, sedih, kejutan, jengkel, marah, antisipasi, seronok dan percaya. Emosi primer boleh bergabung untuk menghasilkan emosi dengan nama yang lain. Contohnya, seorang kanak-kanak yang merasa seronok tetapi takut ketika memakan ais krim kepunyaan kakaknya akan menghasilkan emosi rasa bersalah. Begitu juga perasaan cemburu yang muncul daripada gabungan emosi cinta, marah dan takut.
road ragebaran jalananUmumTiadaRasa marah pemandu kenderaan yang disebabkan oleh tindakan pemandu lain.
catharsiskatarsisPsikologiPsikologi UmumTindakan menyalurkan perasaan marah dan tegang terhadap perkara lain yang tidak mendatangkan bahaya supaya tidak dipendamkan sehingga memudaratkan diri. Contohnya, seorang bapa yang memarahi anaknya yang ponteng sekolah akan melepaskan kemarahan tersebut kepada rakan sekerjanya.
displacement mechanismmekanisme pindah gantiPsikologiPsikologi UmumMekanisme bela diri yang digunakan oleh individu untuk menghindari rasa malu, marah, atau yang tidak disenangi dengan mengalihkan perasaan tersebut kepada gantiannya. Contohnya, pekerja yang dimarahi ketuanya di pejabat akan menghamburkan perasaan jengkelnya kepada sesiapa sahaja di rumah seperti isteri, anak-anak, pembantu rumah atau haiwan peliharaannya. Sinonim mekanisme pengalihan.
empathic distressdistres empatikPsikologiPsikologi UmumPerasaan tidak selesa yang ditimbulkan oleh persepsi individu terhadap penderitaan orang lain. Contohnya, individu yang marah bagi pihak orang lain didorong oleh motivasi untuk mendapatkan pengiktirafan atau untuk melegakan perasaannya sendiri.
overgeneralizationterlebih generalisasiPsikologiPsikologi UmumPenggunaan sesuatu perkataan yang merangkumi perkara yang terlalu banyak. Menurut Ellis yang mempelopori terapi tingkah laku emosi rasional menyatakan bahawa individu yang berada dalam keadaan beremosi dan marah akan berkecenderungan untuk membuat generalisasi secara berlebihan. Mereka mungkin menjangka atau membuat anggapan bahawa seseorang amat buruk sifatnya dengan hanya melakukan satu kesalahan sahaja. Contohnya, seorang lelaki yang gagal memiliki gadis idamannya akan merasakan dirinya dibenci oleh semua orang dan menghadapi masa hadapan yang gelap.
emotionemosiPsikologiPsikologi UmumKeadaan yang dicirikan oleh perubahan fisiologi dan psikologi yang biasanya dapat dilihat menerusi air muka seseorang. Perkataan ini berasal dari Greek yang bermaksud bergerak, iaitu emosi boleh membuatkan individu bergerak untuk melakukan sesuatu. Apabila perasaan takut, marah atau gembira menyerang individu, badannya akan dirangsang atau dimotivasikan untuk bertindak melakukan sesuatu seperti melarikan diri, menyakitkan orang lain atau ketawa riang. Emosi biasanya dikaitkan dengan tingkah laku adaptif seperti menyerang, melarikan diri, mencari keselesaan, menolong orang lain dan sebagainya. Tingkah laku sedemikian akan membantu individu untuk meneruskan kehidupannya. Perubahan emosi boleh berlaku dalam pelbagai bentuk seperti perubahan dalam kadar denyutan jantung, peningkatan tekanan darah serta perubahan fizikal seperti yang ditunjukkan melalui tangan yang menggeletar, bulu roma meremang dan sebagainya.
limbic systemsistem limbikPsikologiPsikologi UmumBahagian atau gugusan tisu otak yang terdiri daripada struktur penting seperti hipotalamus, talamus, badan mamilari, girus singulata, hipokampus dan amigdala. Sistem limbik dianggap sebagai pangkal primitif otak yang sangat berkait dengan kelahiran emosi manusia dan haiwan. Sistem ini berfungsi sebagai pusat emosi dan motivasi, marah, takut, respons seksual dan bangkitan yang tinggi.
just world hypothesishipotesis dunia adilPsikologiPsikologi UmumHipotesis tentang tingkah laku atribusi manusia yang suka mengaitkan tingkah laku dengan suatu situasi atau disposisi. Menurut hipotesis ini, individu percaya bahawa dunia ini adil dan keadilan itu tetap wujud. Manusia yang baik akan dibalas dengan ganjaran atau kebaikan manakala yang jahat pula akan menerima hukuman yang setimpal. Contohnya, jika individu secara tidak sengaja ditembak oleh polis, perasaan marah akan reda apabila masyarakat memikirkan bahawa individu yang mati tertembak itu tidak sepatutnya berada ditempat kejadian.
12

Kembali ke atas