Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mar.kah] | مرکه

Definisi : 1. tanda, tanda pd tali penduga; garis ~ garis tanda; 2. angka yg diberikan pd mata pelajaran dlm peperiksaan dll (sbg ukuran bagi mutu jawaban kpd soalan): dia berazam hendak mendapat ~ yg tertinggi dlm ujian tawarikh nanti; memarkahi memeriksa dan memberi mar­kah kpd (kertas jawaban peperiksaan dsb): kertas jawaban mereka tidak dikenali oleh orang-orang yg ~ kertas itu; pemarkahan perihal (cara dsb) memberi markah kpd sesuatu, penentuan atau pem­berian markah: ~ ujian ini ialah 100% objektif; pemarkah pemeriksa atau penguji yg mem­berikan markah: ~ tidak mempunyai ruang utk berlaku tidak adil; ujian berbentuk esei juga boleh diberi markah secara objektif, tetapi biasanya agak sukar dan ~ cenderung utk menjadi subjektif. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mar.kah] | مرکه

Definisi : angka yg diberikan utk menunjukkan kemajuan murid dlm sesuatu mata pelajaran ketika diadakan ujian atau peperiksaan: Dia telah mendapat ~ penuh utk ilmu hisab. memarkahi memeriksa dan memberi markah kpd: Para pemeriksa ~ kertas ujian itu. pemarkahan perbuatan atau cara memarkahi sesuatu: Sistem ~ yg adil telah dilaksanakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata markah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Semua markah peperiksaan adik tinggi. Adakah penggunaan kata adjektif "tinggi" sesuai dalam ayat ini? jika tidak, apakah yang sepatutnya?Kata adjektif yang digunakan betul.Tatabahasa20.11.2012
Selamat pagi : 1.Bagi murid tahun 1 dan 2 , jika mereka menulis ayat a.Ali sedang bersenam.( 3 markah ) Pada pendapat tuan , berapakah markah dapat diberi untuk ayat itu??? 2.Betulkah semua kata kerja berimbuhan MeN- mesti diikuti dengan objek?????.Jika murid menulis kata kerja tak transitif CTHnya:Kassim membaca di dalam dewan.Ayat ini betul????Dapat markah ???1. Ayat tersebut betul dan lengkap. 3 markah adalah memadai bergantung pada jumlah dan bentuk soalan yang lain. 2.Tidak semua kata kerja diikuti dengan objek, misalnya memberontak atau menangis. Ayat "Kassim membaca di dalam dewan" itu betul.Tatabahasa14.08.2007
Adakah dibolehkan memulakan ayat dengan perkataan UNTUK seperti ayat ini: Untuk markah terperinci sila rujuk borang rubrik. Adakah lebih tepat sekiranya "Sila rujuk borang rubrik untuk markah terperinci" Mohon penjelasan, terima kasih.Ayat yang betul ialah "Sila rujuk borang rubrik untuk melihat markah terperinci"Tatabahasa15.07.2019
Antara a dan b di bawah yang mana betul ayatnya? a. Jelaskan 2 cara mengekalkan kedaulatan? (4 Markah) ATAU b. Jelaskan 2 cara mengekalkan kedaulatan berserta contoh (4 Markah)Kedua-dua cadangan jawapan yang diberikan betul. Untuk cadangan jawapan b, yang betul ialah Jelaskan 2 cara mengekalkan kedaulatan berserta contoh. (4 Markah)Tatabahasa19.03.2021
Tuan, betulkah ayat penyata ini? guru mengira markah khemah kumpulan manakah paling cantik. Betulkah penggunaan kata manakah sebagai kata soal yang digunakan dalam ayat penyata. minta penjelasanAyat yang gramatis ialah guru mengira markah khemah kumpulan yang paling cantik. Seperti yang tuan maklum, kata tanya tidak digunakan dalam ayat penyata.Tatabahasa08.11.2012
Selamat pagi: 1.Sebagai guru, adakah ayat berikut boleh diberi markah: a.Saya sedang menyiram. b.Bapa saya sedang memasak. 2.Apakah yang dimaksudkan dengan ayat inti? 3.Pada pendapat tuan , untuk murid-murid tahun 1 dan 2 jika mereka menulis ayat seperti (a) dan (b ) , wajarkah markah diberikan kepada mereka? terima kasih atas bantuan daripada tuan.Ayat inti atau ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Ayat yang lebih gramatis adalah : saya sedang menyiram bunga; Bapa saya sedang memasak nasi. Oleh sebab ayat yang diberikan tidak lengkap maka mereka tidak boleh diberi markah penuh.Tatabahasa07.08.2007
1.Apakah kata ganda untuk ibu bapa? Ibi-ibu bapa? Ibu bapa-ibu bapa? 2.Ratna endapat (mata/markah) yang tinggi dalam ujuan BMnya. Terima kasih.1. ibu bapa-ibu bapa
2. markah
Tatabahasa07.08.2014
saya nak tnya, penggunaan tanda koma sebelum perkataan "yang", adakah ia kesalahan tatabahasa? cth: 1. Berikan markah ini kepada pelajar, yang mendaftar 2. tandakan sebagai belum dimain, yang termasuk saluran lama
Ayat yang betul ialah berikan markah ini kepada pelajar manakala ayat kedua tidak gramatis dan pancangan "yang" tidak sesuai digunakan.
Lain-lain11.04.2018
Kalsom Lajim Saya berminat untuk mempelajari dan mendalami ilmu permainan SAHIBBA dalam aspek pengiraan markah dan peraturan permainan..bolehkah pihak tuan emailkan kepafa saya maklumat tersebut.Terima kasih. Saya berminat untuk mempelajari dan mendalami ilmu permainan SAHIBBA dalam aspek pengiraan markah dan peraturan permainan..bolehkah pihak tuan emailkan kepafa saya maklumat tersebut.Terima kasih.Terima kasih bersahabat dengan DBP. Puan boleh mencarinya melalui ww.google.com. Sungguhpun begitu, pihak kami sedaya-upaya membantu puan. Puan boleh menghubungi pegawai kami yang mengendalikan Pertandingan Sahibba Puan Zety Akhtar Jaffar di talian telefon 03-21479208 atau e-mel zeti@dbp.gov.myLain-lain17.04.2014
Salam perpaduan. Adakah penggunaan kata demi betul dalam ayat berikut ? Ahmad mengulangkaji pelajaran demi mendapat markah yang baik dalam peperiksaan. Terima kasih.Penggunaan kata "demi" dalam ayat tersebut betul. "Ahmad mengulang kaji pelajaran demi mendapat markah yang baik dalam peperiksaan."(betulkan ejaan mengulang kaji) Tatabahasa07.04.2020
12345

Kembali ke atas