Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mar.kah] | مرکه

Definisi : 1. tanda, tanda pd tali penduga; garis ~ garis tanda; 2. angka yg diberikan pd mata pelajaran dlm peperiksaan dll (sbg ukuran bagi mutu jawaban kpd soalan): dia berazam hendak mendapat ~ yg tertinggi dlm ujian tawarikh nanti; memarkahi memeriksa dan memberi mar­kah kpd (kertas jawaban peperiksaan dsb): kertas jawaban mereka tidak dikenali oleh orang-orang yg ~ kertas itu; pemarkahan perihal (cara dsb) memberi markah kpd sesuatu, penentuan atau pem­berian markah: ~ ujian ini ialah 100% objektif; pemarkah pemeriksa atau penguji yg mem­berikan markah: ~ tidak mempunyai ruang utk berlaku tidak adil; ujian berbentuk esei juga boleh diberi markah secara objektif, tetapi biasanya agak sukar dan ~ cenderung utk menjadi subjektif. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata markah


Majalah

Dewan Budaya » 2012 » April
pencapaian mata pelajaran Matematik pelajarnya sedang mengalami krisis. Bahkan, kualiti pendidikannya turut berada di ambang kontroversi. Akhbar, Washington Post , pernah mengeluarkan sebuah rencana yang bertajuk, “Keyakinan Diri Tidak Semestinya Menjamin Markah Tinggi”. Menurut laporan akhbar tersebut, keputusan ujian antarabangsa pada 2003 dan tinjauan di 46 buah negara menunjukkan bahawa pelajar peringkat menengah yang paling mempunyai keyakinan diri di seluruh dunia ialah di Timur Tengah, Afrika dan AS. Daripada 10 buah negara yang menduduki ujian peringkat keyakinan tertinggi, hanya pelajar Israel dan AS memperoleh markah lulus. Namun, skor ujian mata pelajaran matematik mereka jauh lebih rendah daripada penuntut yang dianggap kurang keyakinan di Jepun, Korea, China (Hong Kong) dan Taiwan. ___ Rencana ini dipetik daripada

Kembali ke atas