Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mar.kah] | مرکه

Definisi : 1. tanda, tanda pd tali penduga; garis ~ garis tanda; 2. angka yg diberikan pd mata pelajaran dlm peperiksaan dll (sbg ukuran bagi mutu jawaban kpd soalan): dia berazam hendak mendapat ~ yg tertinggi dlm ujian tawarikh nanti; memarkahi memeriksa dan memberi mar­kah kpd (kertas jawaban peperiksaan dsb): kertas jawaban mereka tidak dikenali oleh orang-orang yg ~ kertas itu; pemarkahan perihal (cara dsb) memberi markah kpd sesuatu, penentuan atau pem­berian markah: ~ ujian ini ialah 100% objektif; pemarkah pemeriksa atau penguji yg mem­berikan markah: ~ tidak mempunyai ruang utk berlaku tidak adil; ujian berbentuk esei juga boleh diberi markah secara objektif, tetapi biasanya agak sukar dan ~ cenderung utk menjadi subjektif. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata markah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
scoreskorMatematikTiada1. Markah bagi sesuatu ujian. 2. Sesuatu nilai bagi anu atau pemboleh ubah tertentu yang biasanya diperoleh daripada pencerapan atau pengukuran. Nilai tersebut mungkin merupakan salah satu daripada seset data.
frequency tablejadual kekerapanMatematikTiadaJadual yang menunjukkan kekerapan-kekerapan yang terhasil daripada seset data. Contoh: markah ujian Matematik bagi satu kelas Tingkatan V yang mengandungi 28 orang murid ialah 70, 55, 85, 40, 55, 60, 75, 75, 45, 50, 84, 80, 70, 42, 78, 58, 40, 44, 54, 58, 68, 64, 72, 68, 62, 52, 55, dan 50.

Kembali ke atas