Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.dan] | ميدن

Definisi : /médan/ 1 tanah lapang tempat mengadakan perlumbaan dll; padang; gelanggang: ~ perang kawasan tempat berperang. 2 lingkungan atau bidang sesuatu perkara: ~ politik lapangan politik; ~ orang pandai-pandai lingkungan pergaulan orang pandai-pandai. ~ elektrik ist kawasan yg mengandungi cas elektrik yg disebabkan pengaruh sesuatu jasad yg mempunyai cas elektrik. ~ graviti ist kawasan di sekitar sesuatu jasad yg sesuatu jasad lain mengalami daya tarikan graviti terhadap jasad tsb. ~ magnet kawasan di sekeliling magnet yg ada daya magnetnya atau ada tarikan magnetnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[mé.dan] | ميدن

Definisi : (médan) 1. tanah lapang, padang (utk berlumba dll), gelanggang, alun-alun; 2. kawa­san yg terhad (utk sesuatu); 3. ki arena, kala­ngan, kawasan, lapangan, lingkungan; ~ ais (Geog) kawasan ais terapung yg luas, terutamanya di kawasan kutub; ~ elektrik (Fiz) kawasan bercas yg disebabkan pengaruh elektrik sesuatu jasad yg bercas; ~ graviti (Fiz) kawasan di sekitar jasad yg mengenakan daya tarikan graviti terhadap jasad lain; ~ (daya) magnet (Fiz) kawasan sekeliling magnet yg tenaganya masih boleh dikesan; ~ perang tempat ber­lakunya sesuatu peperangan; ~ politik lapang­an politik; ~ ramai orang ramai, khalayak ramai; ~ selera tempat terdapatnya banyak gerai yg menjual berbagai-bagai jenis makanan utk orang ramai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
medan (kata nama)
Bersinonim dengan kancah, gelanggang, arena, padang, tanah lapang, kawasan, lapangan, lingkungan, kalangan, alun-alun.,

Puisi
 

Buah betik dari Medan,
     Jual mari pasar Melaka;
Cantik bulan di kaki awan,
     Memancar-mancar mengeluar cahaya.


Lihat selanjutnya...(10)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
neutral pointtitik neutralFizikMekanikTitik yang di dalamnya terdapat medan-medan (seperti medan megnet) yang bertentangan berada dalam keadaan keseimbangan.
record layoutbentangan rekodTeknologi MaklumatTiadaSusunan struktur, jujukan dan saiz medan-medan data dalam rekod.
Boltzmann distribution principleprinsip taburan BoltzmannKejuruteraanTiadaPrinsip bagi taburan statistik bilangan zarah yang besar yang terkena goncangan terma, medan magnet, medan elektrik, medan graviti dan medan lain.
quantum field theoryteori medan kuantumFizikModenTeori kuantum tentang sistem fizik yang mempunyai nombor darjah kebebasan yang tak terhingga, misalnya medan elektromagnet, medan graviti, atau medan gelombang di dalam suatu medium.
field sync pulsedenyut segerak medanKejuruteraanTiadaDenyut untuk memulakan sapuan medan dan pembentukan medan semasa pemadaman medan berlaku.
retarded fieldmedan terbantutFizikModenKekuatan medan elektrik atau medan magnet yang terhasil daripada keupayaan terbantut. medan terencat.
electromagnetic fieldmedan elektromagnetKimiaTiadaMedan daya yang setara dengan medan elektrik dan medan magnet pada sudut tepat di antara satu sama lain dan dengan arah perambatan.
FieldMedanSains dan TeknologiHidrologiMedan skalar (misalnya, tekanan), vektor (misalnya, halaju), tensor (misalnya, tegangan) ialah domain yang di setiap titiknya nilai skalar, vektor, tensor dan sebagainya, misalnya medan tekanan, medan halaju dan sebagainya dapat ditentukan.
field strengthkekuatan medanKejuruteraanTiadaMagnitud vektor sama ada medan magnet atau medan elektrik pada titik tertentu di dalam medan.
liner of forcegaris dayaFizikElektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetangaris khayalan di dalam medan daya seperti medan elektrik dan magnet, dan tangen kepada garis tersebut pada mana-mana titik akan menunjukkan arah medan pada titik tersebut. Bilangan garis tersebut per unit luas yang serenjang kepada medan mewakili keamatan medan.
12345678910...

Kembali ke atas