Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata media


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MEDIA

Media lihat Akhbar; Majalah; Pengiklanan

(Kaedah pengiklanan); Radio; Televisyen.

UMUM 
MEDIA MASSA

Media massa lihat Komunikasi; Pengiklanan

(Kesan sosial).

UMUM 
PERCETAKAN

Percetakan ialah satu daripada media

komunikasi massa yang amat penting, seiring

dengan radio, televisyen, dan filem. Percetakan

menjadi asas kepada kebanyakan sistem

pendidikan kita. Perniagaan moden bergantung

pada percetakan untuk semua perkara, daripada

slip penyata jualan kepada wang dan sijil saham.

Pengiklanan bergantung sebahagiannya pada

percetakan untuk menjual barangan.

UMUM 
MAJUSI

Majusi ialah anggota keturunan kelas paderi

dari Media, kerajaan purba yang terletak di

kawasan yang kini dikenali sebagai utara Iran.

Seseorang anggota kelas tersebut dipanggil

Magus. Majusi dikenali sebagai pengamal magis,

pentafsir mimpi dan petanda sesuatu kejadian

serta mempersembahkan korban astrologi.

UMUM 
MULTIMEDIA

Multimedia ialah kombinasi teks, grafik, bunyi,

fotograf, filem, dan media lain yang dikawal oleh

komputer. Program multimedia boleh digunakan

dalam pendidikan, hiburan, latihan kerja, dan

pelbagai bidang lain.

UMUM 
RAUSCHENBERG, ROBERT

Rauschenberg, Robert (1925– ) ialah ahli

seni lukis Amerika yang menjadi masyhur kerana

percubaannya dengan berbagai-bagai bahan,

teknik, media, dan gaya. Usahanya mengkaji dan

mewujudkan bentuk ekspresi yang baru memberi

inspirasi kepada ramai pelukis.

UMUM 
UTUSAN MELAYU PRESS LTD.

UTUSAN MELAYU PRESS LTD., organisasi media yang terulung di Malaysia.  Utusan Melayu Press Ltd. ditubuhkan pada tahun 1938 di Singapura.  Penerbit ini ditubuhkan untuk menerbitkan akhbar Utusan Melayu sebagai wadah perjuangan orang Melayu menentang penjajahan dan menyemarakkan perjuangan bagi kepentingan bangsa, agama dan negara.  Pejabat Utusan Melayu Press Ltd., pada mulanya terletak di sebuah bangunan kedai tiga tingkat di Queen Street dan kemudiannya berpindah ke Cecil Street.  Antara pengasas Utusan Melayu adalah Yusof Ishak, Daud Mohammad Shah, Haji Embok Soloh, Haji Abdul Hamid Haji Mohammad, Tengku Abdul Kadir Mohamad, Haji Ismail Haji Mohamad Taib, Embok Abdul Ghani, Haji Omar dan Abdul Jalil Haji Harun.  Dengan modal permulaan sebanyak $12,290.00, lahirlah Utusan Melayu Press Ltd., pada 19 Mei 1939.

SASTERAInstitusi/Organisasi
PERPUSTAKAAN

Perpustakaan . Perpustakaan merupakan suatu

bahagian yang amat penting dalam sistem

pendidikan di dunia dan dalam proses menyimpan

dan mendapat kembali maklumat. Perpustakaan

menyediakan pengetahuan yang telah dikumpulkan

dari zaman ke zaman melalui buku, filem, rakaman,

dan media lain. Manusia dari semua lapisan

masyarakat, termasuk pelajar, guru, eksekutif

perniagaan, pegawai kerajaan, para sarjana, dan ahli

sains, menggunakan sumber yang ada di

perpustakaan untuk kerja mereka. Sebilangan besar

daripada orang awam turut mengunjungi

perpustakaan untuk memenuhi keperluan menimba

ilmu pengetahuan atau untuk mendapatkan bahan

bagi kegiatan masa lapang mereka. Di samping itu,

ramai orang menikmati perbincangan buku,

pertunjukan filem, kuliah, dan kegiatan lain yang

diaturkan oleh perpustakaan tempatan mereka.

UMUM 
ASSOCIATED PRESS (AP)

Associated Press (AP) ialah salah satu

perkhidmatan pengumpulan berita yang terbesar

di dunia dan salah satu daripada dua

perkhidmatan berita umum di Amerika Syarikat.

Yang satu lagi ialah United Press International

(UPI). AP mengedarkan berita-berita

antarabangsa, wilayah dan tempatan kepada

media di seluruh dunia.

UMUM 
SEKATA

SEKATA, jurnal yang diusahakan dan diterbitkan oleh Jawatankuasa Bahasa Melayu Singapura.  Jawatankuasa ini diletakkan di bawah Kementerian Perhubungan dan Penerangan yang dianggotai oleh tokoh bidang pendidikan dan media massa.  Jurnal ini diterbitkan sebanyak dua kali iaitu pada bulan Jun dan Disember setiap tahun.  Jurnal ini telah diterbitkan buat pertama kalinya pada bulan Jun 1984 dan diikuti oleh bilangan 2 pada bulan Disember 1984. 

BAHASAKitab
12

Kembali ke atas