Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.dia] | ميديا

Definisi : (média) alat atau perantara dlm komunikasi atau dlm perhubungan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[mé.dia] | ميديا

Definisi : (média) alat atau perantara komunikasi (perhubungan), spt radio, televisyen dan akhbar; ~ am pelbagai jenis saluran atau perantara komunikasi, alat atau saluran komunikasi amnya atau keseluruhannya; ~ cetak alat atau saluran komunikasi yg berupa bahan cetakan atau terbitan (spt surat khabar, majalah, dll); ~ elektronik alat atau saluran komunikasi yg berupa atau yg menggunakan alat-alat elek­tron moden (spt radio, televisyen, dll); ~ massa pelbagai jenis alat komunikasi (spt televisyen, radio, surat khabar, majalah, dsb) yg dapat menyampaikan maklumat (berita dsb) kpd orang ramai dgn cepat (dlm masa yg singkat), sebaran am. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata media


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mediamediaKomunikasiKorporatSaluran atau perantara yang digunakan oleh pengiklan untuk menyebarkan mesej kepada khalayak sasaran. Media boleh dikelompokkan kepada dua jenis utama, iaitu media masa dan media interaktif. Media massa mempunyai ciri yang berkemampuan untuk menghubungi pelbagai khalayak pada sesuatu masa dalam kadar segera dan serentak. Contoh media massa ialah radio, televisyen, filem, dan akhbar. Media interaktif pula mempunyai ciri bersifat langsung dan peribadi. Contohnya, laman web, Internet, dan komunikasi antara perseorangan. Sifat kedua-dua media berkenaan menjadi panduan kepada pengiklan untuk merancang strategi pengiklanan masing-masing. Strategi ini adalah untuk menentukan kesesuaian pengiklanan barangan dengan jenis saluran dan persembahan mesej. Bagi syarikat besar, pendekatan menggunakan kedua-dua media merupakan amalan biasa. Matlamatnya adalah untuk mencapai keberkesanan penyebaran mesej.
media regulationpengawalan mediaKomunikasiKorporatPeraturan, akta, dan undang-undang yang digunakan untuk mengawasi aktiviti media dan mempunyai implikasi terhadap aktiviti media. Aktiviti media termasuklah membentuk dan menguruskan syarikat atau organisasi media; mengumpul, menyusun dan menerbitkan kandungan media; serta aktiviti menyebarkan dan menggunakan kandungan media. Tujuannya adalah untuk memantau dan mengawal aktiviti media cetak dan elektronik serta aktiviti lain yang berkaitan, seperti pengiklanan, perhubungan awam, dan sebarang aktiviti penyebaran maklumat dalam komunikasi korporat. Peraturan ini boleh dikenakan oleh kerajaan di pelbagai peringkat, sama ada pusat, negeri atau tempatan, dan boleh juga oleh persatuan yang mewakili profesion yang berkaitan dengan media. Antara pemantauan dan pengawalan yang terdapat di Malaysia termasuklah Akta Multimedia dan Telekomunikasi 1998, Akta Penapisan Filem 2005, dan Akta Kementerian Dalam Negeri 1948 dan pindaan yang dibuat selepasnya. Akta Pengguna, serta semua dasar negara yang berkaitan dengan media.
media buyerpembeli mediaKomunikasiKorporatPihak yang terdiri daripada pelaksana, pengawas, dan penilai perancangan media yang berfungsi untuk menyediakan maklumat, memilih, merundingkan kos, dan mengawasi pemilihan media. Mereka juga bertanggungjawab dalam menilai keberkesanan pemilihan media selepas sesuatu kempen media dijalankan. Contoh pelaksanaannya ialah pembeli media akan berunding dengan pihak media cetak atau elektronik untuk mendapatkan potongan harga ruang iklan. Kemudian pembeli media akan menjual masa yang dirundingkan itu kepada pihak pengiklan. Apabila iklan telah tersiar, pembeli media akan menilai dan mengenal pasti sama ada iklan tersebut tersiar dan berkesan seperti yang dirundingkan. Contoh seterusnya ialah pembeli media sebagai pelanggan yang akan mengadakan perundingan dengan wakil media untuk memilih wakil media yang berupaya dan berwibawa mewakilinya sebagai pengiklan. Dalam perundingan tersebut, wakil media perlu bersaing untuk membuktikan keupayaan dan kewibawaan masing-masing melalui sokongan hujah dan fakta statistik untuk
global mediamedia sejagat/media globalKomunikasiTiadaTiada
media exposurededahan mediaKomunikasiKorporatPola pendedahan khalayak terhadap mesej yang disalurkan melalui media. Terdapat dua perspektif kepentingan dedahan media. Pertama, kepentingan kepada media yang menyiarkan kempen promosi. Kedua, kepentingan kepada barangan dan agensi yang terlibat dalam kempen promosi. Dalam konteks pertama, dedahan media dilihat dari segi jumlah dan pola khalayak yang terdedah kepada media dalam sesuatu masa tertentu. Lebih tinggi jumlah khalayak dan lebih pelbagai pola khalayak yang terdedah kepada media dalam sesuatu tempoh masa, lebih tinggi nilai ruang pengiklanan dan promosi yang ditawarkan kepada agensi pengiklanan. Konteks kedua, memberikan kepentingan kepada agensi pengiklanan dari segi memahami khalayak sesuatu barangan dan merancang strategi pengiklanan. Lebih banyak dan lebih terkini maklumat mengenai pola dedahan khalayak kepada sesuatu barangan dan perkhidmatan yang dipromosikan melalui sesuatu media, lebih mudah bagi agensi pengiklanan untuk menguruskan strategi peletakan barangan. Maklumat mengenai pola dedaha
cost per thousand (CPM)kos per ribuKomunikasiTiadaKos pengiklanan bagi setiap seribu rumah dalam sesuatu khalayak media. Pihak perancang media menggunakan kos ini untuk membuat perbandingan kos dengan media-media yang lain.
local mediamedia tempatanKomunikasiKorporatMedia yang digunakan untuk menyebarkan maklumat hal ehwal awam dan pemasaran barangan atau perkhidmatan kepada khalayak di sesuatu lokasi geografi, sama ada di kawasan perbandaran, negeri, atau wilayah di sesebuah negara. Aktiviti publisiti dan promosi yang menggunakan media tempatan biasanya bertujuan untuk memenuhi matlamat yang tidak boleh dicapai dengan menggunakan pendekatan media nasional. Hal ini disebabkan kawasan atau penempatan mempunyai ciri halangan sosiobudaya tersendiri yang memerlukan kaedah penyelesaian pada peringkat tempatan. Di Malaysia, media tempatan ditakrifkan sebagai media yang siaran dan edarannya terbatas dalam negara. Kandungan maklumat siaran pula pelbagai serta melibatkan berita tempatan dan luar negara. Selain menggunakan media cetak atau media elektronik, aktiviti publisiti, pemasaran, pengiklanan, dan promosi juga boleh dilakukan melalui sepanduk, pepanji, dan iklan jalanan.
news conference/ press conference/ media conferencesidang mediaKomunikasiKorporatPertemuan yang diadakan oleh pihak pengurusan organisasi dengan para wartawan yang mewakili agensi media cetak dan media elektronik. Pengurusan sidang media merupakan salah satu fungsi penting bahagian perhubungan awam. Tujuan utama pertemuan ini antaranya untuk menyampaikan perkembangan terbaru organisasi, menjelaskan sesuatu isu yang berkaitan dengan organisasi, dan menerangkan pendirian organisasi mengenai sesuatu perkara yang berkepentingan dengan organisasi. Semasa pertemuan dengan media, pihak pengurusan tertinggi organisasi bertindak sebagai jurucakap untuk meningkatkan kewibawaan dan kesahihan maklumat yang disampaikan. Maklumat bertulis biasanya diedarkan kepada wakil media sebagai pelengkap kepada maklumat yang disampaikan secara lisan. Maklumat bertulis juga berfungsi sebagai rujukan kepada wakil media untuk mengemukakan soalan sewaktu sesi soal jawab.
media traininglatihan mediaKomunikasiKorporatLatihan yang dilaksanakan bagi mengorientasikan petugas perhubungan awam mengenai budaya media dan kaedah pelaksanaan kerja dalam organisasi media. Jenis latihan tersebut termasuklah pengenalan agensi media yang beroperasi dalam sesebuah negara, sistem pengurusan, dan gaya penulisan berita dalam sesebuah agensi media. Tujuannya adalah untuk membantu petugas perhubungan awam memahami cara media beroperasi dan dapat membezakan gaya penulisan yang diamalkan oleh sesebuah organisasi media. Selain itu, para petugas perhubungan awam sesebuah organisasi dilatih untuk mengendalikan petugas media dan aspek lain yang berkaitan dengan media. Latihan ini diberikan dari semasa ke semasa secara formal dan tidak formal, dirancang sendiri oleh organisasi atau melalui program latihan yang distruktur oleh institut atau badan profesional. Hasil latihan, petugas media boleh mendapat pengiktirafan dalam bentuk sijil, diploma, atau ijazah yang dikeluarkan oleh agensi yang diiktiraf.
print mediamedia cetakKomunikasiKorporatSistem dan alat penyaluran maklumat daripada sumber kepada khalayak secara bercetak. Media cetak bertindak sebagai sistem apabila proses pengumpulan dan penyebaran maklumat menggunakan tatacara dan proses tertentu yang ditetapkan oleh sistem dalam sesebuah masyarakat. Media cetak bertindak sebagai alat pula apabila media digunakan untuk menyebarkan maklumat. Pengurusan maklumat melalui media cetak tertakluk kepada persetujuan sistem yang diwujudkan. Dalam komunikasi korporat, media cetak bertindak sebagai alat penyaluran maklumat organisasi kepada khalayak. Maklumat boleh dalam bentuk tulisan dan visual. Media tersebut menyediakan ruang cetakan kepada pihak pengiklan untuk mempromosikan maklumat barangan atau perkhidmatan kepada khalayak. Berdasarkan teori difusi yang dikemukakan oleh Everret M. Rogers (1962), penggunaan media cetak berkesan bagi sebarang kempen yang bertujuan untuk mewujudkan kesedaran dan minat khalayak terhadap mesej pengiklanan barangan atau perkhidmatan.
12345678910...

Kembali ke atas