Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.ti] | ملاتي

Definisi : nama sj pokok atau bunganya; bunga melur, Jasminum sambac. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.la.ti] | ملاتي

Definisi : bunga melur, Jasminum sambac (pube-scens); ~ tongkeng sj tumbuhan (pokok me­manjat), bunga tongkeng, Telosma cordata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melati

Puisi
 

Pokok melati sedang naik,
     Daunnya hilang subur dan sihat;
Biar mati nama yang baik,
     Jangan mati nama yang jahat.


Lihat selanjutnya...(24)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Jika nama bunga seperti ayat ini -Nama aku melati putih. Adakah Melati Putih dikira sbg Kata Nama Khas. Contoh lain-Bunga Raya

  

Kata Nama Khas mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar.  Kata nama khas dibahagikan kepada: (i) kata nama khas hidup (manusia dan bukan manusia); (ii) kata nama khas tak hidup. Contoh kata nama khas hidup ialah Tun Abdul Razak, Belang, Vanda Diana (orkid); kata nama khas tak hidup ialah Kuala Lumpur, Ahli Mangku Negara, Proton Preve.

Perkataan durian belanda, bunga ros, bunga raya tergolong dalam kata nama am dan dieja dengan huruf kecil sekiranya dalam ayat. Bagi penulisan tajuk, lazimnya ditulis dengan huruf besar di awal perkataan kecuali kata hubung yang ditulis dengan huruf kecil.

Tatabahasa17.07.2017
Cantik kembang bunga melati, Tumbuh sebatang di tepi kota, Hilang tumbuh patah berganti, Adat pusaka terpelihara juga. Pergi ke pulau menggali ubi, Singgah ke beting dilayar juga, Sepuluh kali kita berbudi, Kalau miskin terbung jua. Pijak galah sambil berlari, Rupanya hujung sudah patah, Banyakkan usaha pada diri, Masa diri muda dan mentah. Jika masak pisang setandan, Mari disimpan dalam kereta, Jika ada tuah di badan, Kaca kupegang jadi permata. Kajang tuan kajang berlipat, Kajang saya mengkuang layu, Dagang tuan dagang bertempat, Dagang saya sidagang lalu. Anak Cina bertimbang madat, Dari Makasar langsung ke Deli, Hidup di dunia biar beradat, Bahasa tidak dijual beli. apa tajuknya? dan siapa yang tulis?Jenis puisi yang di atas ialah puisi Melayu Tradisional yang dikenali sebagai PANTUN. Pantun ialah sejenis puisi Melayu lama yang diwarisi oleh orang Melayu daripada nenek moyang mereka sejak zaman-berzaman. Oleh itu, pantun tidak mempunyai pencipta yang khusus, kerana ia bersifat warisan. Secara keseluruhan pula, pantun di atas bertemakan budi dan adat bangsa Melayu.Lain-lain23.06.2008
Salam Negaraku Malaysia. Semoga tuan sihat walafiat dan sentiasa dilimpahi rahmat daripada Yang Maha Kuasa. Saya mempunyai beberapa persoalan. Soalan 1. Di PLANMalaysia (Jabatan Perangan Bandanr dan Desa) ejaan "PLANMalaysia" dieja sedemikian memandangkan imej dan identiti PLANMalaysia. Walau bagaimanapun, timbul kekeliruan dalam kalangan pegawai untuk mengeja tajuk surat. Contoh: SENARAI NAMA PESERTA HARI KEBANGSAAN PLANMalaysia ataupun SENARAI NAMA PERSETA HARI KEBANGSAAN PLANMALAYSIA Mana yang betul? Soalan 2: Bagaimana menulis contoh gelaran Dr., Ir., dalam huruf besar. Adakah IR. DR. ALBA? Adakah perlu noktah selepas Dr. dan Ir.? Sekian, terima kasih. Salam hormat|Regards , ALBASYA'ARI ABDUL LATIF Pegawai Perhubungan Awam|Public Relations Officer PLANMalaysia | PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) | (Department of Town and Country Planning) Tingkat 2, Blok Melati | 2nd Floor, Melati Block 50646 Jalan Cenderasari Kuala Lumpur Tel : 03-2265 0608 Fax : 03-2265 06041. Untuk urusan rasmi seperti tajuk surat, perlu menggunakan nama penuh, iaitu Jabatan Penerangan Bandar dan Desa. Contoh, SENARAI NAMA PESERTA HARI KEBANGSAAN DI JABATAN PENERANGAN BANDAR DAN DESA (PLANMalaysia)
2. Untuk setiap kependekkan, perlu diletakkan titik dan tidak perlu ditulis dengan menggunakan huruf besar keseluruhannya. Ini bermaksud, ejaan yang betul ialah Ir. dan Dr.
Lain-lain03.01.2018
Keghairahan pelajar menulis ayat bombastik ada kalanya menimbulkan masalah untuk memahami maksud yang hendak disampaikan. Saya mohon untuk diteliti ayat di bawah gramatis atau tidak: Pada era globalisasi tanpa limitasi ini,dalam menongkah arus pemodenan, akhlak mulia remaja telah kita alpa dan lalaikan. Akhlak mulia remaja semakin lama semakin runtuh...

Selamat petang Puan Melati,

Memadai sekiranya pelajar puan menulis seperti ayat yang di bawah:

Pada era globalisasi ini, dalam menongkah arus pemodenan, akhlak mulia remaja telah kita abaikan. Akhlak mulia remaja semakin lama semakin runtuh...

Tatabahasa15.10.2012
1. kerajaan telah mendirikan/menjadikan rumah-rumah kos rendah kepada rakyat yang berpendapatan rendah. 2. Encik Pang ialah Guru Besar sekolah ini. Adakah 'Guru Besar' perlu huruf besar dalam ayat ini. saya berpendapat guru besar harus dihuruf kecilkan tetapi buku kerja yang saya gunakan kata tidak ada kesalahan. jadi saya meminta tuan tolong jelaskan. 3. Halaman rumah Puan Tan amat luas sekali. 4. Di dalam bakul itu apa? 5. Dia merupakan salah seorang penjenayah yang paling dikehendaki oleh pihak polis. Adakah ayat 3 hingga 5 itu mmempunyai kesalahan? Jika ya saya meminta jasa baik tuan tolong terangkan kesalahan tersebut. sekian terima kasih.

1. Ayat yang betul ialah: Kerajaan telah mendirikan rumah kos rendah kepada rakyat yang berpendapatan rendah.

2. Encik Pang ialah guru besar sekolah ini. Guru besar perlu ditulis dengan huruf kecil kerana guru besar ialah kata nama am. Walau bagaimanapun, jika menyatakannya secara terperinci misalnya Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Melati, perlulah menggunakan huruf besar.

3. Halaman rumah Puan Tan amat luas sekali betul kerana kata penguat amat + kata adjektif + sekali boleh hadir serentak.

4. Ayat :Di dalam bakul itu apa adalah betul kerana apa ialah kata ganti nama diri tanya. Dalam susunan biasa, kata ganti nama tanya terletak di bahagian predikat. (Sila ruju buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halam 446) 

5.Ayat:Dia merupakan salah seorang penjenayah yang paling dikehendaki oleh pihak polis adalah betul.

Tatabahasa07.12.2009

Kembali ke atas