Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.ti] | ملاتي

Definisi : nama sj pokok atau bunganya; bunga melur, Jasminum sambac. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.la.ti] | ملاتي

Definisi : bunga melur, Jasminum sambac (pube-scens); ~ tongkeng sj tumbuhan (pokok me­manjat), bunga tongkeng, Telosma cordata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melati

Puisi
 

Pokok melati sedang naik,
     Daunnya hilang subur dan sihat;
Biar mati nama yang baik,
     Jangan mati nama yang jahat.


Lihat selanjutnya...(24)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MELATI SARAWAK

MELATI Sarawak, novel karya Muhammad Rakawi Yusuf yang dihasilkan sebelum Perang Dunia Kedua.  Novel ini dipercayai sebagai novel pertama di Sarawak dan antara novel terawal di Malaysia.   Proses mengarang novel ini diselesaikan pada penghujung tahun 1931.  Pada tahun 1932, novel ini diterbitkan dalam tulisan Jawi setebal 116 halaman oleh The Sarawak Printing Company. 

SASTERAPenerbitan
ARIFIN NGAH

Penulis.  Dia lahir pada 28 Mac 1939 di Kuala Terengganu, Terengganu.  Dalam bidang penulisan dia juga menggunakan nama samaran Moriffin SN dan Melati Timur.  Ariffin mendapat pendidikan asas di Sekolah Rendah Bukit Tunggal, Kuala Terengganu sebelum menyambung pendidikannya ke Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak dan Institut Bahasa, Kuala Lumpur.  Dia melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dalam bidang Penulisan Kreatif dan Deskriptif dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dengan kepujian.

SASTERATokoh
KAMARIAH SAADON

KAMARIAH SAADON (1920-    ), penulis cerpen dan novel. Dia lahir pada 20 Ogos 1920 di Johor Baru, Johor. Dia menggunakan nama samaran Kamariah Johor, Melati Tanjung Puteri dan Qamar. Dia mendapat pendidikan rendah di Johor Baru. Setelah menamatkan persekolahan, dia terpilih menjadi guru pelatih dalam kumpulan 24 guru perintis perempuan di Maktab Perguruan Perempuan Melayu, Durian Daun, Melaka (1935) yang merupakan satu-satunya institusi pendidikan tinggi untuk melatih guru.

SASTERATokoh
SALMI MANJA

SALMI MANJA, (1937 -      ), wartawan dan penulis Singapura.  Dia lahir pada 24 Julai 1937 di Singapura.  Nama sebenarnya ialah Saleha Abdul Rashid.  Nama samaran yang digunakannya ialah Melati Desa dan Rashidah Saleh.  Salmi mendapat pendidikan Inggeris dan Arab di Sekolah Inggeris Tong Chai, Tanjung Katund an Sekolah Arab Darul Maarif, Ipoh Lane, Singapura.  Selepas tamat sekolah menengah, dia bekerja sebagai guru agama di sekolah lamanya sebelum menceburkan diri dalam bidang kewartawanan.

SASTERATokoh

Kembali ke atas