Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melati

Puisi
 

Pokok melati sedang naik,
     Daunnya hilang subur dan sihat;
Biar mati nama yang baik,
     Jangan mati nama yang jahat.


Lihat selanjutnya...(24)

Pantun

PantunSumberTema
Melati berkembang waktu subuh, Seri indah pada bunganya; Hati siapa tidakkan luluh, Seluruh Nusantara terasa sakitnya.Pantun Melayu SARAWAKRampai Tsunami
Selasih melati tidak bersari, Terap digalas untuk pasaran; Sedih hati tidak terperi, Harap belas kasihnya jiran.Pantun Melayu SARAWAKNasib
Subur melati kembang menguntum, Daun kering jatuh bertabur; Suami berkahwin isteri tersenyum, Tidak bergigi makan bubur.Pantun Melayu SARAWAKKasih
Gugur melati bunga dikarang, Kumbang mencari ke mana-mana; Hancurlah hati hamba sekarang, Orang membenci apakan daya.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bunga melati di tengah padang, Mari dikutip anak Cina; Harimau mati meninggal belang, Manusia mati meninggalkan nama.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Bunga melati di dalam taman, Penyeri rumah dalam puan; Budi diingat sepanjang zaman, Nama terpahat di tugu pahlawan.Pantun Melayu SARAWAKSetia Bangsa
Gugur melati di makan kumbang, Layulah tangkai patah kelopak; Hancur hatiku bukan kepalang, Rindu tak sampai cinta ditolak.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bunga melati tumbuh di ceruk, Dialih mari ke dalam taman; Sekeping hati hancur remuk, Meranalah saya sepanjang zaman.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pokok melati sedang naik, Daunnya hilang subur dan sihat; Biar mati nama yang baik, Jangan mati nama yang jahat.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Wangilah kelopak bunga melati, Sesudah gugur baru dipangkas; Hati bengkak dihina bini, Sesudah tidur baru dibalas.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
12345

Kembali ke atas