Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.ti] | ملاتي

Definisi : nama sj pokok atau bunganya; bunga melur, Jasminum sambac. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.la.ti] | ملاتي

Definisi : bunga melur, Jasminum sambac (pube-scens); ~ tongkeng sj tumbuhan (pokok me­manjat), bunga tongkeng, Telosma cordata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melati

Puisi
 

Pokok melati sedang naik,
     Daunnya hilang subur dan sihat;
Biar mati nama yang baik,
     Jangan mati nama yang jahat.


Lihat selanjutnya...(24)

Pantun

SumberColumn1
Kurik Kundi Merah SagaBunga melati di tengah padang, Mari dikutip anak Cina; Harimau mati meninggal belang, Manusia mati meninggalkan nama.
Kurik Kundi Merah SagaPokok melati sedang naik, Daunnya hilang subur dan sihat; Biar mati nama yang baik, Jangan mati nama yang jahat.
Kurik Kundi Merah SagaBunga melati tumbuh di ceruk, Dialih mari ke dalam taman; Sekeping hati hancur remuk, Meranalah saya sepanjang zaman.
Kurik Kundi Merah SagaSungguh harum melati di taman, Ditiup angin jatuh ke riba; Biar hilang nyawa dan badan, Namun cinta tetap tak lupa.
Kurik Kundi Merah SagaSungguh harum melati di taman, Ditiup angin jatuh ke riba; Biar hilang nyawa dan badan, Namun cinta tetap tak lupa.
Kurik Kundi Merah SagaKapal belayar dari Melati, Hendak membawa barang tembaga; Kalau belayar lautan api, Memang berani berbuang nyawa.
Kurik Kundi Merah SagaDaun pandan bunga melati, Rendam di air waktu pagi; Baik cari bidan yang reti, Anakku lahir tak lepas lagi.
Kurik Kundi Merah SagaBanyak sungguh bunga melati, Bawa mari ke dalam pekan; Hidup kita lawan mati, Mana jahat kita tinggalkan.
Kurik Kundi Merah SagaBunga ros bunga melati, Harum semerbak di dalam taman; Besar sungguh hajat di hati, Untuk menyunting bunga di taman.
Kurik Kundi Merah SagaKembang melur kembang melati, Lalu dibungkus dalam kertas; Di dalam terang lagi menanti, Inikan pula barang yang lepas.
123

Kembali ke atas