Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lé.wati] | مليواتي

Definisi : 1 melebihi (had); melampaui: Kelakuan gadis itu sudah ~ batas. 2 melalui; melintasi; lalu di: Ketika ~ halaman rumah kosong itu, saya terdengar bunyi orang menjerit meminta pertolongan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.lé.wati] | مليواتي

Definisi : 1. lalu (di), melalui, melintasi, menempuh: dia berjalan ~ mereka; 2. melebihi had (batas), melampaui: berjalanlah imperialisme ke timur dr selatan Gibraltar ~ Lautan Tengah; ~ batas; 3. melangkahi, melangkaui: soalan-soalan yg susah-susah dilewati sahaja; 4. (bkn umur) melebihi: usiaku sekarang sudah ~ lima puluhan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lewat
1. Dalam konteks usia
bersinonim dengan lanjut, lebih, larut,
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan melampaui waktunya
( lambat, lat, sayup, kasip, )
(adverba:)
Berantonim dengan awal

Kata Terbitan : selewat-lewatnya, melewati, melewatkan, terlewat, kelewatan,


Majalah

Dewan Budaya » 2014 » August
dalam perjalanan balik, saya terpesona dengan alam sekitar Kampung Wuyuan yang terpelihara dengan amat baik. Pemandangan indah kampung ini dihiasi pokok yang subur, anak sungai yang bening, jambatan batu yang melewati anak sungai, dan laluan sempit yang melalui deretan rumah yang bercirikan seni bina Huizhou. Pak Yu memberitahu saya bahawa sebenarnya feng shui telah memberikan banyak pengaruh kepada orang tempatan. Amalan

Kembali ke atas