Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lé.wati] | مليواتي

Definisi : 1 melebihi (had); melampaui: Kelakuan gadis itu sudah ~ batas. 2 melalui; melintasi; lalu di: Ketika ~ halaman rumah kosong itu, saya terdengar bunyi orang menjerit meminta pertolongan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.lé.wati] | مليواتي

Definisi : 1. lalu (di), melalui, melintasi, menempuh: dia berjalan ~ mereka; 2. melebihi had (batas), melampaui: berjalanlah imperialisme ke timur dr selatan Gibraltar ~ Lautan Tengah; ~ batas; 3. melangkahi, melangkaui: soalan-soalan yg susah-susah dilewati sahaja; 4. (bkn umur) melebihi: usiaku sekarang sudah ~ lima puluhan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lewat
1. Dalam konteks usia
bersinonim dengan lanjut, lebih, larut,
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan melampaui waktunya
( lambat, lat, sayup, kasip, )
(adverba:)
Berantonim dengan awal

Kata Terbitan : selewat-lewatnya, melewati, melewatkan, terlewat, kelewatan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
thin boundary layer theoryteori lapisan sempadan nipisKejuruteraanKejuruteraan KimiaTeori yang menyatakan bahawa bagi aliran yang melewati jasad terapung atau tenggelam akan terdapat kecerunan halaju yang tinggi yang terhad pada suatu lapisan bendalir pegun yang nipis pada permukaan jasad. Teori ini memudahkan penjelasan dan penyelesaian persamaan gerakan bagi pengaliran yang melewati jasad terapung atau tenggelam.
exceed (to)melampaui; melebihiFarmasiTiadaMelewati atau melebihi batas; menjadi lebih besar dari sesuatu.
dialysatedialisatPerubatanTiadaBahan yang melewati membran semasa dialisis.
dialysatedialisatKimiaTiadaBahan yang melewati membran semasa dialisis.
WestWestMatematikTiadaKomet benderang yang melewati ruang angkasa kira-kira 30 juta kilometer dari matahari pada tahun 1976.
ansa subclaviaansa subklaviaPerubatanTiadaGelung serat yang melewati arteri subklavia.
Lamb flowaliran lambKejuruteraanKejuruteraan KimiaAliran yang melewati silinder pada keadaan nombor Reynolds yang rendah, yang merupakan analogi aliran Oseen bagi sfera. Pekali seret keseluruhan purata yang diperoleh ialah dan ? = 0.5 � ? � ln (Re/8), dengan Re = nombor Reynolds, ? = pemalar Euler (0.5772), C1 = pekali seret keseluruhan purata.
acromionakromionBiologiTiadaKepingan segi tiga yang mengunjur keluar melewati hujung luar spina skapula.
anterior talobifular ligamentligamen talofibular anteriorPerubatanTiadaLigamen yang melewati sempadan anterior maleolus lateral ke aspek lateral leher talus.
acromionakromionPerubatanTiadaKepingan segi tiga yang mengunjur keluar melewati hujung luar spina skapula.
123456

Kembali ke atas