Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.Öa.kul] | منعقول

Definisi : membuat pertimbangan dan penilaian dgn menggunakan akal atau logik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.na.Öa.kul] | منعقول

Definisi : membuat pertimbangan dll dgn logik: di dlm buku-buku itu Bacon telah me­ngemukakan cara ~ menurut kaedah induksi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menaakul


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
deductive reasoningpentaakulan deduktifPsikologiPsikologi UmumPemikiran logik yang digunakan oleh individu untuk menaakul kenyataan daripada aras yang umum kepada yang lebih khusus. Pentaakulan biasanya bersifat silogisme berdasarkan kepada premis atau proposisi yang mewakili fakta yang sedia diketahui. Sekiranya semua cakerawala mengelilingi matahari dan bumi itu salah satu cakerawala, maka bumi akan mengelilingi matahari.
formal operationoperasi formalPendidikanTiadaTahap perkembangan mental antara umur 11 tahun hingga dewasa yang melibatkan pemikiran abstrak dan kebolehan menaakul berdasarkan ramalan.
fluid reasoningtaakulan bendalirPsikologiPsikologi UmumKemampuan mental umum yang diukur dengan menggunakan skala kecerdasan Stanford-Binet, edisi ke-5. Keadaan ini akan menggambarkan kecerdasan individu yang memperlihatkan kemampuannya menaakul dengan cara deduktif dan menggunakan maklumat baharu untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Kemampuan berbuat demikian akan mencerminkan predisposisi warisan yang selari dengan kemampuan biologikal lain yang tumbuh dan kemudiannya merosot mengikut umur.
cognitionkognisiPendidikanTiada

 Proses pemikiran seperti mengingat, menaakul, menganalisis dan menyelesaikan masalah.

humanismhumanismeKesusasteraanTiadaFahaman yang mengagungkan status dan sifat-sifat manusia. Istilah �humanis� pada asalnya merujuk kepada sarjana ilmu kemanusiaan pada Zaman Pembaharuan (Renaissance) pada abad ke-16. Secara khususnya, hurmanis merujuk kepada cendekiawan Eropah yang mengkaji kebangkitan semula budaya dan sastera Yunani dan Rumawi. Tumpuan mereka adalah pada karya klasik yang dihasilkan oleh penyair, dramatis dan ahli falsafah seperti Cicero, Aristotle dan Plato. Hasil daripada kajian itu, timbul fahaman baharu tentang manusia yang berbeza daripada pandangan Kristian yang lebih dominan. Fahaman ini cenderung mengagungkan sifat-sifat manusia, khususnya kebolehan menaakul. Bentuk humanisme yang ekstrem menganggap manusia sebagai kayu ukur bagi segala kewujudan yang lain. Umumnya, humanisme menyedarkan manusia tentang kuasa dan bakat mereka yang berpeontesi menjadikannya lebih beradab. Pada zaman yang kemudian, wujud humanisme Kristian seperti yang terpancar dalam penulisan Sidney, Bacon, Spenser dan Milton. Humanisme ini lebi

Kembali ke atas