Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : mengetahui ser­ta menentukan, mengetahui sehingga dapat menyatakan dgn pasti: kerajaan akan memperhebat lagi usaha bagi ~ bidang perusahaan baru yg boleh disertai oleh usahawan Melayu; polis telah ~ ketiga-tiga orang lelaki yg terbabit; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kenal (kata kerja)
Bersinonim dengan tahu, cam, ingat, pasti, faham, maklum, mahir, tanggap, biasa, hafal;,
Kata Terbitan : berkenalan, mengenal, memperkenalkan, terkenal, kenalan, perkenalan, pengenalan, pengenal,


Majalah

Dewan Budaya » 2012 » March
frasa rintihan seorang hamba yang hina kepada Tuhannya serta jiwa manusia yang menyesali dosa lalu sekali gus mengaku kejelekan diri. Teater ini mengajak khalayak bermuhasabah diri, membuka topeng wajah, dan mengenal pasti erti pengembaraan hidup. Dipentaskan kali pertama di Johor Bahru, teater ini sekali lagi dihidupkan di atas lantai Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka oleh pengarah Azmi Bahron dan pengarah bersama
Dewan Budaya » 2013 » December
menghantar pasukan perubatan dan bantuan kemanusiaan, serta meluluskan bantuan kewangan sebanyak RM3 juta bagi membantu mangsa taufan Haiyan. Beginilah cara Malaysia yang terus dipandang tinggi oleh masyarakat antarabangsa yang tidak mengenal sempadan agama dan ras dalam memberikan bantuan kemanusiaan. Bantuan Malaysia bukan sahaja dalam misi kemanusiaan, tetapi juga dalam misi keamanan, bantuan pendidikan, dan bantuan teknikal kepada negara-negara membangun. Ketika Iraq dan konflik kemanusiaan di Palestin. Malah, Mercy membantu mangsa konflik politik di Somalia. Banyak lagi kejayaan Mercy yang tidak dicatatkan di sini. Secara tidak langsung, kejayaan Mercy ini sudah pasti dimangkinkan oleh budaya kerja berpasukan yang teratur dan terancang. Sikap baik hati rakyat Malaysia bukan sahaja dibuktikan oleh Mercy Malaysia melalui kata-kata, tetapi juga kerangka kerja yang sistematik dalam
Dewan Budaya » 2016 » January
merupakan budaya baharu yang dikenali sebagai budaya milenium. Budaya ini berkiblatkan teknologi maklumat sebagai akses terpenting untuk perhubungan, hiburan, interaksi, pencarian maklumat dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, budaya baharu pasti akan wujud dengan sendirinya mengikut peredaran masa dan zaman tanpa disedari. D i Malaysia, perubahan budaya ini tidak ketinggalan dirasai oleh masyarakatnya. Jika diamati, budaya baharu ini semakin hari semakin tamat, kini kita tidak perlu lagi melakukan begitu. Teknologi terkini mengubah cara kehidupan manusia sekarang. Teknologi terkini dikatakan mewujudkan budaya baharu dalam kehidupan masyarakat masa ini. Budaya baharu itu tidak mengenal generasi, baik lama mahupun baharu. Pada hakikatnya, tidak ada generasi lama atau generasi baharu, budaya lama atau budaya baharu. Yang ada hanyalah inovasi demi inovasi yang menghasilkan sesuatu yang terkini

Kembali ke atas