Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : mengetahui serĀ­ta menentukan, mengetahui sehingga dapat menyatakan dgn pasti: kerajaan akan memperhebat lagi usaha bagi ~ bidang perusahaan baru yg boleh disertai oleh usahawan Melayu; polis telah ~ ketiga-tiga orang lelaki yg terbabit; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kenal (kata kerja)
Bersinonim dengan tahu, cam, ingat, pasti, faham, maklum, mahir, tanggap, biasa, hafal;,
Kata Terbitan : berkenalan, mengenal, memperkenalkan, terkenal, kenalan, perkenalan, pengenalan, pengenal,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
labellabelKejuruteraanTiada1. Nama kod yang digunakan untuk mengenal pasti atau mengelas nama, sebutan, frasa atau dokumen.,2. Satu atau lebih aksara yang digunakan untuk mengenal pasti suatu item data.,3. Nilai angka atau lokasi ingatan dalam sistem boleh atur cara bagi komputer.,4. Angka, huruf atau nama yang diberikan kepada kenyataan atur cara supaya komputer dapat mencarinya kemudian.,5. Nama yang digunakan dalam kod punca untuk mengenal pasti sesuatu suruhan atau kenyataan boleh laksana dalam atur cara komputer.,6. Blok di permulaan atau di akhir fail, yang mengenal pasti, menciri, dan/atau penyahhad fail itu, dengan label itu sendiri tidak dianggap sebagai sebahagian daripada fail.
immunodiffusionimunoresapanSains ForensikPemprofilan DNA dan SerologiKaedah untuk mengenal pasti antigen atau antibodi melalui resapan dalam gel untuk membentuk presipitin. Corak garisan presipitin dalam gel digunakan untuk mengenal pasti jenis dan kepekatan antibodi atau antigen tersebut. Dalam ujian serologi forensik, teknik ini boleh digunakan untuk menentukan sesuatu spesies sama ada manusia atau haiwan melalui sampel darah yang diuji. Lihat juga presipitin.
marketing researchpenyelidikan pemasaranKomunikasiKorporatProses dan aktiviti yang sistematik untuk mengenal pasti, mengumpul, menganalisis, dan menyebarkan data kepada pembuat keputusan pemasaran. Tujuannya adalah untuk menyediakan maklumat bagi merancang strategi pemasaran, peramalan, dan perancangan masalah pemasaran. Selain itu, proses ini digunakan untuk mengenal pasti peluang pemasaran dan rangkaian hubungan antara pelanggan. Peringkat pelaksanaan aktiviti penyelidikan biasanya mengandungi empat peringkat. Pertama, mengenal pasti masalah atau isu. Kedua, menyediakan kaedah dan peralatan penyelidikan secara saintifik. Ketiga, melakukan penyelidikan. Keempat, menganalisis data serta membuat dan membentangkan laporan. Kaedah yang kerap digunakan adalah kajian lapangan perbincangan kumpulan fokus, serta kajian melalui pos dan elektronik. Aktiviti penyelidikan biasanya dilakukan oleh organisasi yang berkenaan melalui syarikat perunding penyelidikan.
identificationpengecamanSains ForensikPemprofilan DNA dan SerologiProses mengenal pasti bahan bukti fizikal dengan menggunakan teknologi dan sains forensik. Contohnya, identifikasi DNA forensik melibatkan penggunaan teknologi PCR dan statistik forensik untuk mengenal pasti sumber DNA yang dipertikaikan.
participant observationpengamatan pesertaKomunikasiKorporatKaedah penyelidikan pasaran yang mengenal pasti gelagat pengguna sewaktu membuat pilihan pembelian barangan di pasaran dalam tempoh tertentu. Kaedah ini melibatkan pengkaji turut serta dalam sesuatu proses atau keadaan pasaran. Contohnya, pengkaji perlu berada dalam suasana pasaran sebenar pada sesuatu tempoh untuk mengenal pasti tabiat pemilihan dan pembelian barangan. Maklumat yang terkumpul digunakan oleh perancang strategi pengiklanan untuk menyusun strategi pemasaran barangan yang dikaji. Kaedah pengamatan peserta diakui sebagai kaedah yang sesuai untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat mengenai tabiat pembelian pelanggan. Kaedah ini juga digunakan oleh pihak syarikat pengeluar atau agensi pengiklanan untuk mendapatkan maklum balas keberkesanan iklan yang telah diterbitkan dan disiarkan. Melalui kaedah ini, pengiklan dapat mengenal pasti tahap sambutan khalayak terhadap barangan yang diiklankan. Pendekatan ini pada asalnya merupakan salah satu kaedah penyelidikan dalam bidang sains sosial.
copywriterpenulis naskhah iklanKomunikasiKorporatIndividu atau jawatan yang berfungsi untuk merancang dan menyediakan bahan iklan yang melibatkan usaha mengenal pasti idea, melakukan penyelidikan, menentukan pendekatan penulisan, dan menghasilkan naskhah iklan. Penulis naskhah iklan ialah individu yang memiliki kemahiran dan kreativiti dalam mengenal pasti idea yang boleh menarik perhatian khalayak. Kemahiran lain yang dimiliki individu tersebut termasuklah memilih perkataan dan pembentukan ayat, pemilihan warna dan reka bentuk yang tepat, serta kemampuan untuk menggabungkan konsep dan falsafah barangan atau perkhidmatan ke dalam naskhah iklan. Proses penulisan naskhah biasanya melibatkan aktiviti rujukan terhadap helaian fakta dan penyataan strategi media yang dihasilkan bersama dengan pihak lain dalam agensi pengiklanan berkenaan. Penulis naskhah iklan merupakan jawatan yang wujud dalam hierarki pengurusan sesebuah agensi pengiklanan. Jawatan ini boleh bersifat sepenuh masa atau sambilan.
benchmarkingpenandaarasanPentadbiranPentadbiran Awam

Proses yang sistematik dan berterusan untuk mengenal pasti, mengamalkan dan membudayakan amalan kerja organisasi yang terbaik dan cemerlang di dalam atau di luar organisasi. Penandaarasan juga merupakan satu tindakan untuk memperkukuh pelaksanaan PKM dan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan agensi kerajaan. Bagi memudahkan agensi kerajaan melaksanakan program penandaarasan, kerajaan telah mengenal pasti satu garis panduan yang terkandung dalam Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bilangan 1 Tahun 1999, iaitu Garis Panduan Pelaksanaan Penandaarasan Dalam Perkhidmatan Awam. Penandaarasan dilaksanakan dengan cara membandingkan aktiviti atau pencapaian teras organisasi dengan badan dalam atau luar organisasi dalam kategori yang sama. Contohnya, perbandingan standard perkhidmatan kaunter pelanggan Pos Malaysia dengan Kaunter Jabatan Pendaftaran Negara.

identifying factorfaktor mengenal pastiPerpustakaanTiadaTiada
oppoturnity recognition skillkemahiran mengenal pasti peluangPentadbiranPengurusan-
access timemasa capaianTeknologi MaklumatPerisianTempoh yang diambil bagi sesuatu atur cara atau peranti untuk mengenal pasti data atau maklumat yang membenarkan data atau maklumat itu diproses oleh komputer. Tempoh capaian ini diukur dalam milisaat atau nanosaat bergantung pada peranti yang digunakan. Contohnya, peranti RAM statik (SRAM) mempunyai masa capaian yang rendah berbanding RAM dinamik (DRAM). Hal ini bererti RAM statik mempunyai kelajuan yang tinggi berbanding RAM dinamik. Masa capaian ini juga digunakan untuk menerangkan kelajuan pemacu cakera termasuk tempoh yang diambil bagi kepala baca atau tulis untuk mengenal pasti sektor dalam cakera tersebut. Beberapa contoh masa capaian bagi peranti yang terkini adalah seperti yang berikut: Pemacu cakera: 9 milisaat -15 milisaat RAM statik: 10 nanosaat - 50 nanosaat RAM dinamik: 50 nanosaat -150 nanosaat
12345678910...

Kembali ke atas