Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.ta.hui]/[me.nge.ta.hu.i] | مڠتاهوءي

Definisi : 1. tahu akan, memaklumi: Mak Konah sendiri masih belum ~ akan hal ini; baru aku ~ akan sebabnya aku dipanggil; 2. tahu setelah melihat tanda-tanda atau bukti­nya, mengenali: tidak sulit bagi kita utk ~ binatang jenis mamalia ini; 3. mendapati, menginsafi, menyedari (akan): waktu konsert itu habis dan Pri hendak bertepuk kerana gembiranya, barulah diketahuinya bahawa tangan kirinya sudah terkalung oleh tangan kanan Wati; 4. mengerti akan, memahami: kata-katanya masih belum diketahui se­penuh­nya oleh masyarakat bahasa Indonesia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.ta.hui]/[me.nge.ta.hu.i] | مڠتاهوءي

Definisi : 1 tahu akan sesuatu; memaklumi: Sekarang barulah aku ~ mengapa aku dipanggil. 2 tahu dan faham setelah melihat atau mengalaminya: Drpd peristiwa buruk yg menimpa rakyat Jepun di Hiroshima dan di Nagasaki itu, dapatlah kita ~ betapa kuatnya kuasa bom atom itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tahu (kata kerja)
1. Bersinonim dengan maklum: faham, mengerti, mengetahui, sedar, mengakui, enga,
Berantonim dengan jahil

2. Bersinonim dengan kenal: cam, ingat, mengenal pasti,

3. Bersinonim dengan mengambil peduli: mempedulikan, mengendahkan, menghiraukan, mengambil hirau, mengacuhkan, mengambil berat, mengambil tahu, mengambil pusing,
Berantonim dengan membiarkan

Kata Terbitan : tahu-tahu, mengetahui, ketahuan, berketahuan, pengetahuan, berpengetahuan,

Peribahasa

Tak(kan) sebab ayam seekor mengetahui hari siang.

Bermaksud :

Sesuatu pekerjaan yang dikerjakan oleh orang banyak itu tidak akan terganggu kalau hanya seorang saja yang tidak suka.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayah tidak mengetahui bahawa abang terlibat dalam demonstrasi yang diadakan petang tadi. penggunaan mengetahui betul ke tahu betul?Ayah tidak mengetahui bahawa abang terlibat dalam demonstrasi yang diadakan petang tadi. - kata kerja mengetahui paling tepat digunakan dalam ayat ini.Tatabahasa31.03.2010
mengetahui cara mengajar membaca secara menyebut suku kata, perkataan, dan ayat mengenali suku kata terbuka dan suku kata tertutup

Untuk makluman, suku kata terbuka ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf vokal, manakala suku kata tertutup ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf konsonan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, yang disusun oleh Encik Ismail Dahaman. Rujuk juga buku Daftar Kata Bahasa Melayu, terbitan DBP; Mengajar Membaca - Teori dan Aplikasi Panduan Meningkatkan Kemahiran Mengajar Membaca, tulisan Yahyah Othman; dan Motivasi dan Kaedah Membaca, tulisan Zaini Ujang terbitan Nurin Entreprise. Dalam hal pengajaran dan pembelajaran ini, sila rujuk kepada pihak yang lebih arif, iaitu pensyarah di maktab dan universiti.

Lain-lain30.04.2013
Adakah frasa "mengetahui tentang" betul? Pada hemat saya, "mengetahui" merupakan kata kerja transitif dan mesti diikuti oleh objek yang terdiri daripada kata/frasa nama. Mohon pencerahan, terima kasih.Perkataan "mengetahui" menerima apitan meN-...-i perlu diikuti objek, seperti contoh ayat yang berikut:
“Setelah mengetahui isi hati Ahmad terhadapnya, Aminah terus bersetuju menerima Ahmad sebagai pasangannya.”
Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, (DBP, 2015), halaman 204 dan Kamus Dewan Perdana, (DBP, 2021), halaman 2211.
Lain-lain04.01.2024
Saya ingin mengetahui adakah pihak DBP ada menyediakan kursus seperti kursus penterjemahan. Saya berminat untuk mengikuti kursus tersebut tetapi tidak mengetahui bagaimana dan di mana serta pihak yang ada menyediakan kursus berkenaan. Sekiranya pihak DBP ada menganjurkan kursus tersebut, saya ingin mengetahui dengan jelas bagaimana caranya untuk mengikuti kursus tersebut. Sekian, terima kasihSaya ingin mengetahui adakah pihak DBP ada menyediakan kursus seperti kursus penterjemahan. Saya berminat untuk mengikuti kursus tersebut tetapi tidak mengetahui bagaimana dan di mana serta pihak yang ada menyediakan kursus berkenaan. Sekiranya pihak DBP ada menganjurkan kursus tersebut, saya ingin mengetahui dengan jelas bagaimana caranya untuk mengikuti kursus tersebut. Sekian, terima kasih
Akademi DBP ada menyediakan Kursus Penataran Bahasa Melayu:Bahasa Melayu dalam Penterjemahan. Untuk keterangan lanjut, puan boleh menghubungi pegawai Akademi DBP iaitu Puan Faridah Abd. Rahman, 03-2147 9223; e-mel faridah@dbp.gov.my. Untuk kursus penterjemahan bahasa-bahasa lain, puan boleh menghubungi Institut Terjemahan dan Buku Negara; dan Persatuan Penterjemah Negara (03- 21424381) /Puan Saodah (012-22067076) , Setiausaha Kehormat Persatuan Penterjemah Malaysia.
Pembinaan Bakat24.01.2014
1. Ingin mengetahui kaedah paling pantas mengetahui terjemahan isitilah bahasa Inggeris ke bahasa Melayu? 2. Didapati Kamus Dewan tidak mengandungi isitlah terkini. Dimanakah rujukan isitilah bahasa Melayu terkini boleh diperolehi?Saudara boleh menggunakan lawan sesawang DBP untuk mendapatkan padanan istilah yang dikehendaki dengan segera, sila layari www.prpm.dbp.gov.my, di ruang carian kata taipkan istilah yang hendak dicari dan saudara akan memperoleh data bukan sahaja daripada istilah tetapi dari kamus, artikel, buku, ensiklopedia, peribahasa dan sebagainya.Lain-lain10.11.2010
Adibah Hamzah 11.39 PAGI Selamat tengah hari. Saya ingin mengetahui bagaimana untuk saya mengetahui 140 istilah semasa terbaharu bahasa malaysia?Belum ada satu terbitan khusus tentang istilah baharu berkenaan. Walau bagaimanapun Fb Dewan Bahasa dan Pustaka ada menyiarkannya melalui laman web dari semasa ke semasa. Majalah terbitan DBP juga ada menyiarkannya secara berkala dalam terbitannya.Lain-lain21.08.2017
Saya ingin mengetahui penggunaan ayat yang betul pada pelekat mesin basuh yang ditemui di dobi. Saya mengetahui bahawa penggunaan ayat ini tidak berapa tepat tetapi saya mahu mengetahui ayat yang paling tepat daripada pihak DBP. Rujuk lampiran. Terima kasih.Ayat yang betul ialah Sila biarkan penutup mesin terbuka selepas digunakan atau Sila biarkan penutup terbuka selepas menggunakan mesin.Tatabahasa11.06.2021
Salam, Antara ayat di bawah, yang manakah lebih tepat? "Saya berminat untuk mengetahui budaya yang keluarga kamu amalkan." ATAU "Saya berminat untuk mengetahui budaya yang diamalkan oleh keluarga kamu. Terima kasih.Ayat yang gramatis ialah "Saya berminat untuk mengetahui budaya yang keluarga kamu amalkan".
Tatabahasa14.12.2015
Apakah kata dasar untuk perkataan 'mengetahui'? Jika jawapan pihak tuan ialah 'ketahui', mengapakah entri kata ini tidak ada dalam Kamus Dewan, dan tidak wujud imbuhan apitan ke-...-i dalam Tatabahasa Dewan. Terima kasih.Kata dasar mengetahui ialah tahu. Kata ketahui mempunyai maksud yang sama dengan mengetahui, hanya perbezaan penggunaan dalam ayat. Kata mengetahui digunakan dalam ayat aktif, manakala kata ketahui digunakan dalam ayat pasif kata ganti nama diri pertama dan kedua.Tatabahasa27.04.2016
INGIN MENGETAHUI TENTANG PERADUAN MENULIS CERPEN, NOVEL DAN SAJAK. BILA, DI MANA BAGAIMANA MENGHANTAR KARYA

Semua maklumat berkaitan peraduan menulis cerpen, novel dan sajak boleh didapati dengan melayari laman http://laman.dbp.gov.my/lamandbp/ dari semasa ke semasa.

Lain-lain27.01.2015
12345678910...

Kembali ke atas