Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.ta.hui]/[me.nge.ta.hu.i] | مڠتاهوءي

Definisi : 1 tahu akan sesuatu; memaklumi: Sekarang barulah aku ~ mengapa aku dipanggil. 2 tahu dan faham setelah melihat atau mengalaminya: Drpd peristiwa buruk yg menimpa rakyat Jepun di Hiroshima dan di Nagasaki itu, dapatlah kita ~ betapa kuatnya kuasa bom atom itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.nge.ta.hui]/[me.nge.ta.hu.i] | مڠتاهوءي

Definisi : 1. tahu akan, memaklumi: Mak Konah sendiri masih belum ~ akan hal ini; baru aku ~ akan sebabnya aku dipanggil; 2. tahu setelah melihat tanda-tanda atau bukti­nya, mengenali: tidak sulit bagi kita utk ~ binatang jenis mamalia ini; 3. mendapati, menginsafi, menyedari (akan): waktu konsert itu habis dan Pri hendak bertepuk kerana gembiranya, barulah diketahuinya bahawa tangan kirinya sudah terkalung oleh tangan kanan Wati; 4. mengerti akan, memahami: kata-katanya masih belum diketahui se­penuh­nya oleh masyarakat bahasa Indonesia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tahu (kata kerja)
1. Bersinonim dengan maklum: faham, mengerti, mengetahui, sedar, mengakui, enga,
Berantonim dengan jahil

2. Bersinonim dengan kenal: cam, ingat, mengenal pasti,

3. Bersinonim dengan mengambil peduli: mempedulikan, mengendahkan, menghiraukan, mengambil hirau, mengacuhkan, mengambil berat, mengambil tahu, mengambil pusing,
Berantonim dengan membiarkan

Kata Terbitan : tahu-tahu, mengetahui, ketahuan, berketahuan, pengetahuan, berpengetahuan,

Peribahasa

Tak(kan) sebab ayam seekor mengetahui hari siang.

Bermaksud :

Sesuatu pekerjaan yang dikerjakan oleh orang banyak itu tidak akan terganggu kalau hanya seorang saja yang tidak suka.

 

Lihat selanjutnya...(12)

606

Truth will come to light

Kebenaran tidak boleh disembunyikan selama-lamanya.

Meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga.

For a while, you can prevent the people from discovering the secret but it's impossible to conceal it forever. How long can you live? Remember, truth will come to light, eventually

Buat sementara waktu ini awak bolehlah menghalang orang daripada mengetahui rahsia itu, tetapi mustahil untuk menyembunyikannya selama-lamanya. Berapa lama awak boleh hidup? Ingat, meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga akhirnya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
conversantadj mengetahui benar-benar: she is not ~ with the subject,dia tdk mengetahui benar-benar ttg perkara itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
suss vt mengetahui: I ~ed him as a con-man straight away, dgn serta-merta saya mengetahui dia seorang penipu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unfamiliar~ with, not well acquainted, tdk mengetahui: he was ~ with the subject under discussion, dia tdk mengetahui perkara yg dibincangkan itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cognizantadj; be ~ of, mengetahui, menyedari: he was fully ~ of the facts of the case, dia betul-betul mengetahui fakta kes itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
knowvt 1. have knowledge of, tahu akan, mengetahui: to ~ so’s address, mengetahui alamat sso; she ~s a little about the subject, perkara itu diketahuinya sedikit sahaja; the writer’s name is not ~n, nama pengarangnyaKamus Inggeris-Melayu Dewan
unfamiliarity2. state of being not well acquainted, tdk mengetahui: ~ with the law is no excuse, tdk mengetahui undang-undang tdk boleh dijadikan alasan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
scoreknow the ~, mengetahui keadaan sebenar: he’s been in politics a long time, and so should know the ~, dia telah lama berkecimpung dlm bidang politik, dan seharusnya mengetahui keadaan sebenar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
nameknow so. by ~, mengetahui nama sso: although he has a large number of employees he knows each one of them by ~, walaupun dia mempunyai pekerja yg ramai, namun dia mengetahui nama setiap orang; lend o’s ~ to, membenarkan nama sso digunakan: many well-known entertainers lent their ~s to the charitable appeal, ramai penghibur terkenal yg membenarkan nama mereka digunakan utk rayuan amal itu; make a ~ for os, make o’s ~, mencipta nama:Kamus Inggeris-Melayu Dewan
secret be in the ~, (dated) mengetahui rahsia (itu): you can talk freely in front of her because she is also in the ~, kamu bebas memperkatakan hal itu di hadapannya krn dia juga mengetahui rahsia itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
well1~ up /in, on/ st, (cukup) banyak /mengetahui, tahu ttg/ sst: he’s ~ up in the history of the Netherlands, dia cukup banyak mengetahui sejarah negeri Belanda; I’m not ~ up on stock exchange practices, saya tdk banyak tahu ttg amalan bursa saham;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910

Kembali ke atas