Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini.
Peribahasa

81

Don't cast your pearls before swine

Tidak ada gunanya memberikan sesuatu yang berharga kepada orang yang tidak tahu menghargainya.

Intan dikalungkan di leher anjing

I know you are rich but it is pointless to give her such a priceless gift because she is incapable of appreciating it. So don't cast your pearls before swine and do not waste your money.

Saya tahu awak kaya tetapi tidak ada gunanya awak menghadiahkan barang yang begitu mahal kerana dia tidak pandai menghargainya. Jadi janganlah diibaratkan intan dikalungkan di leher anjing dan jangan bazirkan wang awak.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
penggunaan kata sendi "daripada" dan "dari" dan apa perbezaan diantara maksud perkataan "menghadiahkan' dengan "menghadiahi". Terima kasih.Perkataan 'dari ' digunakan untuk waktu, arah dan tempat manakala yang selainnya 'daripada'. perbezaannya boleh dilihat pada ayat yang berikut; menghadiahkan , contohnya; Ali menghadiahkan buku kepada Ahmad,menghadiahi ; Ali menghadiahi Ahmad buku.Tatabahasa14.03.2007
yang mana satu betul A) saya menghadiahkan sebatang pen untuk ayah saya B) saya menghadiahkan ayah saya sebatang pen Terma kasihAyat yang betul ialah jawapan A. Saya menghadiahkan sebatang pen untuk ayah saya.Tatabahasa13.07.2009
Adakah bg imbuhan meN..kan,contoh dalam ayat ' menghadiahkan '..g telah digugurkan..menjadi menhadiahkan..Imbuhan meN ... kan bagi kata 'hadiah'  ialah 'menghadiahkan'.Ejaan07.10.2008
1. apakah perbezaan maksud antara ayat a)Ali menghadiahkan sebentuk cincin kepada kekasihnya. b)Ali menghadiahi sebentuk cincin kepada kekasihnya. 2. adakah buku panduan Tatabahasa Bahasa Melayu masih boleh dijadikan panduan untuk rujukkan tentang tatabahasa Bahasa Malaysia?Adakah versi yang paling baru telah dijual di pasaran?

'Menghadiahi' digunakan untuk 'yang bernyawa' dan menghadiahkan digunakan untuk objek yang tidak bernyawa. Bagi ayat di atas, yang betulnya ialah ...'menghadiahi'... Harap maklum.

Tatabahasa25.05.2008
Ayat yang mana betul? A) Saya menghadiahkan ayah saya sebatang pen. B) Saya menghadiahi ayah saya sebatang pen. Terima kasih.

Sdr.Shuit terima kasih kerana menghubunghi KNBDBP

 Jawapan yang betul ialah B) Saya menghadiahi ayah saya sebatang pen.

 

 

Tatabahasa15.07.2009
ayat yang betul 1.Ayah menghadiahi ibu baju baru 2.Ayah menghadiahkan ibu baju baruAyat pertama yang betul. Ayah menghadiahi ibu baju baru.Tatabahasa20.06.2009
Apakah bentuk AYAT PASIF SONGSANG bagi ayat-ayat aktif yang berikut: 1. Ali menghadiahi Ahmad sebuah basikal. 2. Ali membelikan Ahmad sebuah buku. 3. Ali menghadiahkan sebuah basikal kepada Ahmad. 4. Ali membeli sebuah buku untuk Ahmad. 5. Saya membacakan ibu surat. 6. Saya menghadiahi sebuah basikal.ayat songsang merupakan ayat yang susunannya berlawanan dengan susunan ayat biasa, iaitu predikat mendahului subjek. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat berkaitan ayat songsang ini, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu terbitan DBP.Lain-lain11.12.2007
APAKAH JAWAPAN BAGI SOALAN SAYA?:BAGAIMANA HENDAK MEMBEZAKAN ...i DAN ...kan?TERIMA KASIHFungsi apitan meN-...-kan dengan meN-...-i, dibahagikan kepada tiga: (i) Fungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan sebuah basikal kepada Ahmad. b. Pak osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. (ii) Bagi kata kerja tertentu, perbezaan penggunaan apitan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (ii)b sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i tetapi telah digugurkan i. (iii) Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...-kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya: a. Ali membaiki kereta yang rosak. b. Ali membaikkan kereta yang rosak. Harap maklum.Tatabahasa13.09.2006
tolong terangkan kepada saya cara bagaimana penggunaan kata yang berapitan me.....i atau me.....kan. berfungsi. Berikan saya penerangan yang paling mudah agar dapat saya terangkan kepada para pelajar saya dan mereka mudah menmahaminya.Fungsi apitan meN...kan menandakan kausatif dan meN...i menandakan lokatif. Cth. Ahmad menghadiahkan bola kepada anaknya. Ahmad menghadiahi anaknya bola. Untuk maklumat lanjut rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu halaman 197.Tatabahasa03.10.2007
Salam Sejahtera, Soalan yang meyebabkan kekeliruan adalah berbuyni seperti berikut : Soalan : Murid itu ____________________ sijil penghargaan oleh guru besar. Jawapan : A) dianugerahi B) dianugerahkan Sila rujuk kepada : Tata Bahasa Dewan muka surat 196, Edisi 1995/1996. di mana, jawapan yang sesuai adalah “dianugerahi” Tolong jelaskan , terima kasih

Yang betul ialah menghadiahkan. Untuk pengetahuan tuan/puan "menghadiahi" hendaklah diikuti dengan kata nama atau objek yang bernyawa. Contohnya, Ayah menghadiahi Ahmad sebuah basikal. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan yang terkini.

Tatabahasa07.11.2008
12

Kembali ke atas