Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ha.diah.kan] | مڠهديهکن

Definisi : memberikan sesuatu sbg hadiah: Mereka telah ~ sebuah jam tangan kpd ketua mereka yg akan bersara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[meng.ha.diah.kan] | مڠهديهکن

Definisi : memberikan sesuatu sbg hadiah, menganugerahkan: mereka ~ sebuah jam tangan kepadanya dlm majlis perpisah­an itu; dlm tahun 1903, Hadiah Nobel telah dihadiahkan kpd pasangan suami isteri Pierre Curie dan Marie Curie. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Peribahasa

81

Don't cast your pearls before swine

Tidak ada gunanya memberikan sesuatu yang berharga kepada orang yang tidak tahu menghargainya.

Intan dikalungkan di leher anjing

I know you are rich but it is pointless to give her such a priceless gift because she is incapable of appreciating it. So don't cast your pearls before swine and do not waste your money.

Saya tahu awak kaya tetapi tidak ada gunanya awak menghadiahkan barang yang begitu mahal kerana dia tidak pandai menghargainya. Jadi janganlah diibaratkan intan dikalungkan di leher anjing dan jangan bazirkan wang awak.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SETANGGI

Setanggi ialah resin gam yang wangi yang

didapati daripada pokok tertentu yang tumbuh di

Afrika dan Asia. Ia juga dikenali sebagai olibanum .

Pada zaman dahulu, setanggi dibakar sebagai

dupa dalam upacara keagamaan. Kitab Bible

menyatakan bahawa seorang daripada pendeta

telah menghadiahkan setanggi kepada Jesus

(Matt. 2).

UMUM 
SOANE, SIR JOHN

Soane, Sir John (1753–1837), arkitek British yang

dilantik sebagai arkitek Bank of England pada

tahun 1788. Dalam tempoh 40 tahun berikutnya dia

membina semula hampir keseluruhan bangunan

tersebut, meskipun hanya sedikit hasil kerjanya

masih wujud lagi pada masa kini. Soane juga

membina Dulwich College Picture Gallery di

London, dan tiga buah gereja di London, iaitu St.

John di Bethnal Green, Trinity Church di

Marylebone; dan St. Peter’s di Walworth. Soane

lahir di Whitchurch, berhampiran Reading,

Berkshire, England. Dia menghadiahkan rumah dan

koleksi lukisannya yang terdapat di Lincoln’s Inn

Fields kepada Kerajaan British yang dikenali

sebagai Muzium Sir John Soane.

UMUM 

Kembali ke atas