Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ha.di.ri] | مڠحاضيري

Definisi : datang dan turut serta dlm mesyuarat, persidangan dll; mengunjungi majlis dsb; mengikuti; menyertai: Lebih seratus orang peserta dr negara-negara Asia Tenggara, Australia dan New Zealand telah ~ seminar antarabangsa tsb. Banyak sahabat handai yg telah ~ majlis perkahwinan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[meng.ha.di.ri] | مڠحاضيري

Definisi : hadir di (persidangan, majlis, kursus, dll) menyertai, mengikuti: lebih 100 orang peserta dr negara-negara Asia Teng­gara, Australia, dan New Zealand telah ~ seminar antarabangsa tersebut; ~ persi­dang­an Parlimen; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hadir (kata kerja)
1. Bersinonim dengan wujud: berada, muncul, terbit,

2. Bersinonim dengan datang: menyertai, mengikuti, menunjukkan diri, memperlihatkan diri, turut serta, mengambil bahagian,

Kata Terbitan : menghadiri, menghadirkan, kehadiran, hadirin,


Majalah

Dewan Budaya » 2012 » March
Mandela, sehingga sekarang sering memakai batik Indonesia dalam banyak acara rasmi antarabangsa. Beliau begitu cinta akan batik, sehingga bersungguh-sungguh menggalakkan kakitangan awam di negara itu memakai batik Indonesia ketika menghadiri majlis rasmi. “Pakailah baju batik Indonesia di Afrika Selatan, maka anda akan mendapat penghormatan yang luar biasa daripada warga Afrika,” kata salah seorang diplomat Indonesia yang bertugas di Kedutaan Besar di sawah; manakala nelayan daripada pelbagai kaum pula memakainya ketika turun ke laut. Suku kaum Melanau di Sarawak memakai terendak yang dikenali sebagai “Terendak Matu”. Mereka memakai terendak ini ketika menghadiri Pesta Kaul atau Pesta Memuja Pantai. Terendak Matu dibuat daripada dahan pokok sagu atau rumbia. Bahagian bingkai terendak dianyam dengan batang buluh yang diraut nipis, sehingga menutup keseluruhan permukaannya. ___
Dewan Masyarakat | RESPONS PEMBACA
selalu didengar apabila bercakap tentang masalah peniaga Melayu. Masalah ini berlarutan sekian lama dan sudah banyak usaha dibuat oleh pelbagai pihak untuk menyelesaikannya, namun masalah ini masih berlarutan. Semasa penulis menghadiri sidang media anjuran Pemaju Hartanah Melayu Malaysia (PPHMM) di ibu negara pada 11 April lalu, masalah kekurangan modal ini sekali lagi menjadi isu utama yang dibincangkan. Menurut Presiden PPHMM, Mohd
Dewan Budaya » 2013 » March
96.6 peratus orang pelancong Muslim dari negara Arab Saudi ini kebanyakannya sudah berkahwin.Mereka datang ke Malaysia dengan tujuan percutian (66.0 peratus), menjalankan perniagaan (21.8 peratus), dan menghadiri persidangan atau konvensyen (9.2 peratus).Aktiviti yang dijalankan pula adalah seperti membeli-belah (97.2 peratus), melawat bandar raya (92.1 peratus), melawat desa (66.4 peratus), dan mengembara
Dewan Budaya » 2014 » March
berbeza di negara ini. Kanak-kanak dan remaja, malah ibu bapa, lebih gemar menghabiskan cuti hujung minggu mereka dengan memilih aktiviti yang betul-betul santai, seperti membeli-belah, menonton wayang, menghadiri konsert, dan berekreasi di taman tema, sebagai pilihan utama. Melawati muzium hanya dijadikan sebagai pilihan terakhir atau terus sahaja diserahkan secara bulat-bulat kepada pihak sekolah untuk mengadakan lawatan rasmi
Dewan Budaya » 2015 » July
jelas Ayob. Dalam istiadat ini, seseorang pembesar yang dilantik untuk menyandang jawatan tersebut akan dimaklumkan lebih awal untuk hadir di istana sebelum mata hari naik. Pada peringkat pertama, pembesar akan menghadiri istiadat sumpah ciri. Istiadat ini melibatkan Toh Seri Nara Diraja, yang juga dikenali sebagai pawang diraja. Pawang diraja akan membaca perjanjian dalam bahasa Sanskrit. Setelah selesai membaca perjanjian tersebut, pawang
Dewan Budaya » 2017 » May
dia pelajar seni persembahan warisan Melayu di universiti itu.  Tidak mustahil jika ada lagi orang sepertinya di universiti awam yang lain di negara ini. Penulis ini berasa bertuah kerana dapat menghadiri kedua-dua persembahan itu.  Penulis ini juga berasa bahawa masa tidak terbazir apabila menonton kedua-dua persembahan itu, apatah lagi mampu pula menghayatinya.            Yang dapat diandaikan ialah bahawa seni persembahan
Dewan Masyarakat | Pendidikan
dan cabaran dalam pengajarannya khususnya. Share Lembaran Baharu PIBG Pendidikan Kebanyakan ibu bapa mahupun penjaga memberikan alasan terlalu sibuk dengan kerja dan tidak boleh mengambil cuti hanya semata-mata untuk menghadiri mesyuarat mahupun aktiviti anjuran PIBG. Share Aliran Vokasional Pendidikan Kelas Pertama Pendidikan Selain politeknik yang menawarkan diploma dalam bidang kemahiran, agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, iaitu Kolej Komuniti juga
Dewan Masyarakat | 2012 | April
kaitan dalam kes pembunuhan Krishnasamy. Share Lembaran Baharu PIBG Pendidikan Kebanyakan ibu bapa mahupun penjaga memberikan alasan terlalu sibuk dengan kerja dan tidak boleh mengambil cuti hanya semata-mata untuk menghadiri mesyuarat mahupun aktiviti anjuran PIBG. Share Nasib Melayu dalam PRU ke-13 Politik Meskipun gagasan 1Malaysia dilihat oleh banyak penganalisis politik sebagai berjaya memikat hati majoriti rakyat Malaysia, masih banyak
Dewan Budaya » Tradisi
adat istiadat. Dipercayai bahawa songkok, tanjak dan serban dipengaruhi pedagang India yang datang ke Tanah Melayu untuk berniaga. Songkok lazimnya dipakai oleh masyarakat Melayu Islam ketika pergi menunaikan solat ataupun menghadiri upacara rasmi. Songkok amat popular ketika Hari Raya Aidilfitri. Reka bentuk songkok hampir sama dengan fez atau tarbus yang amat popular di Turki. Tarbus sebenarnya berasal dari Greek Purba dan
Dewan Budaya » Nota Editor
dia pelajar seni persembahan warisan Melayu di universiti itu.  Tidak mustahil jika ada lagi orang sepertinya di universiti awam yang lain di negara ini. Penulis ini berasa bertuah kerana dapat menghadiri kedua-dua persembahan itu.  Penulis ini juga berasa bahawa masa tidak terbazir apabila menonton kedua-dua persembahan itu, apatah lagi mampu pula menghayatinya.            Yang dapat diandaikan ialah bahawa seni persembahan
Dewan Budaya » 2012 » February
adat istiadat. Dipercayai bahawa songkok, tanjak dan serban dipengaruhi pedagang India yang datang ke Tanah Melayu untuk berniaga. Songkok lazimnya dipakai oleh masyarakat Melayu Islam ketika pergi menunaikan solat ataupun menghadiri upacara rasmi. Songkok amat popular ketika Hari Raya Aidilfitri. Reka bentuk songkok hampir sama dengan fez atau tarbus yang amat popular di Turki. Tarbus sebenarnya berasal dari Greek Purba dan

Kembali ke atas