Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini.
Peribahasa

Hendak bertanduk kepala dipahat.

Bermaksud :

Kerana hendak menunjukkan kemegahan, rela berhutang atau berbuat sesuatu yang dapat mendatangkan bencana kepada diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
self-actualizationpenghasratan diriKomunikasiKorporatIstilah yang asalnya diperkenalkan bertujuan untuk mendedahkan potensi atau keterampilan seseorang individu. Penghasratan diri dianggap sebagai tahap terakhir pembangunan psikologi yang dicapai seseorang individu selepas keperluan asas seseorang individu berkenaan dipenuhi. Dengan melakukan penghasratan diri, seseorang akan mampu untuk mempamerkan kekuatan dalaman yang sedia ada dalam dirinya, serta menunjukkan kesungguhan dan keterampilan diri bagi melaksanakan sesuatu tugas dan tanggungjawab. Kekuatan dalaman ini merupakan sifat asas yang perlu ada dalam setiap diri individu semasa berurusan dengan orang lain atau semasa melakukan pemujukan terhadap orang ramai. Bagi individu yang terlibat sebagai pegawai perhubungan awam atau eksekutif pemasaran, kekuatan dalaman ini adalah sangat diperlukan dalam melaksanakan tugas-tugas harian bagi berhadapan dengan situasi yang mencabar. Bagi membangunkan penghasratan diri, seseorang individu perlu memahami dan peka terhadap orang lain dan persekitaran, serta berdikari,
bronze alloycampuran gangsaArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiCampuran pelbagai logam untuk menghasilkan artifak gangsa. Campuran ini melibatkan tembaga, plumbum dan timah. Analisis yang dilakukan terhadap gendang gangsa di Malaysia dan Indochina menunjukkan peratusan yang paling tinggi ialah tembaga diikuti plumbum dan yang paling rendah ialah timah. Campuran gangsa ini membolehkan jangka hayat artifak tahan lebih lama di samping mengekalkan kekerasannya. Selain gendang gangsa, artifak lain adalah seperti alat perhiasan diri, mangkuk gangsa dan loceng gangsa.
schizophreniaskizofreniaPsikologiPsikologi UmumSatu bentuk psikopatologi yang menyebabkan keutuhan personaliti, emosi dan kognitif individu tergugat dengan teruk. Istilah yang sering dikaitkan dengan kecelaruan ini ialah psikosis, gila atau tidak waras. Tanda-tanda kebiasaan yang terdapat kepada pesakit ini ialah delusi, halusinasi, apati, pemikiran abnormal dan perceraian antara emosi dengan pemikiran. Emosi pesakit ini biasanya bercelaru. Contohnya, apabila diberitahu ibunya meninggal dunia, individu skizofrenia hanya akan ketawa berdekah-dekah atau tidak menunjukkan apa-apa perasaan. Pesakit ini juga boleh menarik diri daripada orang ramai, hilang minat terhadap aktiviti luaran dan gagal mengawal tabiat atau aktiviti harian. Sekurang-kurang terdapat empat jenis skizofrenia, iaitu tidak terurus, katatonik, paranoid dan tanpa pembezaan.
audience participationpenyertaan khalayakKomunikasiKorporatPenglibatan khalayak dalam sesuatu acara atau projek yang dilaksanakan oleh sesebuah organisasi. Penyertaan ini boleh berlaku secara terancang atau tidak dirancang. Penyertaan yang terancang berlaku apabila sesuatu acara yang dilangsungkan menyediakan ruang tertentu untuk khalayak mengambil bahagian. Sementara penyertaan yang tidak dirancang bermaksud sesuatu acara atau projek yang dilaksanakan mendapat sambutan di luar jangkaan sehingga menyebabkan khalayak melibatkan diri dalam acara yang dianjurkan. Dalam kedua-dua bentuk penyertaan, situasi ini menunjukkan keberkesanan sesuatu projek atau acara dalam kalangan khalayak sasaran. Bentuk penyertaan bergantung pada jenis acara yang dianjurkan, seperti penyertaan dalam pertandingan, mengambil bahagian secara terancang atau spontan dalam atur cara yang disusun, atau penglibatan melalui elektronik seperti e-mel atau telefon. Dalam komunikasi korporat, proses ini dilihat sebagai satu proses pemujukan untuk mendekatkan khalayak dengan organisasi. Sekiranya mendapat

Kembali ke atas