Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.lu.ruh] | مڽلوروه

Definisi : me­liputi atau mengenai semuanya sekali; terdapat di mana-mana; meluas: Hawar penyakit taun yg diberitakan itu tidaklah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.nye.lu.ruh] | مڽلوروه

Definisi : 1. merebak atau meluas (ke seluruh, ke serata tempat, dll): pengaruh pakaian batik di luar negeri belumlah begitu ~ lagi; 2. meliputi atau merangkumi semua aspek (perkara dll): satu sistem yg ~ utk menyampaikan maklumat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
seluruh (kata tugas)
Bersinonim dengan segala, sekalian, seluruh, semua, sarwa, para, segenap, serbi, semesta, sekotah, setiap, tiap-tiap, seantero, serata, sekujur, seberhana;,
Kata Terbitan : menyeluruh, menyeluruhi, keseluruhan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
global sequence alignmentpenjajaran jujukan menyeluruhBioinformatikBioinformatik Molekul-
pharmacologyfarmakologiFarmasiFarmakologiKajian menyeluruh mengenai sains dan aplikasi klinikal ubat-ubatan yang merangkumi kajian mengenai drug,sumber, sifat, kandungan dan termasuk juga aspek penyediaan, kegunaannya secara terapeutik serta tindakan-tindakan sesuatu drug. Farmakologi merangkumi farmakognosi, farmak:okinetik, farmak:odinamik, farmakoterapeutik dan toksikologi.
miliary tuberculosistuberkulosis miliariPerubatanTiadaTuberkulosis menyeluruh yang akut dan teruk, yang berlaku apabila tuberkel halus terbentuk pada beberapa organ akibat sebaran basilus tuberkulosis ke seluruh tubuh melalui edaran darah. Penyakit ini diiringi dengan demam yang tidak menentu dan beberapa gejala serebrum.
dosage regimenregimen dosFarmasiFarmakologiTatacara pem.berian sesuatu drug secara menyeluruh yang meliputi dos, selang dos, kaedah pemberian danjangka masa rawatan. Regimen dos berbeza mengikut jenis penyakit, pesakit, jenis drug dan tahap keterukan penyakit. Biasanya, regimen dos dirancang oleh doktor pada permulaan rawatan danboleh berubah mengikut kesan rawatan terhadap pesakit
halo effectkesan haloPsikologiPsikologi UmumKecenderungan individu untuk membuat kesimpulan menyeluruh terhadap seseorang berdasarkan penampilan yang dilihat pada kali pertama. Keadaan ini menyebabkan ramai individu yang kelihatan hebat semasa pertemuan kali pertamanya memperoleh keuntungan. Contohnya, individu yang hebat daripada aspek fizikal atau pakaiannya semasa pertemuan awal akan dianggap mempunyai kebijaksanaan yang tinggi, cerdas atau sihat mentalnya. Oleh itu, jika individu ingin berjaya dalam sesuatu temu duga pekerjaan, maka pakaian dan tingkah laku memainkan peranan yang besar dalam menentukan kejayaan dalam temu duga tersebut.
bulk excavationpenggalian pukalLandskapTiadaKerja mengorek tanah yang dikira secara menyeluruh dalam penggredan tanah.
tarsorrhaphytarsorafiPerubatanTiadaPembedahan untuk menjahitkan kelopak mata atas dengan yang bawah secara menyeluruh atau sebahagian sahaja bagi menutup atau memendekkan pembukaan kelopak mata. Lihat juga blefarorafi.
comprehensive layoutreka letak lengkapKomunikasiKorporatCadangan reka letak iklan bercetak yang disediakan secara menyeluruh. Cadangan reka letak ini dibuat dalam bentuk sebenar dari segi saiz, warna, kedudukan motif, dan mesej. Penghasilan reka letak lengkap iklan adalah secara bercetak, sama ada menggunakan kemudahan komputer atau kaedah lain. Tujuan penyediaan cadangan reka letak lengkap adalah untuk memudahkan pihak perancangan strategi pengiklanan membuat keputusan, sama ada menerima atau menolak rekaan tersebut, memudahkan semakan dibuat oleh pelanggan agensi pengiklanan sebelum memberikan persetujuan akhir dan sebagai alat untuk menguji keberkesanan iklan sebelum penerbitan dan pengedaran seterusnya dilakukan.
intergrated pest managementpengurusan perosak berintegrasiPerhutananPengurusan HutanPengawalan terhadap haiwan atau tumbuhan perosak secara menyeluruh.
nephrotic syndromesindrom nefrotikPerubatanTiadaGejala kompleks yang wujud akibat penyakit ginjal. Antara cirinya ialah edema menyeluruh, hipoalbuminemia dan proteinuria yang teruk.
123

Kembali ke atas