Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mes.ra] | مسرا

Definisi : 1 menyerap atau bercampur benar-benar; berpadu; sebati: Gaul serbuk besi dgn belerang itu sampai ~. 2 sangat rapat atau karib benar (bkn persahabatan dll): Persahabatan mereka ~ sekali. kasih ~ cinta kasih yg erat. ~ alam tidak memudaratkan atau tidak menjejaskan kualiti alam sekitar (bkn penggunaan sesuatu atau sesuatu kegiatan). ~ pengguna mudah digunakan (difahami, dikendalikan dsb) terutamanya oleh orang yg kurang mahir (bkn sesuatu). bermesra 1 bergaul atau bersahabat dgn mesra. 2 bercumbu-cumbuan; berasmara. bermesraan bermesra antara satu dgn yg lain: Pasangan itu dilarang ~ di tempat awam kerana perbuatan itu boleh menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan orang lain. bermesra-mesraan saling menunjukkan sikap mesra; saling memujuk dan merayu (ketika bermesraan). memesrakan 1 menjadikan benar-benar sebati; memadukan. 2 menjadikan mesra; mengeratkan. kemesraan rasa mesra; keadaan mesra: Mereka berasa selesa dgn ~ yg ditunjukkan oleh tuan rumah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[mes.ra] | مسرا

Definisi : 1. bercampur benar-benar, menyerap benar-benar, berpadu, bersebati: gaul serbuk besi dgn belerang sampai ~ di dlm satu lesung; kanji drpd beras ini mudah ~ ke dlm daging kain; 2. erat atau karib benar (ber­sahabat, berkasih-kasihan, dll): laki-laki dan perempuan itu kelihatan berbual-bual dgn amat ~nya; perhubungan yg ~; 3. muluk­-muluk (janji dll), indah-indah, sedap (bunyi dll), nyaman: janji-janji ~ semasa bercinta; suaranya kedengaran lebih ramah dan ~ lagi; ~ alam tidak memudaratkan atau menjejas­kan kualiti alam sekitar: kenderaan ~ alam; ~ pengguna mudah digunakan (difahami, dikendalikan dsb), terutamanya oleh orang yg tidak mahir: komputer ~ pengguna; bermesra, bermesra-mesra 1. bersahabat (bergaul, bercampur) dgn mesra, berbaik-baik, beramah-ramah: sekalian kawan lelaki dan perempuan berkumpul beramai-ramai, ~ bertegur sapa; 2. bercengkerama, bercumbu­cumbu, berasmara: janganlah selalu sangat mencuri naik ke rumah Pak Khamis utk ~ dgn anak gadisnya itu; bermesraan 1. bergaul atau bersahabat dgn ramah mesra antara satu sama lain; Allah mencipta manusia utk berkenalan dan ~ antara satu sama lain, bukannya utk ber-musuh-musuhan dan benci-membenci; 2. melakukan hubungan mesra (memujuk, merayu) ketika memadu kasih asmara, ber­cumbu-cumbuan, bercengkerama; bermesra-mesraan 1. saling menunjukkan sikap mesra antara satu sama lain, bermesra­an: lalu wujudlah perasaan suka bekerja-sama, berkasih sayang dan ~ sehingga berjaya pula mewujudkan sebuah organisasi yg lebih mantap; 2. saling memujuk dan merayu ketika memadu kasih asmara, ber­cumbu-cumbuan: taman bunga merupakan salah satu tempat yg disukai muda-mudi utk ~; memesrai mendatangkan rasa mesra pd: dia sendiri membalas senyum yg diharapkannya benar-benar dapat ~ hati pemuda itu pula; memesrakan 1. memadukan (mencampur­kan) sungguh-sungguh; 2. menyenangkan, menyamankan: Nahidah mulai merasakan sesuatu yg ~ pula; 3. menjadikan (persaha­batan, diri, dsb) lebih rapat dgn pihak lain: dia tidak lagi memberi ruang dlm hatinya utk ~ dirinya dgn Tuhan; termesra sudah berpadu benar; kemesraan perihal mesra: anaknya itu masih kecil, masih haus kpd kemanjaan dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
mesra (adjektif)
1. Bersinonim dengan sebati: berbaur, bersatu, bercampur baur,

2. Bersinonim dengan erat: karib, akrab, ikrab, intim, rapat, dekat,
Berantonim dengan renggang

3. Dalam konteks janji
bersinonim dengan muluk-muluk, indah-indah, gah, sedap, enak, nyaman,

Kata Terbitan : bermesra, memesrakan, kemesraan,

Puisi
 

Rendang sungguh pohon ara,
     Tumbuh subur tepi telaga;
Tidak salah berkenal mesra,
     Tatasusila perlu dijaga.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Tepung kena ragi.

Bermaksud :

Pertemuan yang sangat mesra; pekerjaan yang lancar.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
warm5. cordial, kindly, mesra: they have since become ~ friends, sejak itu mereka menjadi kawan yg mesra; she gave them a ~ smile, dia tersenyum mesra dgn mereka; her ~ and friendly nature made her many friends, krn sifatnya yg mesra dan peramah, dia mempunyai kawan yg ramai; 6. hearty, hangat; (of regards) mesra: there was a ~ response to the appeal, rayuan itu mendapat sambutan yg hangat; the crowd gave the Prime Minister a ~ welcome, orang ramai memberikan sambutan hangat kpd Perdana Menteri; give my ~ regards to him, sampaikan salam mesra saya kepadanya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cordialadj 1. warm, friendly, mesra: a ~ welcome, sambutan yg mesra; her manner was ~ towards me, sikapnya mesra thdp saya; 2. (fml) strong, amat, sangat: she had a ~ hatred for him, dia sangat benci akan lelaki itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unfriendly2. showing unfriendliness, lack of warmth, tdk mesra; (of letter) tdk menunjukkan kemesraan: we met with an ~ reception, kami menerima sambutan yg tdk mesra; we regard this as a most ~ act, kami menganggap ini sbg perbuatan yg paling tdk mesra;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
intimate 1 adj 1. close, familiar, rapat, mesra: he is ~ with the author, dia rapat dgn penulis itu; this ~ relationship lasted a lifetime, hubungan mesra ini berkekalan hingga ke akhir hayat; we were never ~ with our neighbours, kami tdk pernah rapat dgn jiran; ~ friend, kawan /karib, rapat/, sahabat rapat; be on ~ terms, sangat mesra: the two are on ~ terms, mereka berdua sangat mesra;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pally adj ( colloq ) mesra: she became very ~ with him, dia menjadi sangat mesra dengannya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
mateyadj (colloq) mesra, karib: she is getting too ~ with him, dia menjadi terlalu mesra dengannya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
genialadj 1. cheerfully amiable, ramah, mudah mesra; (of smile) mesra: publicans are often depicted as very ~ people, tuan punya pub selalunya digambarkan sbg orang yg ramah; our host’s ~ manner made us feel at ease, sifat ramah tuan rumah membuat kami berasa selesa; 2. (ref to climate) mild, nyaman.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
heartyadj 1. cordial, mesra: he was given a ~ welcome, dia diberi sambutan yg mesra; 2. enthusiastic, unrestrained, kuat: ~ laughter, ketawa yg kuat; a ~ push, menolak dgn kuat; ~ support, sokongan kuat; 3. (of feelings) amat sangat: ~ dislike, kebencian yg amat sangat; ~ appetite, berselera sekali.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
affectionateadj 1. possessing, showing affection, pengasih, penyayang: she is naturally ~, dia memang penyayang; 2. expressive of affection, mesra: an ~ greeting, sapaan mesra; an ~ smile, senyuman mesra.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
short~ and sweet, (often ironic) singkat dan mesra: his visit was ~ and sweet, lawatannya singkat dan mesra; ~for, kependekan, singkatan: DBP is ~ for Dewan Bahasa dan Pustaka, DBP ialah kependekan bagi Dewan Bahasa dan Pustaka; Bob is ~ for Robert, Bob ialah singkatan bagi Robert;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234567

Kembali ke atas