Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mes.ra] | مسرا

Definisi : 1 menyerap atau bercampur benar-benar; berpadu; sebati: Gaul serbuk besi dgn belerang itu sampai ~. 2 sangat rapat atau karib benar (bkn persahabatan dll): Persahabatan mereka ~ sekali. kasih ~ cinta kasih yg erat. ~ alam tidak memudaratkan atau tidak menjejaskan kualiti alam sekitar (bkn penggunaan sesuatu atau sesuatu kegiatan). ~ pengguna mudah digunakan (difahami, dikendalikan dsb) terutamanya oleh orang yg kurang mahir (bkn sesuatu). bermesra 1 bergaul atau bersahabat dgn mesra. 2 bercumbu-cumbuan; berasmara. bermesraan bermesra antara satu dgn yg lain: Pasangan itu dilarang ~ di tempat awam kerana perbuatan itu boleh menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan orang lain. bermesra-mesraan saling menunjukkan sikap mesra; saling memujuk dan merayu (ketika bermesraan). memesrakan 1 menjadikan benar-benar sebati; memadukan. 2 menjadikan mesra; mengeratkan. kemesraan rasa mesra; keadaan mesra: Mereka berasa selesa dgn ~ yg ditunjukkan oleh tuan rumah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[mes.ra] | مسرا

Definisi : 1. bercampur benar-benar, menyerap benar-benar, berpadu, bersebati: gaul serbuk besi dgn belerang sampai ~ di dlm satu lesung; kanji drpd beras ini mudah ~ ke dlm daging kain; 2. erat atau karib benar (ber­sahabat, berkasih-kasihan, dll): laki-laki dan perempuan itu kelihatan berbual-bual dgn amat ~nya; perhubungan yg ~; 3. muluk­-muluk (janji dll), indah-indah, sedap (bunyi dll), nyaman: janji-janji ~ semasa bercinta; suaranya kedengaran lebih ramah dan ~ lagi; ~ alam tidak memudaratkan atau menjejas­kan kualiti alam sekitar: kenderaan ~ alam; ~ pengguna mudah digunakan (difahami, dikendalikan dsb), terutamanya oleh orang yg tidak mahir: komputer ~ pengguna; bermesra, bermesra-mesra 1. bersahabat (bergaul, bercampur) dgn mesra, berbaik-baik, beramah-ramah: sekalian kawan lelaki dan perempuan berkumpul beramai-ramai, ~ bertegur sapa; 2. bercengkerama, bercumbu­cumbu, berasmara: janganlah selalu sangat mencuri naik ke rumah Pak Khamis utk ~ dgn anak gadisnya itu; bermesraan 1. bergaul atau bersahabat dgn ramah mesra antara satu sama lain; Allah mencipta manusia utk berkenalan dan ~ antara satu sama lain, bukannya utk ber-musuh-musuhan dan benci-membenci; 2. melakukan hubungan mesra (memujuk, merayu) ketika memadu kasih asmara, ber­cumbu-cumbuan, bercengkerama; bermesra-mesraan 1. saling menunjukkan sikap mesra antara satu sama lain, bermesra­an: lalu wujudlah perasaan suka bekerja-sama, berkasih sayang dan ~ sehingga berjaya pula mewujudkan sebuah organisasi yg lebih mantap; 2. saling memujuk dan merayu ketika memadu kasih asmara, ber­cumbu-cumbuan: taman bunga merupakan salah satu tempat yg disukai muda-mudi utk ~; memesrai mendatangkan rasa mesra pd: dia sendiri membalas senyum yg diharapkannya benar-benar dapat ~ hati pemuda itu pula; memesrakan 1. memadukan (mencampur­kan) sungguh-sungguh; 2. menyenangkan, menyamankan: Nahidah mulai merasakan sesuatu yg ~ pula; 3. menjadikan (persaha­batan, diri, dsb) lebih rapat dgn pihak lain: dia tidak lagi memberi ruang dlm hatinya utk ~ dirinya dgn Tuhan; termesra sudah berpadu benar; kemesraan perihal mesra: anaknya itu masih kecil, masih haus kpd kemanjaan dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
mesra (adjektif)
1. Bersinonim dengan sebati: berbaur, bersatu, bercampur baur,

2. Bersinonim dengan erat: karib, akrab, ikrab, intim, rapat, dekat,
Berantonim dengan renggang

3. Dalam konteks janji
bersinonim dengan muluk-muluk, indah-indah, gah, sedap, enak, nyaman,

Kata Terbitan : bermesra, memesrakan, kemesraan,

Puisi
 

Rendang sungguh pohon ara,
     Tumbuh subur tepi telaga;
Tidak salah berkenal mesra,
     Tatasusila perlu dijaga.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Tepung kena ragi.

Bermaksud :

Pertemuan yang sangat mesra; pekerjaan yang lancar.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Majalah

Dewan Budaya » 2014 » May
HUBUNGAN CHINA-MALAYSIA admin on May 1st, 2014 Oleh Zhang Hong Bulan ini menyaksikan sambutan ulang tahun ke-40 terjalinnya hubungan diplomatik China–Malaysia. Yang dapat disaksikan sekarang ialah hubungan mesra antara rakyat dengan kerajaan kedua-dua buah negara telah terbukti mencapai tahap yang tinggi. Hal ini terpancar berasaskan persahabatan rakyat kedua-dua buah negara itu yang terjalin sejak beratus-ratus
Dewan Budaya » 2015 » May
ibu kota dalam naskhah dan pentas? Untuk saya, tidak. Kita kena kenal akan sifat, sikap, dan pemikiran mereka, sekali gus cabaran harian yang dihadapi oleh mereka. Khalid Salleh, yang lebih mesra dipanggil Wak Khalid, amat arif dengan dunia mereka kerana dia sendiri membesar di kaki lima ibu kota. Namun begitu, untuk naskhah Kena Main , Wak Khalid memilih bahasa yang murni sahaja
Dewan Budaya » 2015 » March
rencam budaya. Penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kaum turut mewarnai negeri yang bersejarah itu. Antara kaum tersebut termasuklah Chetti yang sudah bertapak sejak zaman kesultanan Melayu Melaka. Ranum senyum berbunga mesra Seakrab hati berseri indah Manis rasa menatap seri puspa Bersanggul nyonya berkebaya labuh Anggun menawan menggamit jiwa Petikan rangkap pertama dalam sajak “Permata Kota Melaka”, secara jujur, memperlihatkan keramahan dan rasmi tersebut dan mungkin dalam majlis yang lain juga, beliau menggunakan bahasa asing itu untuk berkomunikasi dengan mereka yang tidak menuturkan dan memahami bahasa ibundanya. Dengan hal yang demikian, suasana mesra dan saling memahami timbul dengan lebih cepat dan perbualan menjadi lebih rancak. Ketika menyampaikan syarahan yang dapat dianggap sebagai majlis rasmi, beliau menggunakan bahasa ibundanya walaupun 99 peratus daripada audiens
Dewan Masyarakat | Transformasi Perkhidmatan Awam
tidak menentu. Namun jika difikirkan secara logik, mereka sebenarnya tidak rugi apa-apa jika “menghadiahkan” pesakit sebuah senyuman. Kerajaan sering menguar-uarkan sikap negatif kakitangan awam “barisan hadapan” yang kurang mesra apabila berurusan dengan pelanggan. Pelbagai kaedah sudah dilakukan oleh kerajaan demi meningkatkan tahap keyakinan rakyat terhadap semua jenis perkhidmatan awam yang terdapat di negara ini. Keadaan yang berlaku disebabkan sikap
Dewan Budaya » 2014 » January
dipandang mata, begitulah juga wanita yang memiliki kecantikan tidak akan membawa apa-apa makna tanpa kehalusan budi pekerti dan sopan santun. Jika diteliti pantun pada awal tulisan ini, memberikan peringatan mesra kepada kaum lelaki agar berhati-hati memilih calon isteri kerana kecantikan semata-mata tidak akan menjamin kebahagiaan rumah tangga. Kecantikan itu perlulah seiring dengan keelokan tingkah laku calon isteri. Hakikatnya
Dewan Budaya » 2014 » December
bertemu dengan seorang pakar yang mampu menilai barang antik sehingga dirinya memiliki sebuah kedai di Jalan Laksamana. Azilan, 54 tahun, merupakan peniaga, pengumpul, dan pakar barang antik. Azilan, yang lebih mesra disapa dengan panggilan Allen oleh rakan dan pengumpul barang antik, sudah mempunyai pengalaman berniaga lebih daripada 20 tahun. Namun demikian, minatnya terhadap barang antik, terutama duit, mula menapak dalam diri
Dewan Budaya » 2015 » October
kalah. Untuk menjawab pertanyaan kedua, mungkin Ramlah menemukan mayat Leha lebih dahulu kerana berada berhampiran dengannya. Kemudian barulah dicari anaknya pula, yang berada jauh daripadanya. Mungkin juga hubungan baik dan mesra antara Ramlah dengan Leha menyebabkannya bertindak sedemikian, lebih-lebih lagi dialah yang merawat kecederaan Leha yang meninggalkan komunis, yang dianggapnya tidak mendatangkan manfaat. Pastinya ada persoalan lain yang bermain dalam
Dewan Budaya » 2013 » March
bersungguh-sungguh untuk “kecek luar”. Itulah rentetan sebahagian daripada kisah kehidupan si pemandu teksi yang gigih bekerja untuk mencari sesuap nasi.Walaupun sukar, mereka tetap melayan pelanggan mereka dengan senyuman, mesra dan ikhlas.Nilai murni inilah yang seharusnya menjadi amalan generasi muda pada hari ini. Malah toleransi budaya turut terpancar dengan jelas melalui komunikasi. Kita akan berusaha menggunakan bahasa yang paling

Kembali ke atas