Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mes.ra] | مسرا

Definisi : 1 menyerap atau bercampur benar-benar; berpadu; sebati: Gaul serbuk besi dgn belerang itu sampai ~. 2 sangat rapat atau karib benar (bkn persahabatan dll): Persahabatan mereka ~ sekali. kasih ~ cinta kasih yg erat. ~ alam tidak memudaratkan atau tidak menjejaskan kualiti alam sekitar (bkn penggunaan sesuatu atau sesuatu kegiatan). ~ pengguna mudah digunakan (difahami, dikendalikan dsb) terutamanya oleh orang yg kurang mahir (bkn sesuatu). bermesra 1 bergaul atau bersahabat dgn mesra. 2 bercumbu-cumbuan; berasmara. bermesraan bermesra antara satu dgn yg lain: Pasangan itu dilarang ~ di tempat awam kerana perbuatan itu boleh menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan orang lain. bermesra-mesraan saling menunjukkan sikap mesra; saling memujuk dan merayu (ketika bermesraan). memesrakan 1 menjadikan benar-benar sebati; memadukan. 2 menjadikan mesra; mengeratkan. kemesraan rasa mesra; keadaan mesra: Mereka berasa selesa dgn ~ yg ditunjukkan oleh tuan rumah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[mes.ra] | مسرا

Definisi : 1. bercampur benar-benar, menyerap benar-benar, berpadu, bersebati: gaul serbuk besi dgn belerang sampai ~ di dlm satu lesung; kanji drpd beras ini mudah ~ ke dlm daging kain; 2. erat atau karib benar (ber­sahabat, berkasih-kasihan, dll): laki-laki dan perempuan itu kelihatan berbual-bual dgn amat ~nya; perhubungan yg ~; 3. muluk­-muluk (janji dll), indah-indah, sedap (bunyi dll), nyaman: janji-janji ~ semasa bercinta; suaranya kedengaran lebih ramah dan ~ lagi; ~ alam tidak memudaratkan atau menjejas­kan kualiti alam sekitar: kenderaan ~ alam; ~ pengguna mudah digunakan (difahami, dikendalikan dsb), terutamanya oleh orang yg tidak mahir: komputer ~ pengguna; bermesra, bermesra-mesra 1. bersahabat (bergaul, bercampur) dgn mesra, berbaik-baik, beramah-ramah: sekalian kawan lelaki dan perempuan berkumpul beramai-ramai, ~ bertegur sapa; 2. bercengkerama, bercumbu­cumbu, berasmara: janganlah selalu sangat mencuri naik ke rumah Pak Khamis utk ~ dgn anak gadisnya itu; bermesraan 1. bergaul atau bersahabat dgn ramah mesra antara satu sama lain; Allah mencipta manusia utk berkenalan dan ~ antara satu sama lain, bukannya utk ber-musuh-musuhan dan benci-membenci; 2. melakukan hubungan mesra (memujuk, merayu) ketika memadu kasih asmara, ber­cumbu-cumbuan, bercengkerama; bermesra-mesraan 1. saling menunjukkan sikap mesra antara satu sama lain, bermesra­an: lalu wujudlah perasaan suka bekerja-sama, berkasih sayang dan ~ sehingga berjaya pula mewujudkan sebuah organisasi yg lebih mantap; 2. saling memujuk dan merayu ketika memadu kasih asmara, ber­cumbu-cumbuan: taman bunga merupakan salah satu tempat yg disukai muda-mudi utk ~; memesrai mendatangkan rasa mesra pd: dia sendiri membalas senyum yg diharapkannya benar-benar dapat ~ hati pemuda itu pula; memesrakan 1. memadukan (mencampur­kan) sungguh-sungguh; 2. menyenangkan, menyamankan: Nahidah mulai merasakan sesuatu yg ~ pula; 3. menjadikan (persaha­batan, diri, dsb) lebih rapat dgn pihak lain: dia tidak lagi memberi ruang dlm hatinya utk ~ dirinya dgn Tuhan; termesra sudah berpadu benar; kemesraan perihal mesra: anaknya itu masih kecil, masih haus kpd kemanjaan dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
mesra (adjektif)
1. Bersinonim dengan sebati: berbaur, bersatu, bercampur baur,

2. Bersinonim dengan erat: karib, akrab, ikrab, intim, rapat, dekat,
Berantonim dengan renggang

3. Dalam konteks janji
bersinonim dengan muluk-muluk, indah-indah, gah, sedap, enak, nyaman,

Kata Terbitan : bermesra, memesrakan, kemesraan,

Puisi
 

Rendang sungguh pohon ara,
     Tumbuh subur tepi telaga;
Tidak salah berkenal mesra,
     Tatasusila perlu dijaga.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Tepung kena ragi.

Bermaksud :

Pertemuan yang sangat mesra; pekerjaan yang lancar.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
walkaboutjelajah mesraUmumTiadaTiada
organic farmingperladangan organikMakanan dan PemakananMakananSistem perladangan alternatif yang mesra alam. Perladangan organik melibatkan kaedah penanaman dan penternakan yang tidak menggunakan racun perosak, baja sintetik, organisma diubah suai secara genetik, antibiotik dan hormone pertumbuhan. Perladangan organik menggunakan baja organik seperti baja kompos, najis dan tulang. Perladangan jenis ini menekankan penggunaan teknik seperti pergiliran tanaman dan penanaman regu serta penggunaan kawalan perosak secara biologi.
homogeneous reactorreaktor homogenFizikModenReaktor nuklear yang bahan boleh belahnya dan moderatornya (jika digunakan) dicampurkan sampai mesra untuk membentuk medium homogen secara berkesan bagi neutron.
relexation functiontugas santaianKomunikasiKorporatSalah satu fungsi bahagian korporat dalam sesebuah organisasi yang bertanggungjawab mewujudkan keadaan keseimbangan dalam pelbagai aspek komunikasi, sama ada dengan khalayak dalaman atau khalayak luaran. Keadaan keseimbangan ini boleh mengelakkan ketegangan komunikasi dalam sesebuah organisasi di samping mengekalkan dan meningkatkan paras kepuasan dan kesetiaan pekerja terhadap organisasi berkenaan. Langkah yang biasa dilakukan oleh organisasi adalah dengan menyediakan ruang persekitaran pekerjaan yang mesra pelanggan dan mesra pekerja, serta kemudahan lain yang mudah diperoleh dan digunakan oleh pelanggan dan pekerja.
client-centered psychotherapypsikoterapi pemusatan klienPsikologiPsikologi UmumTeknik yang berasaskan pada anggapan bahawa klien boleh mengatasi masalah mereka dengan bantuan ahli terapi yang mewujudkan suasana yang mesra dan bersifat terbuka sehingga klien berasa bebas untuk berkongsi masalahnya. Teknik ini menggalakkan ahli terapi supaya hanya berperanan membantu, menggalak dan merangsangkan suasana supaya klien dapat mengenal pasti masalah dan membuat keputusan sendiri untuk mengatasi masalah mereka.
nondirective approachpendekatan tidak berpetunjukPsikologiPsikologi UmumPendekatan yang memotivasikan klien untuk menyedari potensinya dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi tanpa diberi petunjuk oleh kaunselor. Sebaliknya, kaunselor memberikan pengakuan positif tanpa syarat dengan menerima apa-apa yang dilahirkan oleh klien dengan sifat terbuka, mesra dan berempati. Dengan mewujudkan suasana yang menyakinkan seperti ini, klien dapat membuat keputusan yang boleh memperbaik kehidupan mereka. Pendekatan ini sering digunakan oleh kaunselor dalam terapi berpusatkan klien.
mechanical requirementkeperluan mekanikalKomunikasiKorporatMesej iklan bercetak yang mengandungi penyataan yang bersifat teknikal. Sesuatu barangan bersifat teknikal diiklankan melalui media cetak perlu dijelaskan ciri teknikalnya bagi memudahkan kefahaman bakal pembeli. Maklumat teknikal tersebut boleh mengandungi ciri teknikal yang baru atau lama yang telah dipertingkatkan kecekapannya, ciri mesra pelanggan, unsur keselamatan atau panduan penggunaan yang membolehkan barangan mencapai jangka hayat yang panjang. Tujuan penjelasan maklumat yang bersifat teknikal ini adalah untuk meningkatkan keyakinan bakal pembeli terhadap mutu barangan. Mesej boleh disampaikan dalam pelbagai bentuk rekaan perkataan atau imej visual, seperti secara pegun atau tiga dimensi.
five-factor model of personalitymodel personaliti lima faktorPsikologiPsikologi UmumModel yang mencadangkan bahawa personaliti individu boleh dilihat melalui lima dimensi asas dan sejagat. Model yang diringkaskan daripada 16 faktor Cattell ini terdiri daripada darjah-darjah keekstroversian, kesetujuan, kehematan, keneurotismaan dan keterbukaan. Individu yang tinggi keekstroversiannya memperlihatkan sifat-sifat seperti peramah, aktif, mesra dan suka berkawan, tetapi sebaliknya individu yang rendah kesetujuannya akan menjadi seorang yang mudah mengkritik, syak wasangka, bengis dan jengkel. Individu yang berhemat pula akan bekerja keras, teliti, bersungguh-sungguh dan teratur serta menepati waktu. Individu yang tinggi tahap keterbukaannya akan menunjukkan sifat kreatif, ingin tahu, asli dan imaginatif. Individu yang tinggi keneurotismaannya akan lebih banyak resah, terlalu mengikut perasaan dan emosional. Dengan menggunakan model lima faktor, individu boleh diuji untuk mengenal pasti tahap personalitinya berdasarkan lima sifat tersebut.
commercial retention ratekadar pengekalan perniagaanKomunikasiKorporatTahap hubungan akrab antara pelanggan dengan peniaga. Sesebuah organisasi atau syarikat akan berusaha mengekalkan hubungan perniagaan antara pelanggan dengan peniaga secara berterusan bagi meningkatkan tahap pengekalan dan kesetiaan pelanggan kepada sesebuah organisasi perniagaan. Usaha ini boleh dilakukan melalui pelbagai kaedah dalam komunikasi korporat. Contohnya, mewujudkan kad keahlian, memberikan tawaran istimewa kepada ahli, menyediakan kaunter khas perkhidmatan pelanggan untuk ahli, dan mengekalkan komunikasi mesra pelanggan.
concept testingpengujian konsepKomunikasiKorporatKaedah kajian khalayak untuk menilai strategi kreatif sesuatu konsep pengiklanan. Penyediaan sesuatu kempen pengiklanan memerlukan konsep yang bukan sahaja bersesuaian dengan imej syarikat yang menghasilkan barangan tetapi perlu bersesuaian dengan penerimaan khalayak sasaran iklan semasa. Kaedah ini mengandaikan sekiranya terdapat keserasian konsep antara barangan dengan penerimaan khalayak, maka hasil keberkesanan iklan adalah tinggi. Oleh itu, ujian ini dianggap kritikal dalam proses pengiklanan. Contohnya, iklan penjenamaan imej syarikat petroleum semasa musim perayaan. Syarikat ini diuar-uarkan sebagai syarikat yang mesra keluarga semasa masyarakat sedang memperkatakan tentang isu ibu bapa tunggal. Pihak pengiklan menggunakan isu ini untuk menarik perhatian khalayak dengan melambangkan seorang ibu yang terpaksa meminta bantuan anak-anak untuk mewujudkan kemeriahan sambutan hari raya. Melalui iklan ini, ditonjolkan autoriti penjaga, kesepaduan hubungan adik-beradik, kesediaan memikul tanggung-jawab, hormat

Kembali ke atas