Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mi.num] | مينوم

Definisi : = meminum 1. meneguk atau mene­lan sesuatu yg cair (air, susu, dll); 2. Id meng­hisap (rokok, candu, dll): janganlah engkau ~ madat, kerana itu mendatangkan bebe-rapa celaka dan kebinasaan; ~ serasa duri, makan serasa lilin, tidur tak lena, mandi tak basah prb seseorang yg sangat bersusah hati; meminumkan 1. memberi minum kpd: se-orang menyediakan makanan dan seorang lagi ~ air kepadanya dgn sepuas-puasnya; 2. menyuruh (meminta supaya) minum; ~ kuda; terminum 1. minum dgn tidak sengaja, telahatau sudah diminum; 2. boleh (dapat) di­minum;minuman barang cair yg boleh diminum; ~keras minuman yg memabukkan;peminuman perbuatan (proses) meminumair dsb: bahan radioaktif masuk ke dlm tubuhmanusia melalui proses pemakanan dan ~; peminum orang yg suka (gemar, ketagih) meminum minuman keras. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
minum (kata kerja)
Bersinonim dengan meneguk, menggogok, menggelogok, menogok, menogak, menunggang, menghisap, menghirup, menyedut, menelan, menjilat, mereguk;,
Kata Terbitan : terminum, minuman, peminum,

Puisi
 

Minum kopi taruh susu,
     Kurang manis taruh gula;
Kalau ikut hawa nafsu,
     Kalau tak mati separuh gila.


Lihat selanjutnya...(36)
Peribahasa

Minum air terasa duri,
     santap nasi terasa lilin.

Bermaksud :

Sangat bersusah hati.

 

Lihat selanjutnya...(15)

Lihat selanjutnya...(1)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
langgah[lAN.gAh]kata kerja1. minum banyak-banyak (dengan sekali gus).Depa langgah ayaq sirap tu sampai habeh pasai depa dahaga.[dE.pA lAN.gAh A.jA)Ö si.ÒAp tu sAm.pAj hA.beh pA.sAj dE.pA dA.hA.gA]Mereka minum banyak-banyak air sirap itu sekali gus sehingga habis kerana mereka dahaga.
jeret[dZ«.Òet]kata kerjameminum sekadar membasahkan tekak, minum sedikit.Dia tu tengah leteh, bagi dia jerit ayaq sikit.[di.jA tu t«.NAh l«.teh bA.gi di.jA dZ«.Òet A.jA)Ö si.kit]Dia sedang keletihan, berilah dia minum sedikit air.
menyorok[m«.ø.ҍ/]kata kerjasarapan, minum pagi, kudapan.Depa menyorok pulot kukuih dengan tamban kiat bila nak pi bendang.[dE.pA m«.ø.ҍ/ pu.lot ku.kuih d«.NAn tAm.bAn ki.jAt bi.lA nA/ pi b«n.dAN]Mereka berkudapan pulut kukus dengan ikan tamban kering goreng sebelum turun ke sawah.
heboi[hE.bj]kata adjektifbuncit (tentang perut), boroi.Orang hak dok makan arak tu, perut dia heboi.[.ÒAN hA/ do/ mA.kAn A.ÒA/ tu p«.Òot di.jA hE.bj]Perut orang yang selalu minum arak itu kelihatan buncit.
ledong[lE.dN]kata adjektifberkenaan dengan gaya berjalan yang tidak tentu arah, terhoyong-hayang.Baru kena sebotoi dah ledong.[bA.Òu k«.nA s«.b.tj dAh lE.dN]Dia berjalan terhoyong-hayang walaupun baru minum sebotol arak.
dikiaq[di.ki.jAâÖ]kata namalagu tradisi Melayu di Kedah yang dinyanyikan secara berkumpulan (biasanya orang lelaki). Liriknya daripada kitab Syaraful Anam (kitab berzanji). Dinyanyikan pada malam hari (biasanya hingga hampir pagi) pada majlis perkahwinan, berkhatan, berkhatam QurOrang bedikiaq kena minum banyak srebat campoq bijik selaseh.[.ÒAN b«.di.ki.jAâÖ k«.nA mi.num bA.øA/ sÒ«.bAt tSAm.pâÖ bi.dZi/ s«.lA.seh]Orang yang berdikir perlu banyak meminum air sirap tanpa ais yang dicampur dengan biji selasih.
celepete[tSE.lE.pE.tE]kata adjektifberkenaan gaya berjalan yang terhuyung-hayang, merewang dan tidak tetap atau tidak teratur langkahnya, (seperti kanak-kanak yang baru belajar berjalan atau bertatih, mabuk dan lain-lain).Baru kena sekoleh, jalan pon celepete.[bA.Òu k«.nA s«.k.lEh dZA.lAn pon tSE.lE.pE.tE]Baru minum sekoleh tuak, jalannya pun terhuyung-hayang.

Kembali ke atas