Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mi.num] | مينوم

Definisi : = meminum 1. meneguk atau mene­lan sesuatu yg cair (air, susu, dll); 2. Id meng­hisap (rokok, candu, dll): janganlah engkau ~ madat, kerana itu mendatangkan bebe-rapa celaka dan kebinasaan; ~ serasa duri, makan serasa lilin, tidur tak lena, mandi tak basah prb seseorang yg sangat bersusah hati; meminumkan 1. memberi minum kpd: se-orang menyediakan makanan dan seorang lagi ~ air kepadanya dgn sepuas-puasnya; 2. menyuruh (meminta supaya) minum; ~ kuda; terminum 1. minum dgn tidak sengaja, telahatau sudah diminum; 2. boleh (dapat) di­minum;minuman barang cair yg boleh diminum; ~keras minuman yg memabukkan;peminuman perbuatan (proses) meminumair dsb: bahan radioaktif masuk ke dlm tubuhmanusia melalui proses pemakanan dan ~; peminum orang yg suka (gemar, ketagih) meminum minuman keras. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
minum (kata kerja)
Bersinonim dengan meneguk, menggogok, menggelogok, menogok, menogak, menunggang, menghisap, menghirup, menyedut, menelan, menjilat, mereguk;,
Kata Terbitan : terminum, minuman, peminum,

Puisi
 

Minum kopi taruh susu,
     Kurang manis taruh gula;
Kalau ikut hawa nafsu,
     Kalau tak mati separuh gila.


Lihat selanjutnya...(36)
Peribahasa

Minum air terasa duri,
     santap nasi terasa lilin.

Bermaksud :

Sangat bersusah hati.

 

Lihat selanjutnya...(15)

Lihat selanjutnya...(1)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
suki Kdbekas kecil yang dibuat daripada buluh yang digunakan untuk minum tapai.Kali ini mereka minum tapai dari suki, dengan menghisap terus air tapai dari tempayannya. Tidak lagi menggunakan gelas ataupun mangkuk.Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
baung Bj Smbekas minuman yang diperbuat daripada tempurung kelapa.Orang-orang Mumus itu naik ke rumah Datu Unduk sesudah membasuh kaki dan minum air sejuk yang diberikan di dalam baung. Mereka minum bergilir-gilir.Si GuntingGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ngirup Ibminum.Jangan buat macam tu. Kita ngirup untuk kejayaan. Bukannya bunuh-membunuh.Gugurnya Langit Hijau Nanga TigaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mararasak Mracara minum tapai dalam majlis perkahwinan.Seperti biasa, pihak pengantin lelaki akan beratur berpasangan dengan pihak pengantin perempuan dalam upacara mararasak, mengikut adat orang-orang Murut di situ.Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
monogit Kdupacara makan minum bersama keluarga dan jiran yg berlangsung selama seminggu untuk meraikan hasil tuaian yang banyak.Upacara Magavau disusuli dengan upacara keramaian atau Humabot dan upacara keriangan atau Monogit. Dalam upacara ini tarian-tarian tradisional masyarakat Kadazan/Dusun akan dipersembahkan dengan diiringi minuman tradisi seperti tapai, bahar dan lihing.Upacara Magavau: Kemanakah Menghilang?Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
maginum Kd, Mrmajlis minum minuman keras.Pada suatu hari Si Ongga pergi ke majlis maginum. Kehadiran Si Ongga telah diketahui oleh orang tua kampung.Si GuntingGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
rabat Ibsuasana kesedihan kerana kematian.Watt jangan terlalu minum arak dan langkau. Ini rabat hari kematian bukan bergawai. Watt tentu tahu. Kadang-kadang orang yang datang itu bukan untuk menghormati orang mati, tetapi bersukaria.Antologi Cerpen Bunga RimbaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
andui-andui Mr Tlsejenis tarian untuk memeriahkan upacara peraduan minum tapai dalam sesebuah majlis perkahwinan.Satu lagi tarian orang-orang Murut, ialah tarian Andui-andui.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sagantang Kdnama lain (eufemisme) bagi tapai.Badan Lina terhuyung-hayang macam orang yang mabuk minum Sagantang.Proton Saga KelabuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ragang palad Kd KBsejenis roh jahat27. Ragang Palad – Tinggal di bawah rumah, kerjanya minum darah manusia.Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota BeludGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
12

Kembali ke atas