Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mi.num] | مينوم

Definisi : = meminum 1. meneguk atau mene­lan sesuatu yg cair (air, susu, dll); 2. Id meng­hisap (rokok, candu, dll): janganlah engkau ~ madat, kerana itu mendatangkan bebe-rapa celaka dan kebinasaan; ~ serasa duri, makan serasa lilin, tidur tak lena, mandi tak basah prb seseorang yg sangat bersusah hati; meminumkan 1. memberi minum kpd: se-orang menyediakan makanan dan seorang lagi ~ air kepadanya dgn sepuas-puasnya; 2. menyuruh (meminta supaya) minum; ~ kuda; terminum 1. minum dgn tidak sengaja, telahatau sudah diminum; 2. boleh (dapat) di­minum;minuman barang cair yg boleh diminum; ~keras minuman yg memabukkan;peminuman perbuatan (proses) meminumair dsb: bahan radioaktif masuk ke dlm tubuhmanusia melalui proses pemakanan dan ~; peminum orang yg suka (gemar, ketagih) meminum minuman keras. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
minum (kata kerja)
Bersinonim dengan meneguk, menggogok, menggelogok, menogok, menogak, menunggang, menghisap, menghirup, menyedut, menelan, menjilat, mereguk;,
Kata Terbitan : terminum, minuman, peminum,

Puisi
 

Minum kopi taruh susu,
     Kurang manis taruh gula;
Kalau ikut hawa nafsu,
     Kalau tak mati separuh gila.


Lihat selanjutnya...(36)
Peribahasa

Minum air terasa duri,
     santap nasi terasa lilin.

Bermaksud :

Sangat bersusah hati.

 

Lihat selanjutnya...(15)

Lihat selanjutnya...(1)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
drinking fountainpancuran minumLandskapTiadaPancutan air minum yang terdapat di taman dan siar kaki untuk kegunaan orang ramai.
drinking fountainpancuran minumLandskapTiadaPancutan air minum yang terdapat di taman dan siar kaki untuk kegunaan orang ramai.
water, drinking syn.water portableair minumHidrologiTiadaAir yang sesuai untuk di minum.
tea gardentaman minum tehLandskapTiadaKawasan berlandskap yang direka bentuk dengan kelengkapan yang sesuai untuk upacara minum teh bagi masyarakat Jepun.
tea gardentaman minum tehLandskapTiadaKawasan berlandskap yang direka bentuk dengan kelengkapan yang sesuai untuk upacara minum teh bagi masyarakat Jepun.
tea houserumah minum tehLandskapTiadaPondok kecil yang terdapat di dalam taman Jepun berfungsi sebagai tempat upacara minum teh.
high teaminum lewat petangPentadbiran PerniagaanTiadaHidangan makanan berat yang dinikmati di antara pukul 3.30 hingga 6.00 petang seperti mi rebus, nasi goreng dan aneka lauk-pauk selain kuih-muih.
afternoon teaminum petangPentadbiran PerniagaanTiadaHidangan teh dan kuih-muih yang biasanya disajikan pada pukul 4.00 petang.
sham drinkingminum mainVeterinarTiadaTiada
drinkeralat minumVeterinarTiadaTiada
123456

Kembali ke atas