Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mi.rip] | ميريڤ

Definisi : menyerupai benar; hampir sama (bkn rupa dll): Wajahnya ~ wajah ibunya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[mi.rip] | ميريڤ

Definisi : hampir sama atau serupa (dgn), me­nyerupai benar: mukanya ~ ke wajah ayah-nya; kemiripan perihal atau keadaan mirip (dgn). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
mirip (kata kerja)
Bersinonim dengan seakan-akan, serupa dengan, menyerupai, hampir sama dengan, menyamai, seiras dengan, irap, meh-meh, macam, seperti;,
Kata Terbitan : kemiripan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana menulis perkataan yang ada 'ala' di hadapannya. Contoh: Ala Inggeris. (mirip-mirip Inggeris). Perlukah diletakkan tanda sempang di hadapan perkataan Inggeris itu? Contoh: Ala-Inggeris.Ejaan yang betul ialah ala Inggeris.Ejaan02.12.2011
Assalamualaikum, Saya ingn bertanya berkaitan golongan kata bagi perkataan 'mirip'. Jika diteliti dalam PRPM, 'mirip' dikategorikan sebagai kata kerja. Pada pandangan saya, 'mirip' lebih cenderung digolongkan sebagai kata adjektif kerana dapat digandingkan dengan kata penguat. Apakah kriteria yang digunakan oleh PRPM untuk menggolongkan perkataan 'mirip' dalam kategori kata kerja?
Perkataan mirip telah dikategorikan sebagai kata kerja. Sila rujuk Tesaurus Bahasa Melayu Dewan.
Mirip didefinisikan sebagai menyerupai benar; hampir sama (bkn rupa dll): Wajahnya ~ wajah ibunya.

Merujuk kepada definisi menyerupai benar tersebut, 'menyerupai' merupakan kata kerja yang memberi makna kepada mirip.
Tatabahasa27.08.2012
Selamat sejahtera. Berdasarkan Tatabahasa Dewan (m/s 166), imbuhan ber- yang mirip dengan pengertian pasif itu dikira kata kerja pasif ataupun kata kerja tak transitif. Contoh: Baju saya belum berbasuh. Kata kerja berbasuh diambil kira sebagai kata kerja pasif ataupun kata kerja tak transitif. Sekian, terima kasih.Dalam buku Tatabahasa Dewan diterangkan bahawa perkataan tersebut (seperti contoh yang diberikan) mirip dengan pengertian pasif tetapi kelas kata tetap kata kerja tak transitif.Tatabahasa11.01.2012
Apakah ejaan sebenar 'ohsom/osom/ wan tu som'? (permainan kanak - kanak Malaysia yang mirip rock paper scissors tetapi menggunakan batu, air dan burung).Salam sejahtera,

Tuan,

Setakat ini masih tiada ejaan yang terakam untuk perkataan yang dinyatakan. Pihak DBP akan maklumkan kepada tuan jika ada ejaan yang telah dikenal pasti.

Sekian, terima kasih.
Ejaan07.09.2018
Apakah english reflexive pronouns dalam bahasa Melayu? Adakah sendiri, dirinya sendiri, diri, dirinya merupakan perkataan yang mirip gantinama reflexive bahasa inggeris? Saya cari 'sendiri' dan didapati ia termasuk dalam tatabahasa bahasa melayu golongan kata nama. Tolong beri penerangan. terima kasih.

Istilah reflexive pronoun dalam bahasa Melayu ialah kata ganti refleksif. Sila rujuk buku-buku berkenaan untuk mengetahui maknanya dengan lebih lanjut.

Istilah07.10.2010
laksana menumbuk beralaskan nyiru ialah peribahasa atau simile?Secara harfiah, ungkapan di atas lebih mirip dengan simile disebabkan terdapat perbuatan menumbuk dengan beralaskan nyiru. Hal ini sama juga dengan frasa bodoh macam lembu, tinggi macam galah dsb. T.kasih.Makna08.07.2008
Saya ada dua pertanyaan. 1) Untuk kata nyokak yang terakam dalam Kamus Dewan (diletakkan Kl yang bermakna asalnya dialek Kelantan) adakah kata ini halal digunakan dalam penulisan ataupun ada kata mirip dalam kosakata Melayu baku yang saya terlepas pandang? 2) Nyokak ditakrif membongkokkan badan dan me­nyisihkan tangan (ketika berjalan di hadapan orang). Apakah yang dimaksudkan dengan frasa 'menyisihkan tangan'? Terima kasih.

Dialék adalah satu bentuk bahasa yg digunakan dlm sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza drpd bahasa standard, loghat, pelat daerah (negeri dll).  Variasi bahasa yg. dituturkan oleh sesuatu kumpulan sosial atau lapisan masyarakat bahasa, mis bahasa istana. Penggunaan dialek dibenarkan dalam penulisan asalkan dialek tersebut telah disahkan dan diterima pakai dalam konteks rasmi, contohnya perkataan tersohor, cakna dan sebagainya.

Untuk makluman tuan juga, Kamus Dewan berfungsi merakam perkataan yang banyak digunakan dalam kalangan masyarakat dengan merujuk data korpus. Itulah antara justifikasi sesuatu perkataan itu dimasukkan sebagai entri dalam Kamus. Semua perkataan yang dimasukkan dalam Kamus Dewan tidak semestinya diterima sebagai baku dan boleh digunakan untuk tujuan rasmi.

Untuk carian makna lain, tuan boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari laman http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Lain-lain11.12.2018
Salam,, saya seorang guru tadika yang menyiapkan buku kerja dan pelajaran sendiri kepada murid - murid. Baru - baru ini saya telah mendapat komentar dari seorang bapa yang menyatakan arahan dalam buku kerja saya mirip Bahasa Indonesia. Contohnya : Warnakan gambar ini kepada Warna gambar ini. Persoalan saya, bagaimanakah saya ingin mengetahui struktur arahan yang betul dan bagaimanakah saya ingin membezakan ayat yang berbunyi seperti Indonesia atau Malaysia. Untuk pengetahuan, saya seorang guru tadika dari Singapura. Terima KasihDalam bentuk suruhan, ayat "Warnakan gambar ini" yang betul dan ayat "Warna gambar ini" digunakan dalam ayat penyata seperti warna gambar ini tidak jelas. Untuk puan membezakan bentuk penulisan bahasa Melayu (Malaysia) dan bahasa Melayu (Indonesia), sila buat rujukan di perpustakaan atau di alam maya dan puan pasti menemukan perbezaannya.Tatabahasa11.03.2014
Ada kesalahan ejaan dalam entri 'bagas' dan 'menentang' PRPM. Angin dieja 'angina'.Menurut data kami, perkataan bagas merujuk kepada 1. (berkenaan angin) kencang, kuat: angina paksa sedang kencang ~; 2. (berkenaan badan) tegap, kuat;kebagasan keadaan tegap (dan) kuat, ketegapan: baju menunggangnya yang mirip baju wanita itu tidak dapat menyembunyikan ~ badannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat). Perkataan menentang ialah 1 memandang tepat-tepat pada sesuatu; menatap: Lapang hatinya dapat ~ wajah anak yang dikasihinya itu. 2 melawan atau memerangi musuh dan lain-lain: Banyak perajurit yang telah terkorban dalam peperangan ~ musuh. 3 kiasan tidak menyetujui pendapat, usul dan lain-lain; tidak mematuhi peraturan, undang-undang dan sebagainya; menyanggah; membangkang: Tiada sesiapa yang berani ~ usulnya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua). Selain itu, ejaan yang betul ialah angina dan penggunaaan istilah ini bergantung kepada bidang.Lain-lain15.03.2019
Hi, nak tanya ayat berikut boleh digunakan tak? Jika tidak, apa yang sesuai? 1. Kanak-kanak semua suka binatang kecil. 2. Bilakah tarikh hari jadi awak? 3. Saya tidak berminat terhadap mendaki gunung. (atau berminat dalam?) 4. Apakah yang awak lukis? Adakah panda? Tidak mirip. Mohon jawapan dari pihak tuan. Terima kasihAyat yang betul adalah seperti yang berikut:
1. Semua kanak-kanak suka akan binatang kecil/Semua kanak-kanak menyukai binatang kecil.
2. Bilakah tarikh hari jadi awak?
3. Saya tidak berminat dalam aktiviti mendaki gunung/Saya tidak berminat untuk mendaki gunung.
4. Apakah yang awak lukis? Adakah panda? Nampaknya tidak seperti panda.
Tatabahasa20.06.2019
12

Kembali ke atas