Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mi.rip] | ميريڤ

Definisi : menyerupai benar; hampir sama (bkn rupa dll): Wajahnya ~ wajah ibunya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[mi.rip] | ميريڤ

Definisi : hampir sama atau serupa (dgn), me­nyerupai benar: mukanya ~ ke wajah ayah-nya; kemiripan perihal atau keadaan mirip (dgn). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
mirip (kata kerja)
Bersinonim dengan seakan-akan, serupa dengan, menyerupai, hampir sama dengan, menyamai, seiras dengan, irap, meh-meh, macam, seperti;,
Kata Terbitan : kemiripan,


Majalah

Dewan Budaya » 2014 » July
admin on July 1st, 2014 Oleh Dzulkifli Abdul Razak Zaman Gelita” dilakarkan oleh dunia Barat sebagai kelompangan ilmu selama 1000 tahun yang membolehkan mereka membentuk kefahaman tentang perkembangan ilmu yang mirip kepada pandangan Barat. Pembentukan ini berteraskan falsafah Yunani, perundangan Rumawi, dan pengaruh gereja dewasa itu. “Zaman Gelita” sebegini lama memberikan tanggapan seolah-olah tamadun atau masyarakat lain, khasnya di Timur
Dewan Budaya » 2012 » November
tidak kira Suluk yang menetap di Kunak, Lahad Datu, Tawau, Tuaran, atau Telipok. Dalam erti kata lain adat Magtimbang merupakan upacara “naik ayun”. Jika diamati secara mendalam, adat Magtimbang ini mirip upacara bercukur rambut bayi bagi masyarakat Melayu.Mengikut dapatan kajian, adat Magtimbang merupakan warisan golongan para nabi yang mengadakan kenduri sebagai menyambut kelahiran bayi. Adat ini dijalankan selepas seminggu melahirkan
Dewan Budaya » 2013 » November
Ibnu Khaldun dan Ibnu Sina sering membicarakan tentang sifat-sifat oud yang dimuatkan di bawah tajuk barbat. Di Yaman terdapat sebuah alat muzik yang dipanggil gambus yang menghasilkan suara yang mirip kepada oud dari negara Arab yang lain dan menggunakan sistem laras serta tali yang serupa dengan alat muzik oud. *** Rencana ini dipetik dari majalah Dewan Budaya keluaran November 2013. Posted
Dewan Budaya » 2012 » April
yang sanggup berdiri lama untuk menyaksikan sentuhan persembahan Roydy. Pengarah tidak melengah masa untuk menambat hati penonton. Pada awal pementasan, watak seorang gadis seksi ditampilkan dengan begitu mempesonakan. Memiliki kecantikan mirip Juliana Evans, penonton dikejutkan dengan serak suara gadis tersebut yang sebenarnya seorang lelaki. Pelakon lelaki yang digunakan untuk melakonkan watak seorang “gadis’ merupakan strategi pengarah bagi “menjernihkan” adegan sentuhan menggoda

Kembali ke atas