Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. ruler of a country, raja: a constitutional ~, raja berperlembagaan; 2. (butterfly) kupu-kupu monarch(Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata monarch


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Boleh saya tanya apa perkataan yang paling sesuai untuk menterjemah perkataan "monarch" ke dalam bahasa Melayu? Contohnya List of English monarchs. Saya tidak boleh terjemahkan monarch kepada raja sedangkan pada suatu ketika dahulu ada beberapa ratu yang memerintah mahupun sekarang. Saya punya cadangan pemerintah diraja.Terjemahan monarch ialah raja, dalam konteks ini raja ialah ketua negara dan tidak disandarkan kepada jantina. List of English monarchs diterjemahkan kepada senarai Raja Inggeris.Penyemakan dan penterjemahan07.09.2017
Salam sejahtera, Bolehkah "Monarch Envelope" diterjemahkan kepada "Sampul Surat Monarka"? Jika tidak, sila berikan cadangan tuan/puan. Terima kasih atas bantuan yang anda telah hulurkan.Salam Sejahtera Saudara. Monarka merupakan terjemahan bagi bidang biologi, maka tidak sesuai digunakan "Sampul Surat Monarka". "Monarch Envelope" merujuk jenis sampul surat yang mengambil nama sempena dengan nama yang digunakan sejak zaman berzaman pemerintahan beraja di Eropah. Maka cadangan yang dapat diberikan ialah "Sampul Surat Standard".Penyemakan dan penterjemahan27.05.2015
Apakah terjemahan sesuai bagi "List of British monarchs"? Memandangkan "monarchs" terdahulu di Britain ada ratu juga dan bukan sahaja raja. Adakah "pemerintah diraja" boleh dipadankan dengan "monarch"? Apa pula pendapat pihak tuan/puan DBP?Maksud monarch ialah yang sesuai di sini ialah raja. Merujuk kepada Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud raja pula ialah orang yang mengetuai dan yang memerintah sesebuah negara atau bangsa secara warisan. Maka terjemahan yang sesuai bagi List of British monarchs ialah Senarai Raja British adalah lebih lebih sesuai.Makna05.08.2017
Terjemahkan ayat berikut. The world longest current ruling monarch is Queen Elizabeth II.Pemerintahan terlama bagi raja berpelembagaan ialah Ratu Elizabeth II.Makna23.03.2018

Kembali ke atas