Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ist tindakan memindahkan fail atau data dr komputer pengguna ke komputer pusat melalui talian rangkaian. memuat naik melakukan muat naik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : (Komp) tindakan memindahkan fail dr stesen komputer pengguna ke stesen kom­puter utama melalui talian rangkaian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
muat (adjektif)
Bersinonim dengan ada ruang, dapat diisi, tidak sempit, tidak ketat, tidak sendat;,
Kata Terbitan : memuatkan, termuat, muatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, muat naik di laman media, muat naik ke laman media atau muat naik ke dalam laman media? Mohon penerangannya. Terima kasih.Perkataan yang betul ialah melalui, iaitu muat naik melalui laman media. Melalui dalam konteks ayat tersebut berfungis sebagai "dengan perantaraan" atau "menerusi". Contohnya, Rancangan Dewan Bahasa sering kali disiarkan melalui radio.Makna26.11.2018
Selamat pagi dan salam sejahtera, muat naik di laman media, muat naik ke laman media atau muat naik ke dalam laman media? Mohon penerangannya sekali. Terima kasih.Penggunaan perkataan yang betul ialah muat naik ke dalam laman media. Kata sendi nama 'ke' menunjukkan berlakunya pergerakan fail contohnya dalam simpanan komputer ke laman media dan penggunaan kata sendi nama 'dalam' merujuk laman media yang merupakan tempat/lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak yang nyata.Tatabahasa19.11.2018
adakah muat turun dan muat naik ialah kata majmuk?Kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Oleh itu, "muat turun" dan "muat naik"  ialah kata majmuk.Tatabahasa10.03.2013
Apakah proses pembentukan istilah 'muat naik' dan 'muat turun' dalam bahasa Melayu untuk padanan upload dan download?ntuk makluman, pembakuan bahasa Melayu bermaksud prosespenyeragaman sistem bahasa mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam suasana rasmi. Komponen yang terdapat dalam bahasa baku ialah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan. Prosespembentukan kata atau pinjaman ini dibuat mengikut rumus yang ada dalam tatabahasa bahasa Melayu dan pedoman pembentukan istilah. Salah satu cara pembentukan istilah bahasa Melayu adalah melalui penyerapan. Penyerapan istilah asing menjadi istilah behasa Melayu bermakna mengambil keseluruhan istilah asing dengan atau tanpa penyesuaian ejaan dan sebutan. Kaedah ini digunakan apabila; 1. Istilahasing yang akan diserap memperlihatkan mudahnya pemindahan timbal balik antara istilah asing dengan istilahMelayu dalam konteks keperluan pemindahan ilmu pengetahuan. 2. Istilahasing yang akan diserap mempermudah pemahaman teks asing oleh pembaca Malaysia kerana memberi ciri transparensi teks. 3. Istilah asing yang akan diserap lebih ringkas jika dibandingkan dengan terjemahan Melayunya. 4. Istilah asing yang akan diserap mempermudah kesepakatan antara pakar jika padanan terjemahannya terlalu banyak sinonimnya. Penyemakan dan penterjemahan26.10.2018
1:20 AM Selamat pagi. Saya terdapat kemusykilan dalam ayat aktif, ayat pasif dan ayat songsang. Sila rujuk file yang saya muat naik. Terima kasihSelamat pagi,

Soalan yang diberikan hampir serupa. Sehubungan dengan itu, hanya satu contoh diberikan untuk rujukan tuan/puan kerana konsepnya sama. Bagi membantu saudara mendapatkan ciri-ciri ayat pasif, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan.

Untuk makluman,  Ayat songsang ialah predikat mendahului subjek. Manakala, ayat Pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.

Contoh ayat:

Ibu melahirkan seorang anak kelmarin.
Ayat Songsang Melahirkan seorang anak kelmarin ibu. [Betul]
Ayat Songsang Kelmarin ibu melahirkan seorang anak. [Betul]
Ayat Pasif Seorang anak dilahirkan oleh ibu kelmarin. [Betul]
Ayat Pasif Seorang anak kena lahirkan oleh ibu kelmarin. [Salah] - Penggunaan perkataan "kena" tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. 
Ayat Pasif Seorang anak terlahirkan oleh ibu kelmarin. [Salah] Penggunaan perkataan "terlahir" tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. 
Tatabahasa24.10.2015
1. muat turunkan atau muatturunkan ? 2. tambah baikkan atau tambahbaikkan ? 3. muat naikkan atau mautnaikkan ?Ejaan yang tepat ialah 1. muat turun. 2. tambah baik atau penambahbaikan. 3. muat naik.Ejaan05.09.2010
Soalan : Kami ingin menggunakan nama yang disenaraikan dibawah sebagai nama perniagaan untuk tadika kami. 1. Tadika Cahaya Mata 2. Tadika Pertiwi Nurani 3. Tadika Daya Budi Sila maklumkan jika pilihan nama tersebut mematuhi pengunaan istilah Bahasa Malaysia sepertimana di maklumkan di dalam lampiran yang di muat naik dengan pertanyaan ini. Sekian, terima kasih.Untuk makluman, ketiga-tiga nama adalah betul dan boleh digunakan.Lain-lain05.06.2014
Kami ingin menggunakan nama yang disenaraikan dibawah sebagai nama perniagaan untuk tadika kami. 1. Tadika Cahaya Mata Eden 2. Tadika Suci Eden 3. Tadika Eden Didikan Kanak Sila maklumkan jika pilihan nama tersebut mematuhi pengunaan istilah Bahasa Malaysia sepertimana di maklumkan di dalam lampiran yang di muat naik dengan pertanyaan ini. Sekia, terima kasih.Cadangan nama "Tadika Cahaya Mata" dan "Tadika Suci" menepati struktur tatabahasa bahasa Melayu. Perkataan Eden tidak terdapat dapat Kamus bahasa Melayu dan sekiranya nama tersebut merupakan nama atau empunya tadika, hendaklah dinyatakan.Tatabahasa20.05.2014
Apakah terjemahan untuk mobile upload? (Dua soalan sebelumnya terputus.)Untuk makluman, istilah mobile upload tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Padanan bahasa Melayu untuk istilah mobile ialah mudah alih, mudah gerak, boleh gerak dan bergerak. Istilah bahasa Melayu untuk upload ialah muat naik.Istilah22.08.2011
Status permohonan anda. Butir-butir permohonan: No. Rujukan: 46325/2018 Pemohon :NUR AFIQAH BINTI RAMLEE Tajuk :Servis Creative Brilliant Arts Status :Tidak Lulus Tarikh dan Masa Permohonan : 9/10/2018 11:46:20 AM Catatan/Komen : Sila terjemah teks bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu kecuali nama yang telah didaftarkan Sila buat pembetulan pada visual iklan, muat naik dan tekan butang kemas kini. • Tiada sebarang caj dikenakan untuk proses kemas kini.Puan perlu daftar masuk akaun khidmat pengesahan bahasa puan melalui laman web berikut: dbpsahbahasa.my, masukkan ID pengguna (E-mel) dan kata laluan, kemudian klik pada no. iklan 46325/2018, lampirkan (attach) visual yang telah dikemas kini dan tekan butang kemas kini.Lain-lain24.10.2018

Kembali ke atas