Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini.
Tesaurus
 
mudik (kata kerja)
Bersinonim dengan ke hulu, ke udik;,

Puisi
 

Mudik ke hulu sekah durian,
     Hanyut kulit bertali-tali;
Duduk dulu nikah kemudian,
     Boleh anak tidak berwali.


Lihat selanjutnya...(73)
Peribahasa

Ke mudik tentu hulunya,
     ke hilir tentu muaranya.

Bermaksud :

Sesuatu pekerjaan (perjalanan) haruslah ada ketentuannya.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Pantun

PantunSumberTema
Laksamana mudik beredap, Bergalah sahaja perahunya tidak; Laksana bunga dedap, Merah sahaja berbaunya tidak.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Mudik beralun kelong ditahan, Bemban hanyut dengan uratnya; Perut lapar lalu kutahan, Hati rindu tiada ubatnya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Laksamana mudik ke bendang, Seluar merah baru berjahit; Laksananya buah pedendang, Luarnya merah dalamnya pahit.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Mudik ke hulu sekah durian, Hanyut kulit bertali-tali; Duduk dulu nikah kemudian, Boleh anak tidak berwali.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Mudik ke hulu pengayuh jatuh, Buat bersunting bunga delima; Unjuk sirih pinang jatuh, Baru tidak berjari lima.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Mudik ke hulu kepayang luruh, Buat sunting bunga delima; Unjuk sirih pinang jatuh, Bagi tidak saya terima.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Mudik ke hulu menyusur duri, Orang mengetam musim bah; Duduk kita fikirkan diri, Kasih sayang sudah berubah.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Mudik ke hulu atas jeram, Tanam keledek atas batu; Bagaimana hatiku tak geram, Tengok kopek menongkat baju.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Mudik berakit kelong berkapai, Dayung sederap dari hulu; Badan sakit hajat tak sampai, Bunga kembang tinggallah dahulu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Mudik ke hulu kampung Tabuan, Di sana banyak buah asam; Mutiara banyak dalam pasaran, Mana satu mutiara tiram.Pantun Melayu SARAWAKNasihat
12345678910

Kembali ke atas