Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.di/] | موديق

Definisi : belayar atau pergi ke hulu sungai: Dr Teluk Intan, mereka ~ sampai ke Karai. memudiki belayar mudik di (sesebuah sungai): Setelah dua hari ~ sungai itu, sampailah mereka di tempat yg dituju. memudikkan menjalankan (perahu dll) ke hulu sungai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[mu.di/] | موديق

Definisi : 1. (pergi, belayar) ke hulu sungai, (pergi, belayar) ke udik: marilah kita ~ ke hulu sungai ini; 2. Jk pulang ke kampung (dusun dll); sehilir se~ setuju, sepakat; belum tentu hilir ~nya prb belum tentu ke­putusan atau kesudahan sesuatu perkara; di ~ sebulakan, di hilir semuara prb persatuan yg kukuh; ke ~ tentu hulunya, ke hilir tentu muaranya prb sesuatu maksud atau niat hen­daklah tentu tujuannya; tiada dibawa orang sehilir se~ prb dipulaukan drpd masyarakat; bermudik belayar ke hulu sungai: di sungai Sarawak inilah tempat ~ kapal wap Royalist milik Brooke; memudiki belayar mudik (sesuatu sungai): kapal boleh ~ Sungai Irrawadi hingga ke Bhamo; memudikkan menjalankan perahu ke hulu sungai: kerana arus yg deras, ia tidak dapat ~ perahunya; termudikkan dapat dimudiki: jikalau tidak ~ oleh sahaya, bukanlah sahaya putera mar-hum yg mangkat di Buantan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
mudik (kata kerja)
Bersinonim dengan ke hulu, ke udik;,

Puisi
 

Mudik ke hulu sekah durian,
     Hanyut kulit bertali-tali;
Duduk dulu nikah kemudian,
     Boleh anak tidak berwali.


Lihat selanjutnya...(73)
Peribahasa

Ke mudik tentu hulunya,
     ke hilir tentu muaranya.

Bermaksud :

Sesuatu pekerjaan (perjalanan) haruslah ada ketentuannya.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
kegunaan am yang baik seperti merpauh, lelayang, kundang serta pelajau. Beberapa spesies kayu dalam famili ini seperti rengas menghasilkan perengsa yang menyebab - kan alergi. (HUT) anacidity (anasiditi) Keasidan yang kurang daripada normal. (UBAT) anadromous (anadromus) Perihal ikan yang mudik ke sungai dari laut untuk membiak. Contohnya, ikan salmon. (BIO) anaemia (anemia) Penyakit yang dicirikan oleh kekurangan sel darah merah atau hemoglobin

Kembali ke atas