Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.jur] | موجور

Definisi : 1 nasib baik; beruntung: ~lah anaknya dpt diselamatkan drpd menjadi korban kebakaran itu. 2 terletak mengikut panjangnya; membujur. kemujuran keadaan selalu mujur; keuntungan. pemujur orang yg selalu bernasib baik atau selalu beruntung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[mu.jur] | موجور

Definisi : 1. terletak menurut panjangnya (me­manjang), membujur; 2. nasib baik, ber­untung: ~ aku telah balik ke rumah, kalau di sana entah macam mana; ~lah bukan zaman Jepun; ~ malang untung nasib (yg belum boleh ditentukan); kemujuran perihal mujur, keuntungan; pemujur orang yg selalu bernasib baik (ber­untung). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Menari bangun menepung,
     Makan tepung bibir rasa;
Nyaris abang mati terkepung,
     Mujur ada sepintu dua.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Mujur Pak Belalang.

Bermaksud :

Beruntung secara kebetulan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Mujur Ada Secebis Tanah Berharga EmasKhadijah HashimBerita Minggu03.06.2007
Mujur kenal huruf jawiAzwani Abdul GhaniHarian Metro23.05.1993
Mujur bukan pengebom 'Islam'Lanang SejagatMingguan Malaysia30.04.1995
Mujur tak jadi malam parti buruhAwangMingguan Malaysia11.10.1987
Mujur ia hanya sebuah dramaKu Seman Ku HussainUtusan Malaysia24.11.1994
Sirih dikunyah mujur tak merahPak SakoBintang Timur16.05.1981

Kembali ke atas