Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini.
Puisi
 

Menari bangun menepung,
     Makan tepung bibir rasa;
Nyaris abang mati terkepung,
     Mujur ada sepintu dua.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Mujur Pak Belalang.

Bermaksud :

Beruntung secara kebetulan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Mujur sepanjang hari, malang sekejap mata.Malang yang tak dapat dielakkan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mujur Pak Belalang.Beruntung secara kebetulan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hulu mujur pandai bertengkar, hulu baik pandai memakai.Orang yang pandai hidup dan pandai membawa diri dalam pergaulan, selalu selamat dan disukai orang. hulu mujur = pangkat untung.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mujur tiada berbunyi, malang tiada berbau.Nasib buruk tak dapat dihindarkan, nasib baik tak dapat dicari-cari. (Peribahasa lain yang sama makna: Malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih.Nasib buruk tak dapat dihindarkan, nasib baik tak dapat dicari-cari. (Peribahasa lain yang sama makna: Mujur tiada berbunyi, malang tiada berbau).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai tanah pelempar balam; kalau mujur tiba di balam, kalau tidak surut ke tanah.Usaha yang tidak bersungguh-sungguh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bulang sali kacak sama, tinggal lagi mujur malang.Sama kuat sama teguh dalam pertandingan, alah menang bergantung pada nasib saja. sali = teguh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas