Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.kim] | مقيم

Definisi : 1 kawasan yg di bawah perintah seorang penghulu. 2 kawasan yg di bawah lingkungan sebuah masjid. 3 penduduk yg tidak berniat utk menetap di sesuatu tempat. bermukim bertempat tinggal; berkediaman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[mu.kim] | مقيم

Definisi : 1. penduduk tetap (di sesuatu tempat), tinggal tetap (lebih drpd satu masa Haji di Mekah); 2. kawasan yg di dlm lingkungan sebuah masjid; 3. kawasan (tempat tinggal) yg di bawah perintah seorang penghulu: di salah satu tempat dlm ~ Batu sekarang ini, ada sekumpulan kecil kaum Sakai; bermukim berkediaman, bertempat tinggal: ada juga seorang dua peranakan Bugis yg ~ di Melaka; permukiman 1. kegiatan bermukim: ~ kum-pulan pengakap di pinggir bukit itu telah pun selesai; 2. tempat (daerah, kawasan) ber­mukim: pemukim orang yg bermukim (yg tinggal) di sesuatu mukim. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
mukim (kata nama)
Bersinonim dengan daerah, kawasan, wilayah, zon, provisi, bahagian, rantau, kampung, desa, lingkungan, kelurahan, mandala, luak.,


Majalah

Dewan Masyarakat | UPNM Eksklusif tetapi Inklusif
penyebaran pengetahuan dalam bidang pengajian tersebut. Institusi pengajian tinggi dalam subseksyen (1) hendaklah dikenali sebagai Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Tempat terletaknya universiti tersebut ialah di Lot PT1909 (A) dan (B), Mukim Petaling, Akademi Tentera Malaysia, Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur. Share Hantar Maklum Balas Nama (wajib) E-Mel (wajib) (tidak akan disiarkan) Laman Web Hantar 3387 Klik di sini untuk memasukkan
Dewan Budaya » 2015 » August
Husin. Rentetan daripada peristiwa itu, nobat dijadikan sebagai alat diraja Selangor dan disimpan di Balai Nobat Diraja, Istana Alam Shah. Sejak itu, keturunan Kalur yang menetap di Kampung Pulau Tiga, mukim Kampung Gajah, Perak, dilantik secara turun-temurun sebagai pemain nobat diraja Selangor. “Datuk dan bapa saya merupakan pemain nobat diraja Selangor, manakala saya berkhidmat di Perak,” jelas Aziz yang ditemui

Kembali ke atas