Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.kim] | مقيم

Definisi : 1 kawasan yg di bawah perintah seorang penghulu. 2 kawasan yg di bawah lingkungan sebuah masjid. 3 penduduk yg tidak berniat utk menetap di sesuatu tempat. bermukim bertempat tinggal; berkediaman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[mu.kim] | مقيم

Definisi : 1. penduduk tetap (di sesuatu tempat), tinggal tetap (lebih drpd satu masa Haji di Mekah); 2. kawasan yg di dlm lingkungan sebuah masjid; 3. kawasan (tempat tinggal) yg di bawah perintah seorang penghulu: di salah satu tempat dlm ~ Batu sekarang ini, ada sekumpulan kecil kaum Sakai; bermukim berkediaman, bertempat tinggal: ada juga seorang dua peranakan Bugis yg ~ di Melaka; permukiman 1. kegiatan bermukim: ~ kum-pulan pengakap di pinggir bukit itu telah pun selesai; 2. tempat (daerah, kawasan) ber­mukim: pemukim orang yg bermukim (yg tinggal) di sesuatu mukim. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
mukim (kata nama)
Bersinonim dengan daerah, kawasan, wilayah, zon, provisi, bahagian, rantau, kampung, desa, lingkungan, kelurahan, mandala, luak.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Mukim RegisterDaftar MukimGeografiTiadaTiada
Mukim LeasePajakan MukimGeografiTiadaTiada
Mukim GrantGeran MukimGeografiTiadaTiada
Mukim GrantGeran MukimUndang-undangTiadaTiada
Mukim LeasePajakan MukimUndang-undangTiadaTiada
Entry Mukim Register (EMR)Cabutan daripada Daftar MukimSejarahTiadaTiada
Extract from Mukim Register (EMR)cabutan daripada daftar mukimGeografiTiadaTiada
residencekediaman; mukimPentadbiran PerniagaanTiadaKediaman: Tempat tinggal, rumah dan sebagainya yang diduduki.,Mukim: Kawasan atau tempat tinggal di bawah perintah seorang penghulu.
Extract from Mukim Register (EMR)geran kecilKejuruteraanTiadaTiada
Extract from Mukim Register (EMR)Geran MerahSejarahTiadaTiada
12

Kembali ke atas