Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mun.cul] | مونچول

Definisi : keluar tiba-tiba, datang menampakkan diri, terbit, timbul: tiba-tiba ketika itu ~ Dang Kenanga membawa sehidangan kopi; bermunculan muncul dgn banyak: di langit bersih ~lah bintang-bintang; memunculkan menampakkan, menerbit­kan, menimbulkan: matahari belum ~ diri dr selimut mendung; kemunculan perihal muncul: ~nya di dlm majlis itu memeranjatkan mereka; pemunculan proses menjadikan sesuatu, penjelmaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
muncul (kata kerja)
Bersinonim dengan terbit, timbul, tampil, keluar, lahir, tumbuh, hidup, bercambah, bertunas, menjelma, tersembul, terjengul, pegari, mencagun;,
Kata Terbitan : memunculkan, kemunculan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
postemergence applicationpengenaan selepas muncul; penggunaan selepas munculPerhutananTiadaTiada
pop-up menumenu munculTeknologi MaklumatTiadaMenu yang muncul pada paparan di lokasi selain bar menu utama.
emergentmunculPerubatanTiada1. Berkaitan dengan kemalangan atau kecemasan.,2. Terbit, timbul atau muncul selepas melalui beberapa tahap perkembangan yang berurutan.
post-emergence damping-offredam setelah munculBiologiPatologiRedam pada anak benih setelah muncul di atas permukaan tanah.
recensionresensiKesusasteraanTiada1. Versi bertulis yang muncul melalui proses revisi (ulang lihat) atau kritikan tekstual. Versi bertulis juga muncul melalui proses pembinaan semula teks daripada beberapa versi yang berbeza melalui kaedah filologi. 2. Perbicaraan mengenai sesuatu hasil karya (buku, kaset, filem, DVD) dengan tujuan untuk mempromosi dan memperkenalkannya kepada masyarakat. Resensi berasal daripada perkataan Latin recenseve yang bermaksud �melihat kembali, menimbang atau menilai�.
hapaxhapaksKesusasteraanTiadaSatu perkataan atau bentuk yang muncul sekali sahaja di dalam sesebuah naskhah. Contoh: kata 'aja' mangkana sira' hanya muncul sekali dalam Hikayat Pandawa Lima.
ectopicektopiVeterinarPraklinikalKedudukan yang salah bagi sesuatu struktur ataupun struktur yang muncul pada tempat yang tidak sepatutnya. Contohnya; ureter ektopi yang muncul sama ada di vagina; uretra atau serviks dan kebuntingan ektopi yang embrionya berkembang di dalam tiub fallopian atau oviduk.
oral literaturesastera lisanKesusasteraanTiadaBentuk karya sastera yang muncul dalam masyarakat pratulisan, dicipta dan disampaikan secara lisan. Sastera lisan merupakan bentuk sastera yang terawal muncul dalam sesuatu masyarakat. Biasanya, sastera lisan bersifat kolektif, dan boleh dimiliki dan dihayati secara bersama. Sastera lisan kebanyakannya dianggap sebagai suatu bentuk seni persembahan kerana melibatkan gerak tubuh, dialog, muzik dan kostum. Sastera lisan disampaikan oleh tukang cerita profesional dan bukan profesional. Tukang cerita profesional digelar Awang Batil, Tarik Selampit, dan Awang Belanga. Oleh sebab sastera lisan disampaikan secara spontan, penciptaannya harus bergantung pada formula, frasa kodi, serta tema yang sudah tersedia dalam tradisi lisan. Formula, frasa kodi dan tema tersedia itu diubahsuai mengikut keperluan teks. Justeru, sastera lisan memperlihatkan ciei-ciri khusus penciptaan lisan, seperti bersifat skematik dan formulaik, serta penuh dengan unsur-unsur perulangan dan keselarian. Sastera lisan terdiri daripada bentuk pros
epilepsyepilepsiPerubatanTiadaGangguan sementara fungsi otak yang muncul dari masa ke masa, yang dicirikan dengan satu atau lebih gejala yang berikut: tidak sedar diri, sawan, gangguan psikik atau deria dan gangguan sistem saraf autonomik. Gejala tersebut muncul akibat gangguan paroksismal aktiviti elektrik otak. Penyakit ini mungkin bersifat kongenital atau mungkin diperoleh.
typetipaKesusasteraanTiadaSejenis cerita tradisional yang mempunyai kewujudan tersendiri seperti tipa cerita panji dan tipa cerita pari. Tema ini muncul dalam semua versi cerita, dan budaya sepanjang zaman. Contohnya, tema percintaan yang terhalang antara Inu dengan Chandera Kirana merupakan tema inti dalam semua tipa cerita panji. Tipa juga merujuk kepada watak kodi, atau stereotaip hitam-putih, yang muncul dalam cerita-cerita rakyat untuk memenuhi sesuatu fungsi yang khusus sahaja. Contohnya, tipa wira, tipa penjarah, tipa nenek kebayan, dan tipa Pak Pandir. Subtipa ialah bentuk serpihan daripada versi asal yang muncul sebagai cerita yang berasingan. Contohnya dalam Syair Ken Tambuhan, Hikayat Andaken Penurat ialah subtipa cerita panji. Cerita kusi dan serawi adalah subtipa daripada cerita ramayana. Oiko-tipa ialah bentuk lokal sesuatu tipa cerita. Oico-type muncul apabila isi cerita diubah untuk disesuaikan dengan budaya tempatan. Con tohnya, Sang Kancil ialah versi oiko-tipa daripada tipa cerita binatang yang cerdik atau penipu.
12345678910...

Kembali ke atas