Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mun.cul] | مونچول

Definisi : keluar tiba-tiba, datang menampakkan diri, terbit, timbul: tiba-tiba ketika itu ~ Dang Kenanga membawa sehidangan kopi; bermunculan muncul dgn banyak: di langit bersih ~lah bintang-bintang; memunculkan menampakkan, menerbit­kan, menimbulkan: matahari belum ~ diri dr selimut mendung; kemunculan perihal muncul: ~nya di dlm majlis itu memeranjatkan mereka; pemunculan proses menjadikan sesuatu, penjelmaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
muncul (kata kerja)
Bersinonim dengan terbit, timbul, tampil, keluar, lahir, tumbuh, hidup, bercambah, bertunas, menjelma, tersembul, terjengul, pegari, mencagun;,
Kata Terbitan : memunculkan, kemunculan,


Majalah

Dewan Budaya » 2013 » June
pendeta agung Konfusius kira-kira 2500 tahun yang lampau.Pemikiran beliau mengenai strategi perang sangat terkenal dan diakui hingga hari ini. Berdasarkan catatan sejarah, cerita tentang 36 Taktik Peperangan telah muncul di China pada abad kelima Masihi.Pada ketika itu, wilayah China terpisah-pisah dan diduduki oleh beberapa kuasa tempatan. Mereka sering berperang antara satu sama lain dan mengakibatkan pemerintahan China seni tradisional yang telah lama berakar umbi di Asia yang menjadi cetusan idea kepada kebanyakan penggiat dan pemikir teater eksperimental Barat sungguh menakjubkan. Melalui ilmu seni yang dipinjam dari Asia, muncul pelbagai aliran dan genre seni teater eksperimental Barat yang mencambahkan pelbagai ideologi sekali gus melonjakkan beberapa nama, seperti Antonin Artaud, Jerzy Grotowski, Meyerhold, Chaikin, Barba, Littlewood termasuk Stanislavki walaupun dipengaruhi
Dewan Budaya » 2012 » February
pusat pemerintahan kepada bandar wilayah . Perkembangan bandar Islam seperti juga perkembangan bandar Rom dan Greek, yang terdiri daripada tiga keadaan, iaitu sama ada berasal daripada penempatan baharu tentera amsar, yang muncul kemudiannya sebagai pusat utama perbandaran seperti Basrah, atau menduduki penempatan bandar yang sedia ada seperti Damsyik, atau merancang penempatanbaharu seperti Baghdad. Menurut Grunebaum, bandar Islam boleh dibahagikan kepada dua, iaitu kali musim perayaan. Dalam majlis perkahwinan, kuih Cina turut menjadi hidangan wajib kepada tetamu yang datang. Keenakan kuih Cina tersebar luas di Sarawak. Hal ini menjadikan banyak usahawan kuih Cina muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Hari ini produk kotej ini dijual dengan harga RM1 hingga RM2 sebungkus. Setiap bungkus mempunyai enam biji kuih Cina. Kebiasaannya, kuih Cina dijual di pasar
Dewan Budaya » 2012 » April
Tze yang terkenal sebagai seorangtokoh ulung falsafah peradaban China. Pada peringkat awal, beliau membentuk fahaman yang berlandaskan keinginan untuk mempertingkatkan moral dan menjaga etika manusia. Selepas kematian Kung Fu Tze, muncul kumpulan pengikut yang terlalu memujanya melalui ritual tertentu. Pada masa yang sama, mereka mempercayai bahawa wujud dewa yang harus disembah sehingga akhirnya fahaman Confucius dianggap sebagai satu ajaran agama. Di 1). Pelajar di China sangat cemerlang dalam ilmu matematik sehingga pada satu tahap yang tidak pernah dibayangkan dalam pemikiran umum. Fakta ini mungkin salah satu faktor yang menjadikan China kini muncul sebagai salah satu kuasa ekonomi dunia. Bentuk kedua-dua soalan itu sahaja mendedahkan betapa majunya pengajaran mata pelajaran Matematik di China. Pelajar di China mempelajari ilmu matematik kompleks sejak kanak
Dewan Budaya » 2014 » June
Eropah tersebut. Malangnya, lazimnya hal ini tidak diketahui umum kerana diselindungi oleh peristiwa yang dinamai “Zaman Gelita”. Tamadun Awal Seperti yang dimaklumi umum daripada sejarah awal, antara tamadun ilmu terawal muncul dari kawasan sebelah timur di daerah meliputi lembah dan sungai, amnya, termasuklah kawasan Timur Tengah, terutama Mesopotamia (Sumer) berdekatan dengan Sungai Euphrates dan Sungai Tigris di sempadan Iraq hari ini Renaissance (kebangkitan atau pembaharuan) sekitar abad ke-14 (rajah 2). Sekali gus hal ini menamatkan “Zaman Gelia ” hasil daripada tercetusnya “revolusi saintifik” (pada abad ke-15 dan ke-16) serta muncul pula “Zaman Industri” selepas itu. Perkara ini ada kena-mengenanya dengan beberapa penemuan baharu yang mendorong perkembangan ilmu melalui hal yang dikenal sebagai “kaedah/pemikiran saintifik.” Pada tahun 1700-an
Dewan Budaya » 2012 » January
dikatakan mula diraikan sejak zaman Neolitik lagi. Menurut legenda, tradisi perayaan Tahun Baharu Cina bermula dengan perjuangan menentang seekor raksasa mitos, nien yang bermaksud “tahun” dalam bahasa Cina. Raksasa nien muncul pada hari pertama dalam tahun baharu untuk membaham ternakan dan manusia serta merosakkan tanaman. Untuk melindungi nyawa, penduduk kampung meletakkan makanan di hadapan pintu menjelang setiap tahun baharu. Mereka mempercayai menuju ke utara. Di deretan tingkap kanan pantai panjang ialah Semenanjung Kra, sekurang-kurangnya 20 kilometer pasir dan tebing memalit kaca penglihatan. Ada pantai pasir dan ada pula tebing yang muncul dari laut, kebiru-biruan dan ada pula yang menjelma sebagai segugus pulau batu atau zamrud hijau – inilah Kepulauan Langkawi. Demikian pula sewaktu kita memasuki ruang udara di atas pantai sebelah
Dewan Budaya » 2013 » February
dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Tradisi ini dikaitkan dengan cerita asal usul perayaan ini, iaitu seekor haiwan ganas pemakan manusia, Nian (bermaksud “tahun” dalam bahasa Mandarin). Nian yang muncul pada setiap awal tahun baharu kononnya takut akan warna merah, cahaya terang benderang, dan bunyi bising. Justeru ketiga-tiga elemen inilah yang wajib mewarnai sambutan tahun baharu. Makan besar amat
Dewan Budaya » 2014 » August
secara fizikal sudah wujud pada zaman kesultanan Melayu Melaka lagi. Keadaan ini diwujudkan untuk memudahkan sistem pentadbiran dengan golongan pendatang itu diletakkan di bawah ketua masing-masing. Oleh sebab itu, muncul penempatan kaum Cina, India, Jawa, Arab dan lain-lain. Penempatan pada zaman kesultanan Melaka agak berbeza jika dibandingkan dengan penempatan pada zaman penjajah. Kaum pendatang pada masa itu tidak banyak
Dewan Budaya » Tradisi
dikatakan mula diraikan sejak zaman Neolitik lagi. Menurut legenda, tradisi perayaan Tahun Baharu Cina bermula dengan perjuangan menentang seekor raksasa mitos, nien yang bermaksud “tahun” dalam bahasa Cina. Raksasa nien muncul pada hari pertama dalam tahun baharu untuk membaham ternakan dan manusia serta merosakkan tanaman. Untuk melindungi nyawa, penduduk kampung meletakkan makanan di hadapan pintu menjelang setiap tahun baharu. Mereka mempercayai
Dewan Budaya » 2014 » October
pelbagai etnik semakin penting dipelihara. Perpaduan dan keharmonian dalam hubungan etnik akan menjamin kestabilan sosiopolitik, serta pertumbuhan dan kemakmuran ekonomi negara. Dalam tempoh kurang daripada 50 tahun, kita telah berjaya muncul sebagai negara yang berpendapatan sederhana, dan sudah pasti impian untuk menjadi negara maju yang berpendapatan tinggi akan dapat dicapai jika terdapat kesepaduan dan perpaduan sosial dan integrasi nasional. Kestabilan sosiopolitik
Dewan Budaya » 2015 » January
pesta yang bertaraf tempatan, seperti Pesta Chandan, ke peringkat yang lebih tinggi, seperti Festival Gamelan Sedunia. Walaupun Pesta Chandan sudah lama berkubur, banyak lagi pesta yang bertaraf tempatan yang baru muncul, seperti Festival Persuratan George Town dan Festival Penulis dan Pembaca Johor Bahru. Dengan hal yang demikian, bukan sahaja nama pesta yang meniti bibir pelancong, lokasinya juga akan disebut-sebut. Barulah

Kembali ke atas